Wednesday, December 1, 2010

Mat Sabu bakal Ahli Parlimen Pendang.


Betul ke Mat Sabu akan diletakkan sebagai calon Ahli Parlimen di Pendang pada PRU13. Sejak kebelakangan ini beliau sering turun ke kawasan Pendang untuk berjumpa dengan pengundi-pengundi.

Desas desus mengatakan Mat Sabu akan dicalonkan di kawasan Parlimen Pendang pada PRU13 nanti. Sementara YB Mohd Hayati akan diletakkan di DUN Tokai. YB Taulan pula dikatakan akan bersara selepas selesai membersihkan PAS Kawasan Pendang daripada pengaruh geng Abdul Rahim.

Di pihak UMNO pula, Rozai dok target kawasan selamat untuk menjadi calon pada PRU13. Kawasan tersebut ialah DUN Sg. Tiang yang mempunyai pengundi setia dari penoraka Felda dan masyarakat Siam. Sementara YB Suraya akan di bawah ke kawasan parlimen Pendang sedangkan YB Suraya masih sayang hendak tinggalkan DUN Sg Tiang.

Man Bedul pula sentiasa bersiap sedia untuk membuat pusingan 'U' untuk return back ke dalam kepimpinan UMNO Bahagian Pendang. Walaupun sakit, beliau masih aktif turun padang untuk berjumpa para pengundi.

Apa pun terjadi, kita tunggulah setahun dua lagi untuk kepastian. Yang pasti PRU13 kali ini adalah yang paling hebat dalam sejarah politik Malaysia.

1 comment:

  1. lantak la mat sabu ,aku dah lari kat selangor aku mengundi diselangor aku tak undi di kawasan pendang dah .kalau kau jadi calun aku tak undi kau daaaa

    ReplyDelete