Thursday, December 31, 2009

Tuah badan: artis vs ahli politik.


Sekarang orang politik dan orang seni asyik bercakap tentang pernikahan Zizie dengan YB Datuk Bung Moktar. Tuah badan la YB dapat awek muda cun melecun menjadi penyeri hidup. Semoga bahagia ke anak cucu.

Dengar khabar mereka sedang berbulan madu di Eropah. La ni zizie bergaya sakan dengan kereta sport barunya BMW berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WPY 2121 dengan harga RM280,000.00 yang diberi oleh suaminya.

Aku pun nak juga kahwin lagi satu dengan awek cun macam Zizie tapi apakan daya, aku ni mana mampu. Nak beli kereta proton WIRA pun dah tercungap-cungap. Naik bukit pun dah tak larat. Lainlah dengan YB kita yang hensom lagi bergaya tu. Power hebat tanpa viagra. Tahniah Datuk..

Wednesday, December 30, 2009

Mukhriz sudi jadi panel Forum Pembangunan.


Pihak kami akan menganjurkan program FORUM PEMBANGUNAN di Dewan SMK Megat Dewa, Sanglang, Air Itam, Kedah pada 10 Januari 2010 (Ahad).

YB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sudi hadir menjadi salah seorang ahli panel. Dua orang lagi ahli panel ialah Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, ICU, JPM dan Pengarah Pertanian Negeri Kedah.

Boss saya sendiri menjadi moderator program tersebut. Harap datang beramai-ramai.


Aturcara
2.00 ptg - Peserta mengambil tempat.
2.30 ptg - Ketibaan para jemputan dan ahli panel.
2.50 ptg - Ketibaan YB Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Timbalan Menteri MITI.
3.00 ptg - Bacaan doa.
3.05 ptg - Forum dimulakan.
5..15 ptg - Jamuan tea / bersurai.

Panel:
1. YB Datuk Mukhriz
2. Pegawai Kemajuan Negeri, ICU.
3. Pegarah Pertanian Negeri Kedah.

Moderator - My boss

Star Karaoke menghiasi bandar Alor Star.


Dalam masa sebulan wujudnya 2 pusat Karaoke terkemuka di negeri Kedah Darul Aman. Memang aman sungguh di Kedah sehingga ramai rakyatnya suka berhibur berbanding rakyat Palestin yang hidup dalam kebimbangan.

Nama pusat karaoke tersebut ialah Star-Karaoke yang terletak di Jalan Telok Wanjah, dibuka pada 21 Disember 2009. Manakala satu lagi ialah BLACK Pub & Karaoke yang terletak di Simpang Kuala, dibuka pada 6 Disember 2009.

Mungkin inilah yang hendak ditonjolkan sebagai konsep Kedah Sejahtera yang dibawa oleh pemimpin Pakatan Rakyat di Kedah. Ramai para remaja mengunjungi pusat karaoke ini seolah-olah direstui oleh pemimpin yang kebanyakannya alim terhadap agama Islam.

Adakah tujuan pembukaan pusat karaoke ini untuk mengambil hati rakyat bukan Islam bagi menyokong Pakatan Rakyat? Adakah mereka sanggup membelakangkan ajaran Islam demi untuk mendapat sokongan kaum bukan Islam?

"Tepuk Dada Tanya Selera".




Monday, December 28, 2009

Selangor dah bangkit, Kedah bila lagi.


Selepas peristiwa 14 Disember yg menyebabkan kerajaan BN hampir tumbang ekoran ramai Ahli Parlimen BN tidak hadir ke Persidangan Parlimen untuk mengundi meluluskan Bajet 2010,

Pada mesyuarat Rabu lalu, Kabinet telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan anggota kerajaan dan ahli Parlimen BN menghadiri mesyuarat atau program tanpa kebenaran sewaktu persidangan Dewan Rakyat berlangsung kecuali melibatkan program yang benar-benar penting sahaja.

PM juga kata, soal kehadiran ke Dewan Rakyat akan menjadi antara perkiraan utama bagi menentukan pencalonan semula Ahli Parlimen pada PRU akan datang. Depa mula nak pantau kehadiran wakil rakyat di persidangan Parlimen. Depa mula sedaq. Baguslah harap-harap depa betul2 laksanakan apa yang depa tetapkan. Sekiranya hanya cadang bermacam2 idea tetapi tak ada pelaksanaan, tak akan dapat membuat apa-apa perubahan. Ahli-ahli Parlimen akan buat don't know dan tetap macam dulu. BN dulu, sekarang dan selama-lamanya.

Buat apa pun biar betul-betul. Jangan bila ada kes baru nak sedar. Bila tak ada kes semua pakat tidoq macam takdak apa berlaku. Lani pemimpin BN Kedah masih syok lena. Aku pun tak pasti depa tau ke tak bahawa Kedah dah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ramai pemimpin Kedah masih dok lena lagi, macam takdak apa berlaku di Kedah.

Pasukan masih kucar kacir, siapa ketua pembangkang DUN dan siapa pengerusi BN Kedah. Tengok di situ pun dah tahu dah. Kenapa ketua pembangkang tak beri laluan kepada Tok Bashah menerajui BN Negeri aka Ketua Pembangkang DUN? Masih nak main politik ugut, tunggu dipecat baru nak beri laluan. Kalaulah jadi macam ni, sampai bila UMNO Kedah nak mula bangkit dari tidoq.

Jangan anggap PRU ke 13, lama lagi tak perlu bangkit. Pikiaq la PRK Kota Seputeh tu tak lama dah cuma tunggu keputusan Mahkamah Rayuan shj. Org ramai cakap Mahkamah Rayuan pun takleh buat apa dah sebab "tak hadir 2 persidangan berturut-turut tanpa kebenaran speaker". Hakim arif macamana pun tak boleh belitkan fakta tersebut kecuali main kotor.

Bangkitlah wahai pemimpin BN Kedah. Anda semua dah kesuntukan masa. Rapatkanlah pasukan yg pernah gah suatu ketika dulu utk memimpin Kedah semula. Wujudlah blog, pantaulah isu dan ambil semula hati rakyat. Selangor dah bangkit Kedah bila lagi.

Wednesday, December 23, 2009

Enjin Jet Pemintas hilang: Zahid dedah kelemahan Najib.


La ni org ramai dan blogger dok kata tentang kehilangan enjin Jet Pemintas F-5E yang bernilai RM50 juta. Yuhooo, mahai tu. Hilang sejak bila? Tak ada ke dalam laporan audit negara?

Sabtu lepas, Zahid mendedahkan kehilangan enjin tersebut disedari sejak tahun 2007 lagi. Wah, dah lama dah la kes ni berlaku. Semasa Najib jadi Menteri Pertahanan. Sekarang Zahid pula jadi Menteri Pertahanan. Hebat sungguh Zahid kerana berani mendedahkan kelemahan bossnya sendiri.

Kes ni disedari sejak 2007, kenapa tak ada apa-apa tindakan? Bukannya satu enjin tapi 2 enjin sudah hilang. Ini yang didedahkan, yang belum didedahkan kami tak tahu berapa banyak lagi komponen pesawat TUDM telah hilang.

Bagaimana imej tentera nak jadi keselamatan negara sedangkan enjin pun boleh hilang dalam kawalan pihak tentera yang dilengkap dengan senjata yang canggih. Kalau simpan di rumah saya lain la ceritanya.

Saya sokong saranan Dato' Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena supaya dipanggil Sidang Khas Parlimen untuk membincangkan isu ini. Kes sebesar ni, bukan boleh main-main.

Siapa pula yang akan jadi kambing hitam dalam kes ini. Harap2 tak ada noh.

Apa pula niat sebenar Zahid? Adakah dia betul-betul bertanggungjawab selaku Menteri Pertahanan atau ingin menjadi PM orang yang seterusnya dengan mendedahkan kelemahan PM sekarang di mata rakyat.

Tuesday, December 22, 2009

Setpol MB Kedah lepas geram kat Gobala.


Nampaknya puak PR juga ada masalah dalaman mereka. Parti2 dalam PR juga bersifat "Rasist". Mohamad Sanusi, Setpol MB Kedah telah meluahkan perasaan tidak puashatinya terhadap YB Gobalakrisnan (PKR Padang Serai) melalui blognya.

Keadaan ini berlaku ekoran kes perpindahan kubur India di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil ke tempat lain untuk bagi laluan projek pembinaan Kolej Universiti di situ. Puak yang menentang ialah Kalai, L Maran, Raj dan juga YB Gobalakrisnan dari PKR.

"YB Manikumar (PKR) telah menulis dengan terang dalam suratnya kepada En Raj yang jadi 'ketua' dalam isu ini. Pampasan RM3 ribu kepada setiap waris, tanah gantian 2 ekar di pinggir kawasan industri Kuala Ketil bernilai 500 ribu, pemindahan ke tanah perkuburan hindu yang diwartakan di Padang Geh, akan ditanggung sepenuhnya oleh BDB. Tetapi surat ini diperam oleh Raj untuk tujuan yang tidak diketahui." -dipetik dari blog setpol MB Kedah.

Dalam PR juga mereka berebut kepentingan dengan memperdayakan orang kampung. YB Gobalakrisnan, MP Padang Serai (PKR) dan YB Manikumar, ADUN Bukit Selambau (PKR) juga tak sehaluan. Manakala Setpol MB Kedah juga bengang dengan tindakan YB Gobalakrisnan kerana bertindak membelakangkan semangat PR dan cuba nak menjadi hero kepada penduduk India di Kuala Ketil.

Bila diperhatikan betul-betul ekoran daripada isu ini, pemimpin2 dalam PR juga bermasalah dan bersifat "Rasist". Hanya memperjuangkan untuk satu-satu kaum sahaja. Mereka juga tidak sependapat dan tidak boleh berkompromi untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kerana bersifat "Rasist", YB Gobalakrisnan sanggup bersubahat dengan beberapa hero palsu kaum India untuk menentang projek Kerajaan Negeri Kedah yang didokong oleh PR.

Pembangkang dalaman boleh merosakkan parti.


Semua parti komponen BN haruslah bekerjasama bagi memikat rakyat supaya kembali menyokong kerajaan BN. Tindakan parti-parti dalam komponen BN bercakaran sesama sendiri akan merugikan BN itu sendiri.

Pihak PR hanya tergelak dari jauh melihat karenah parti-parti komponen BN bercakaran sesama sendiri yang boleh menguntungkan PR terutamanya parti PKR.

Baru-baru ini, UMNO Pulau Pinang mendesak jawatan Pengerusi BN Negeri daripada parti Gerakan telah menimbulkan perasaan tidak puashati beberapa pemimpin parti Gerakan. Maka wujudlah perang mulut sesama mereka melalui media.

Keadaan ini akan mencetus krisis baru antara UMNO dan GERAKAN di Pulau Pinang. Eloklah sekiranya kedua-dua pemimpin parti tersebut berbincang secara baik dengan semangat permuafakatan dalam BN bagi mengatasi sebarang masalah. Jangan menjadi pembangkang dalam kerajaan.

Tindakan mendesak jawatan tersebut secara terbuka melalui media seolah-olah ingin mencari publisiti murahan sehingga mencemarkan imej BN di mata rakyat. Harap semua pemimpin BN insaf dan bertindaklah demi kepentingan BN sebagai persiapan PRU ke 13 sebelum terlambat.

Thursday, December 17, 2009

Hal peribadi lebih penting daripada hal negara.


Saya berada di jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telah pun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu saya juga tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu."

Post by MahfuzOmar at 9:13AM

Sumber: http://gemasuara.blogspot.com

Adakah urusan peribadi lebih penting daripada urusan mewakili rakyat di Dewan Rakyat? Sekiranya tidak minat untuk duduk di Parlimen selaku wakil rakyat, letaklah jawatan dan serahlah kepada orang lain untuk menjadi wakil rakyat.

Tapi bagus juga ramai ahli Parlimen daripada pakatan tidak hadir. Ia tidak mencemaskan seperti semasa pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini yang hampir-hampir menjatuhkan kerajaan BN dan mungkin terpaksa mengadakan PRU ke 13.

Wednesday, December 16, 2009

MP lena, KPI dipertikaikan.


Semalam merupakan saat-saat paling cemas kerana kerajaan BN hampir tumbang ekoran MP BN lena. Pembentangan Bajet 2010 hampir tidak diluluskan oleh Parlimen gara-gara ramai MP BN tidak hadir untuk mengundi. BN mempunyai 137 MP hanya hadir 66 orang sahaja manakala 71 orang lagi tidak hadir.

Nasib masih menyebelahi kerajaan BN kerana menang tipis dalam pengundian tersebut sebanyak 3 undi berbanding undi menolak sebanyak 63 undi. Keadaan itu memaksa PM dan TPM meninggalkan majlis rasmi untuk berkejar ke Parlimen bagi mengundi menyokong pembentangan Bajet 2010.

Jika BN kekurangan lagi 4 undi, sudah pasti Bajet 2010 tidak diluluskan oleh Parlimen. Keadaan ini akan menyebabkan Kerajaan BN tidak mempunyai Bajet untuk perbelanjaan pada tahun depan. Mungkin Parlimen terpakas dibubarkan dan PRU ke 13 terpaksa diadakan.

Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja ADUN Kota Siputeh ponteng sidang DUN Kedah malah kebanyakkan MP BN pun lena. Bagaimanakah BN hendak mengambil hati rakyat bagi menyokong BN semula setelah apa yang berlaku dalam PRU ke 12?

Pada pandangan saya, tindakan MP BN tidak menunjukkan prestasi yang bersesuaian sebagai wakil rakyat di Parlimen bagi menyuarakan permasalahan rakyat di peringkat bawahan. Adakah rakyat masih menyokong mereka sebagai wakil mereka di Parlimen?

KPI yang diperkenalkan oleh PM mula dipertikaikan oleh rakyat. Inikah yang dikatakan "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

Marilah kita sama-sama berganding bahu membantu PM merialisasikan gagasan 1Malaysia terutamanya ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan sebelum terlambat.

Thursday, December 10, 2009

Tindakan Nga biadap persoalan peruntukan masjid.


Nga Biadap Persoal Peruntukan Untuk Masjid: Ibrahim Ali

By: Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming sebagai biadap dan cuba menyalakan api dalam sekam apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih kepada rumah ibadat bukan Islam.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Nga daripada DAP telah menyentuh hal ehwal agama Islam yang terletak di bawah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

"Dia boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Rabu.

Ibrahim berkata tiada sesiapa pun yang berhak membangkitkan soal perbelanjaan yang diperuntukkan untuk membina masjid walaupun dengan tujuan untuk meminta peruntukan yang lebih bagi aktiviti agama lain.

Semalam, Nga mengeluarkan kenyataan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Ibrahim berkata jika kenyataan itu dibuat ketika perbahasan dalam Parlimen sekalipun, ianya dilarang kerana bukan semua perkara boleh dibangkitkan sewenang-wenangnya atas nama kekebalan Anggota Parlimen.

Katanya Perkasa akan mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu.

-- BERNAMA

Hebat sungguh Ibrahim Ali ni cari peluang memperkasakan Perkasa. Tindakan Nga Kor Ming ini agak biadap apabila mempersoalkan peruntukan pembinaan masjid untuk orang Islam. Ramai orang Melayu melenting dengan kenyataan tersebut. Tentu ada pihak akan mengambil tindakan terhadap kenyataan Nga, mungkin dituduh di bawah Akta Hasutan. Begitu juga dengan NGO-NGO lain di kalangan umat Islam selain Perkasa akan tampil menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap Nga.

Tetapi bagaimana pula pandangan orang-orang bukan Melayu. Tentu mereka inginkan pemimpin yang berani macam Nga Kor Ming ini. Memang selama ini tiada peruntukan kepada pembinaan rumah ibadat untuk penganut bukan Islam. Tetapi kerajaan haruslah adil kepada semua penganut agama di negara kita.
Kemungkinan besar perasaan tidak puashati kaum bukan Melayu sudah lama tertanam dalam perasaan tetapi tiada pemimpin yang berani bersuara. Tentu mereka akan mempertahankan pemimpin mereka yang berani bersuara memperjuangkan kemajuan bangsa mereka. .

Sebab itulah MCA ditolak oleh kaum Cina dan MIC ditolak oleh kaum India dalam PRU 12 kerana pemimpin-pemimpin tidak berani bersuara.

Apabila sama-sama ingin menunjukkan kekuatan dan kehebatan daripada mengadakan perbincangan secara bertolak ansur, saya khuatir negara kita akan huru-hara apabila kaum Melayu dan kaum bukan Melayu tidak boleh berkompromi untuk mengatasi masalah masing-masing. Tidak mustahil jika saya katakan Tragedi 13 Mei akan berulang sekiranya kita tidak berhati-hati apabila menyentuh tentang soal sensitiviti kaum di negara kita.

Walau bagaimana pun kenyataan Nga dianggap biadap oleh kaum Melayu dan dianggap pejuang oleh kaum bukan Melayu. Sama-samalah kita bertolak-ansur di antara satu sama lain supaya isu ini tidak berpanjangan sehingga menggugatkan ketenteraman awam. Janganlah terikut-ikut dengan perasaan dan emosi sehingga menjahanamkan sesebuah negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama.

Wednesday, December 9, 2009

Nazri hanya berani dgn Che Det.


Rabu Disember 9, 2009

Saya Tidak Akan Mohon Maaf Kepada Tun Mahathir - Nazri

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak akan menarik balik kenyataannya yang menyifatkan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul Kursus Biro Tatanegara (BTN) bersifat perkauman.

Katanya walaupun pelbagai pihak mengkritik kenyataannya itu termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tetap tidak akan memohon maaf kepada Dr Mahathir kerana berpendapat modul baru BTN haruslah selari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sekarang ini di bawah Datuk (Seri) Najib kita ada 1Malaysia, maka sudah tentulah kita (BTN) punya kurikulum yang menampakkan 1Malaysia, sama ada dibuat sekarang...dulu tak kiralah, tapi dipinda, itu yang penting. Jadi kita nak sesuaikan dengan apa yang Najib nak, beliau Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat anggota parti pembangkang yang dahulunya terlibat secara langsung dengan BTN sebagai pengarah dan fasilitator, oleh sebab itu kerajaan tidak boleh menafikan bahawa kumpulan ini tahu kandungan sebenar modul kursus itu.

"Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu audiens bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya?

"Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil," katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak menghormati bekas perdana menteri itu dan ucapan beliau itu hanya merupakan hujahan balas terhadap kritikan Dr Mahathir terhadapnya.

"Jangan anggap yang saya bersikap tidak hormat. Beliau bebas memberikan komen terhadap kita, dengan itu beliau perlu menerima hakikat yang beliau juga terbuka kepada kritikan," katanya.

Mohamed Nazri juga berkata yang beliau tidak akan meletak jawatan berhubung perkara itu dan tidak akan menarik balik komennya terhadap Dr Mahathir.

Ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin semalam, Mohamed Nazri berkata orang ramai berhak tahu pandangan daripada keduadua belah pihak dan pemimpin tidak boleh menyembunyikan fakta daripada orang ramai.

"Malahan pembangkang juga saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka. Ini zaman teknologi maklumat, bagaimana anda nak sembunyi? Apa salahnya saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka?," katanya.

Semalam Muhyiddin berkata adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap dan tidak dilihat berdebat atau berpolemik secara terbuka mengenai agensiagensi kerajaan seperti BTN.

Bagaimanapun Mohamed Nazri berkata beliau menghormati pandangan Muhyiddin dan berpendapat Timbalan Perdana Menteri itu mengambil peranan untuk cuba menyelesaikan masalah.

"Tak apalah dia nak komen, biarlah. Dia tak mahu tengok benda ini berlarutan. Jadi tak apalah, itu pandangan dia," katanya. - BERNAMA

Nazri tetap tak mau minta maaf terhadap Che Det. Berani sungguh dia bersikap keterlaluan dengan org yg digeruni suatu ketika dahulu.

Tetapi kenapa dia takut pula terhadap Mudin. Dia tak kata apa-apa pun apabila Mudin komen kenyataan dia terhadap Che Det terlampau.

Dia hanya kata Mudin mengambil peranan utk cuba menyelesaikan masalah. Tak apalah dia nak komen, biarlah. Itu Mudin, kalau Che Det komen terus dia bersilat.

Hang cuba lawan dengan Mudin tengok, apa jadi. Kalau berani cubalah. Jangan dok berani dengan org tua je, lagi pun org tua mana ada power.

Cuba la bersilat dengan org muda yg masih ada power. Baru tau langit tu tinggi ka rendah.

Tarif elektrik, GST dan subsidi,.. apa cerita ni??

Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan pemansuhan subsidi gula oleh kerajaan mulai tahun 2011. Rata-rata rakyat tidak setuju kerana jika subsidi gula ditarik balik akan menyebabkan bukan saja gula naik harga malah barangan lain yang berasaskan gula juga akan naik harga.

Nasib baik kabinet telah memutuskan bahawa pemansuhan subsidi gula ditangguhkan. Maka rakyat menarik nafas lega terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Kerajaan juga bercadang memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai tahun 2011. Rata-rata rakyat juga tidak setuju kerana membebankan mereka kerana kos hidup semakin meningkat sedangkan pendapatan masih ditahap lama. Golongan yang berpendapatan rendah amat terasa bahang daripada pelaksanaan cadangan ini.

Tidak cukup dengan pelaksanaan GST, kerajaan juga bercadang menaikkan tarif baru elektrik mulai januari tahun hadapan sekiranya ia diluluskan oleh kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata Tenaga Nasional Berhad telahpun mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih membuat kajian mengenainya sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan.

Rasanya bukan itu saja, malah ada banyak lagi cadangan-cadangan yang akan diperkenalkan bagi menjana kewangan kerajaan seolah-olah kerajaan mengalami kegawatan dari segi kewangan sehingga tidak mampu memberi bonus kepada kakitangannya pada tahun lepas dan juga pada tahun ini.

Kemungkinan besar semua cadangan yang akan diperkenalkan oleh kerajaan ini akan mendapat tentangan yang hebat daripada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Inikah hadiah yang kerajaan berikan kepada rakyat sempena menyambut tahun baru yang akan datang.

Dendam sungguh Nazri dgn Che Det.

Nazri buat hal lagi dengan melabelkan Che Det sebagai 'bloody racist' kerana Che Det mempertahankan Biro Tata Negara (BTN) daripada dirombak. Nampaknya Nazri tak hormat langsung terhadap bekas PM yang juga bekas bossnya sendiri.

Che Det adalah seorang Tokoh Negarawan yang terulung. Beliau sangat dihormati di seluruh dunia. Idea beliau sangat bernas sebab itulah beliau boleh menjadi PM lebih 20 tahun. Masa tu Nazri pun tak berani bersuara langsung. Bila Che Det ehem je, semua dah kecut perut.

Muhyiddin kata kenyataan Nazri dah terlampau. "Dia menteri dan juga kawan saya tetapi tak tahu kenapa perkara itu terkeluar", katanya. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalah tafsir", tambahnya lagi.

Dengan tegas Che Det menyatakan Nazri Aziz perlu meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO bagi membuktikan dirinya bukan seorang yang bersifat perkauman. Buat apa duduk dalam UMNO lagi kerana UMNO itu sendiri pada asasnya bersifat perkauman, hanya mengambil ahli daripada kaum melayu sahaja.

Saya setuju dengan pandangan Che Det, Nazri wajar letak jawatan dan keluar dari UMNO bagi membuktikan dia bukannya bersifat perkauman. Sebagai ahli UMNO haruslah menjaga kepentingan ahlinya yang terdiri daripada orang-orang Melayu.

Sementara orang-orang Cina dan India, mereka mempunyai parti MCA dan MIC untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Bangsa-bangsa lain juga mempunyai parti mereka masing-masing.

Masalah Che Det dgn Nazri bermula semasa Che Det mengkritik kepimpinan Paklah semasa Paklah menjadi PM dan Nazri mempertahankan boss barunya sampai bersikap biadap terhadap boss lamanya. Sehingga Che Det melabelkan Nazri sebagai kaki pukul. Masalah peribadi antara Che Det dengan Nazri dibawa hingga ke isu BTN.

Kita seharusnya menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Lebih-lebih lagi orang tersebut pernah berjasa kepada kita dan negara. Renung-renungkanlah.

Monday, December 7, 2009

13 Ahli Jawatankuasa Pusat MCA letak jawatan.

KUALA LUMPUR: Seramai 13 Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA, termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai sudah menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberi laluan kepada pemilihan baru parti.

Bagaimanapun Dr Chua berkata, tujuh lagi anggota CC perlu mengambil langkah yang sama kerana syarat mengadakan pemilihan baru memerlukan 20 daripada 30 anggota CC MCA letak jawatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini sebentar tadi. (sumber: Kedah Lanie)


Betul ke, mereka tu letak jawatan bagi mendesak supaya diadakan pemilihan baru Jawatankuasa Pusat MCA. Kenapa pemimpin MCA begitu liat untuk mengadakan pemilihan baru utk bagi peluang ahli-ahlinya membuat keputusan?

Nak atasi kemelut MCA ini sendirian nampaknya berat sebelah. Tambahan pula EGM baru-baru ini Presiden dan Timbalannya telah ditolak oleh perwakilan.

Siapakah yang sebenarnya takut untuk mengadakan AGM bagi memberi peluang membuat pemilihan semula Jawatankuasa Pusat MCA, Presiden atau Timbalan Presiden? Rasanya bukan Timbalan Presiden sebab beliau juga merupakan salah seorang daripada mereka yang meletakkan jawatan daripada jawatankuasa Pusat MCA.

Kenapa pula Presiden menutup mulut dan tidak mahu membuat kenyataan akhbar? Apakah kaedah seterusnya yang akan dilakukan oleh Presiden bagi menghalang pemilihan baru Jawatankuasa Pusat MCA.

Pada pandangan saya, hanya ada satu jalan penyelesaian bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam MCA iaitu serahlah mandat kepada perwakilan untuk membuat keputusan. Pemimpin MCA haruslah memikirkan pandangan ahli-ahli di peringkat bawahan bukannya mementingkan diri sendiri.

Sikap mementingkan diri sendiri akan merosakkan parti MCA itu sendiri. Malah kemelut ini juga akan menjejaskan BN. Bagi menghadapi PRU ke 13 yang tinggal tidak lama lagi, maka semua parti komponen BN haruslah selesaikan masalah dalaman masing-masing secepat mungkin sebelum terlambat.

Hormat sikit kat orang tua.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata:
Kerajaan tetap mempertahankan keputusan untuk merombak modul BTN sedia ada selaras dengan matlamat untuk menyatukan semua etnik di negara ini."Katalah(komen)... kritiklah, tapi kabinet dah buat keputusan untuk rombakmodul BTN agar lebih relevan," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.Baru-baru ini Mohamed Nazri berkata kurikulum BTN akan dirombak bagimencerminkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. (sumber mStar Online)

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata :
Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum Biro Tata Negara (BTN) yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tiada sebarang masalah terhadap modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN sekarang.''Saya tidak nampaklah apa sebab (nak rombak)...saya ingat (modul sedia ada) kekal". (Sumber : Utusan Malaysia)


Sewajarnya kita hendaklah menghormati orang tua yang banyak berjasa kepada kita dan negara. Sebelum ini YB boleh hormati Tun semasa beliau masih menjadi PM. Kenapa selepas beliau tiada kuasa, YB beralih angin malah bersikap tak senonoh terhadap beliau.

YB boleh hormati Menteri Besar Kelantan dan YB juga boleh hormati Menteri Besar Kedah. Kedua-dua Menteri Besar ini pula merupakan pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Kenapa YB tidak langsung menunjuk hormat sikit kepada Tun selaku bekas PM dan juga bekas boss YB, yang YB agung-agungkan suatu ketika dahulu semasa Tun masih berkuasa.

Layaklah, jika Tun gelar YB sebagai kaki pukoi suatu masa dulu.

Walaupun kita tidak suka pandangan daripada Tun, sekurang-kurangnya kita hormati pandangan beliau. Kita ikut atau tidak, Tun tak boleh paksa kita.

Sekurang-kurangnya kita hormati orang tua yang banyak jasanya kepada negara.

Sunday, December 6, 2009

Tak sopan langsung tunjuk pungkok kat speaker.


Tidak sopan langsung YB-YB tunjuk pungkok kat Speaker DUN. Sebagai wakil rakyat, haruslah tunjuk tauladan yg baik kepada rakyat. Pungkok cantik macam kat gambar tu, lainlah cerita. Ni pungkok laki tua.
Jangan biarkan rakyat membenci YB-YB terutamanya daripada UMNO yang merupakan parti tunjang kepada BN. UMNO sedang berusaha memperbaiki prestasinya tapi pemimpinnya pulak yg bermasalah.

Kalau nak ambil barang yg jatuh, jangan la tala pungkok kat speaker. Tala la pungkok hang kat Ketua Menteri gerenti tak jadi masalah. Macam tak boleh pikiaq langsung. Buat macam ala samseng je. Bila lagi UMNO nak buat perubahan kalau pemimpinnya masih tahap lama. Lagipun PRU ke 13, tidak lama lagi. Mahu jahanamkan BN ke?

Saya pernah masuk persidangan yang diwakili beberapa menteri kabinet sejak tahun 2000 hingga 2008, semasa saya nak keluar dewan persidangan saya kena tunduk hormat kepada speaker. Barulah ada disiplin sebagai seorang pemimpin dan perjalanan sesuatu persidangan tersebut juga ada class. Tak macam kedai kopi.

Ni, buat DUN macam kedai kopi je. Saya bukannya menyebelahi mana-mana pihak. Pihak yang benar, saya katakan benar. Harap2, Ketua Pembangkang di DUN Kedah jangan buat lagu tu. Kita kena lawan PR secara ilmiah bukannya guna cara orang hulu tak ada pendidikan.


(Sumber - Utusan Malaysia 4/12/2009)
PULAU PINANG 3 Dis. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh lagi pagi ini apabila semua sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan kira- kira 15 minit persidangan bermula.Ia ekoran Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim sekali lagi digantung berikutan keengganannya meminta maaf kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang mendakwa Azhar menunjukkan punggung kepadanya ketika diarahkan keluar dewan petang semalam.

*(Gambar di atas hanya hiasan sahaja)

Tuesday, December 1, 2009

Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang bergolak.

Dalam diam-diam, rupa-rupanya bergelora juga Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang. Ini adalah ekoran berlakunya tidak sefahaman antara Pengerusi dengan Setiausahanya.

Pengerusinya ialah bekas Ketua UMNO cawangan Padang Peliang yang cukup aktif suatu ketika dahulu tetapi disingkirkan oleh Pasukan Tok Rozai, lalu beliau menukar haluan menerima jawatan MKK Padang Peliang. Beliau juga telah dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang kerana kebolehannya memimpin. Tambahan pula kaum Siam daerah Pendang adalah majoriti di kalangan masyarakat bukan Melayu.

Setiausahanya pula berketurunan India dari Bukit Jenun manakala kaum Cina jadi Bendahari. Kaum India hanya mempunyai 1 orang MKK sahaja. Oleh kerana kaum India minoriti di Pendang, beliau terpaksa berbaik dengan kaum Siam yang mempunyai 11 orang MKK dari 11 buah kampung. Kuota pengisian dalam Jawatankuasa Kelab Penyokong Pas Kawasan Pendang pula ialah setiap kaum 3 orang wakil.

Ini tidak adil bagi kaum Siam sebab hanya 3 org MKK dapat menjadi AJK Kelab manakala 8 org lagi MKK tidak dapat menyertai Jawatankuasa Kelab tersebut. Berbanding dengan kaum India mempunyai 1 org MKK tetapi mereka dapat menghantar 3 orang wakil dalam Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang. Tambahan pula 1 org MKK tunggal India menjadi Ahli Majlis Daerah Pendang manakala tiada seorang pun daripada 11 orang MKK kaum Siam menjadi ahli majlis tersebut.

Menyedari hakikat ini, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang memanggil mesyuarat semua 11 orang MKK kaum Siam seluruh daerah Pendang untuk mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras MKK Kaum Siam Daerah Pendang bagi menjaga kepentingan kaum Siam daerah Pendang.

Tindakan ini tidak disukai oleh Setiausahanya kerana beliau tidak dijemput sebab beliau bukannya kaum Siam. Beliau telah menghasut beberapa MKK kaum Siam untuk tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

Punca masalah yang dihadapi 11 orang MKK kaum Siam ialah memilih seseorang yg buta politik menjadi Ahli Majlis Daerah Pendang mewakili kaum Siam tetapi bukan dari kalangan MKK. Ahli Majlis tersebut juga rasa tergugat dengan penubuhan Jawatankuasa Penyelaras MKK Kaum Siam Daerah Pendang. Khuatir jawatannya diganti dengan orang lain, lalu beliau bersubahat dengan Setiausaha Kelab menggagalkan apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh Pengerusi Kelab.

Nampaknya bergelora juga Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang apabila Pengerusi dan Setiausaha tidak sehaluan.

Betul ke UMNO Jerlun tak ada masalah?

Baru-baru ini DUN Kota Siputeh telah menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Semua pihak terutamanya ahli-ahli politik berminat ingin mendapat perkembangan terkini DUN kota Siputeh.

Ini adalah ekoran wakil rakyatnya gagal menghadiri 2 persidangan DUN Negeri Kedah secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker. Kes ini telah dibawa ke muka pengadilan di peringkat Mahkamah.

Kebanyakkan jabatan2 kerajaan, agensi kerajaan/swasta dan parti-parti politik yang terlibat secara langsung atau tidak langsung telah bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan pilihanraya kecil akan diadakan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusannya.

Agensi2 tersebut telah turun ke kawasan bagi meninjau dan mengumpulkan data-data untuk kegunaan semasa kempen. Mereka juga akan mencari kelemahan dan kekuatan parti politik masing-masing bagi merancang strategik kempen sekiranya wujud kekosongan kerusi tersebut.

Beberapa isu-isu telah dikenal pasti. Terdapat isu utama yang berlaku tetapi tidak berani untuk dikemukakan ke peringkat atasan. Ini adalah kerana sifat bodek-membodek dikalangan pegawai2 dan pemimpin2 masih tebal. Masing-masing menjaga kantong sendiri. Bila dah kalah barulah isu ini akan dikemukakan untuk dijadikan post-mortem atau bedah siasat punca kekalahan.

Isu tersebut ialah, betulkah wujud perpecahan dalam UMNO Bahagian Jerlun? Pegawai-pegawai di lapangan yang diarahkan telah melaporkan bahawa reaksi orang ramai di peringkat grassroot mengatakan memang wujud perpecahan di kalangan pemimpin UMNO Bahagian Jerlun.

Kata mereka, setelah Tok Abu menang ketua bahagian maka Ketua bahagian lama iaitu Man Pin telah mengosongkan pejabat UMNO tersebut. Semuanya licin termasuk kerusi meja, almari dan fail-fail lama. Ketua UMNO bahagian baru terpaksa terima hakikat masuk pejabat yang sudah tak nampak serinya lagi.

Sementara pegawai2 atau pemimpin2 di peringkat pertengahan tidak berani terima isu ini sebagai isu DUN Kota Siputeh. Mereka tidak berani kemukakan isu ini ke peringkat atasan kerana mereka khuatir akan menimbulkan perasaan tidak puashati di peringkat atasan. Lagipun Tok Abu dan Man Pin menafikan bahawa UMNO Jerlun berpecah. Mereka menyatakan mereka cukup rapat dan amat baik sekali. Betul ke baik atau hanya lakonan politik seperti Tok Rozai dan Tok Man Bedul Pendang berpeluk-pelukan depan PM semasa Perhimpunan UMNO Kebangsaan tanda mereka sudah berbaik-baik semula. Tetapi hakikatnya masih bergelora dan cantas-mencantas masih berlaku di peringkat Kawasan Parlimen Pendang.

Saya bukannya menyebelahi mana2 pihak. Kita haruslah menerima hakikat sebenar apa yang berlaku di lapangan supaya kita dapat atasinya dengan segera. Pemimpin atasan juga janganlah hanya nak dengar benda-benda yang baik sahaja daripada anak buahnya. Cubalah dengar juga benda-benda yang tak baik untuk kita atasi bersama sebelum terlambat.

Kalau asyik dok dengar puji-pujian, tiba-tiba 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umum ke 12. Nasi dah menjadi bubur, bubur dah menjadi abu, Abu dah menjadi tak tentu arah. Hanya tunggu keputusan Mahkamah Rayuan sahaja.

Monday, November 30, 2009

Ulang Tahun Ke 20 Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia - Thailand dgn PKM.

Satu Detik Bersejarah Yang Bertukar Menjadi Detik Yang Melucukan...
Perjanjian bersejarah... (dari kanan) Abdullah C.D. dan Chin Peng menandatangani perjanjian damai dengan Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Panglima Angkatan Tentera Thailand dan wakil Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman di Haadyai pada 2 Disember 1989. -Foto THE STAR oleh ROHAIZAT

Tanggal 2 Disember 2009 merupakan ulang tahun ke 20, Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia - Thailand dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Pada SABTU, 2 DISEMBER 1989; Jam hampir 10.30 pagi di Hotel Lee Garden, Hadyai di mana berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM telah dipenuhi oleh wartawan dan orang kenamaan yang ingin menyaksikan satu detik bersejarah - sesuatu yang gagal disaksikan semasa Perjanjian Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 di Sek. Keb. Putra, Baling, Kedah.

Orang-orang penting yang hadir ke majlis tersebut ialah Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Ah Sek bagi pihak PKM. Kerajaan Malaysia pula diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman. Wakil Kerajaan Thailand pula diwakili oleh Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Panglima Angkatan Tentera Thailand.

Bekas KP Penerangan meninggal dunia.


MUAR 29 Nov. — Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Abas Salleh meninggal dunia secara mengejut di rumahnya di Jalan Yahya, Parit Perupok di sini malam semalam.

Menurut Fazli, anak kedua Allahyarham, bapanya tiba-tiba rebah dan mengalami kesukaran untuk bernafas kira-kira pukul 7 malam sebelum meninggal dunia 15 minit kemudian.

"Keluarga kami tidak sempat membawanya ke hospital,” katanya di sini.

Abas, 64, bersara sebagai Ketua Pengarah Penerangan pada tahun 2002.

Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampungnya tengah hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Yom Ahmad dan empat anak lelaki berusia antara 23 dan 36 tahun.

Anak sulungnya, Dr. Adly Ariff, 36, kini bekerja di Perth, Australia; Fazli, 32, pensyarah di Universiti Multimedia Melaka; Amry Amin, 31, bertugas di Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia di Bangi, Selangor; dan Hasmy Iman, 23, sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang teknologi maklumat. - Bernama

Ini merupakan bekas boss saya, yang saya amat hormati. Takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Abas Salleh .

Wednesday, November 25, 2009

Usaha Merampas Kuasa Di Kedah..

Salam Sejahtera...

Mungkin ada yang tertanya,apakah PRK yang berlaku di kota seputeh akan mengembalikan kegemilangan kemenangan cemerlang kepada PR dalam pilihanraya kecil sebelum ini (tolak di Batang Ai & Bagan Pinang)?

Bagi aku sendiri,ini adalah medan yang pertempuran yang akan memanjangkan penguasaan semula era atau hayat politik keluarga Dr Mahathir setelah hampir disisihkan atau dipinggirkan oleh menantu Tun Abdullah iaitu Khairi Jamaluddin.

Sudah dijangka awal,jika kemenangan BN berlaku di PRK Pmtg Pasir setelah kematian ADUN Dato Haji Hamdan,sudah pastinya semangat itu akan di bawa di Kota Seputih.Malangnya kekalahan yang berganda serta tewas dengan majoriti yang tinggi (walaupun tidak melebihi daripada Majoriti 2008 akibat pilihanraya berlaku pada waktu bekerja).

Itulah yang menyebabkan kekosongan di DUN Kota Seputih tidak berlaku sehinggalah kemenangan bergaya BN di Bagan Pinang bagi menaikkan semangat petugas jentera BN ataupun isu penerimaan masyarakat di Bagan Pinang akan dibawa ke Kota Seputih.

Tujuan utamanya ialah bagi membawa Dato Mukriz Mahathir Ahli Parlimen Jerlun sebagai calon BN di Kota Seputih walaupun dinafikan oleh TPM Muhyiddin Yasin.Ini adalah usaha ataupun bakal digunakan kempen BN bagi memperingati jasa-jasa Dr Mahathir di Kedah ataupun sebagai mantan PM yang akan memberikan sedikit kelebihan kepada BN dalam sepanjang kempen nanti.

Kita juga perlu faham,dalam usaha BN merampas negeri yang dikuasai PR,Mukriz adalah calon terbaik di Kota Seputih memandangkan BN Kedah kena menonjolkan bakal Menteri Besar bagi pihak mereka supaya ianya dapat diterima rakyat negeri kedah.Ketahuilah,PR Kedah kena menilai kesemua aspek ini agartidak tergelincir daripada membaca taktik yang cuba dibawa BN di Kedah.Ayuh & Awas kepada pimpinan PR Kedah!!!

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/2009/11/usaha-umno-kedah-untuk-merampas-kedah.html

SPR berjaya di saat-saat akhir.

Semalam, SPR berjaya mendapat perintah penggantungan sementara pada saat-saat akhir daripada mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh.

Perintah tersebut dikeluarkan sementara menunggu penyelesaian kes rayuan SPR terhadap keputusan mahkamah Tinggi pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan.

Dalam keputusan sebulat suara itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim berpendapat wujud keadaan khas bagi membenarkan perintah penggantungan sementara itu.

Nampaknya usaha SPR berjaya juga membantu BN menangguhkan pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh. Harap kejayaan ini tidak dibantu oleh "tangan ghaib". Jika tidak, kemenangan hanya dalam jangka masa pendek tetapi akan kalah teruk dalam jangka masa panjang.

Tuesday, November 24, 2009

SPR gagal menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam mengetepikan permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Hakim Alizatul juga mengarahkan SPR mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN berkenaan selewat-lewatnya Rabu ini.

Dalam tindakan segera, SPR memfailkan notis usul untuk menangguhkan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN tersebut di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan di istana Kehakiman, Putrajaya. Nampaknya SPR tidak mudah mengalah dalam keputusannya sebelum ini mengekalkan kerusi DUN Kota Siputeh adalah masih milik UMNO.

SPR mempunyai masa selama 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi untuk mengadakan pilihan raya kecil. Sepatutnya sebagai badan bebas SPR haruslah akur dengan keputusan mahkamah Tinggi dan membuat persediaan untuk mengadakan pilihanraya kecil DUN Kota Siputeh.

Berilah mandat kepada pengundi-pengundi di kawasan DUN Kota Siputeh untuk membuat pemilihan semula setelah Datuk Abu Hasan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai ADUN di kawasan tersebut. Tindakan SPR nampaknya tidak profesional dan memihak kepada satu-satu pihak sahaja. Rakyat sekarang boleh menilai siapakah pihak yang benar dalam kes ini.

Jika ingin BN terus relevan, SPR haruslah bertindak lebih profesional dan menjadi satu badan neutral yang bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dalam apa-apa pertandingan sekiranya pengadil berat sebelah maka pertandingan tersebut dianggap tidak telus dan tidak adil.

Tindakan SPR meneruskan kes ini di Mahkamah Rayuan akan menjejaskan sokongan pengundi kepada BN itu sendiri. Fikir-fikirkanlah, walaupun SPR berjaya dalam kes ini tetapi dalam jangka masa panjang BN akan semakin dibenci oleh pengundi-pengundi. Tindakan SPR bukannya dapat membantu BN malah akan menyebabkan BN semakin dijauhi oleh pengundi-pengundi dan beralih untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Monday, November 23, 2009

Sidang DUN Kedah kecoh.

Semalam, persidangan DUN Kedah kecoh ekoran kenyataan YB Siti Ashah Ghazali, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan kebajikan Masyarakat yang dikatakan dihalau keluar dari kawasan sekolah (di Anak Bukit) yang merupakan pusat penempatan banjir. Beliau berkata, "kami datang bawa selimut, telekung dan makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir tetapi dihalau keluar dari kawasan sekolah itu".

YB Datuk Paduka Ahmad Bashah (BN - Bakar Bata) bangun mencelah meminta Siti Ashah mengemukakan bukti dengan memberi perincian kejadian tersebut. Cadangan tersebut disokong oleh Tajudin Ahmad (BN - Belantek) dan mendapat reaksi yang sama daripada Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN - Kuah), Mohd. Rawi Abdul hamid (BN - Ayer Hangat) dan Azmi Che Hussien (BN - Bayu).

Serangan mulut yang bertubi-tubi membuatkan Siti Ashah tidak dapat meneruskan penggulungan buat seketika, sebelum diredakan dengan campur tangan speaker, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Sunday, November 22, 2009

Majlis Perundingan Koperasi ditubuh

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Sebanyak 222 Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Parlimen bakal diwujudkan menjelang pertengahan tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kewujudan majlis itu bagi menggalakkan amalan berkoperasi di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, katanya, ia juga berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh koperasi-koperasi di semua kawasan Parlimen.

''Majlis itu bertujuan membantu kementerian dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperbanyakkan koperasi di peringkat akar umbi.

''Langkah ini selari dengan kempen yang akan kita mulakan awal tahun depan iaitu Mengkoperasikan Rakyat: Satu Komuniti Satu Koperasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, kesemua majlis koperasi peringkat Parlimen itu akan diberi peruntukan sebanyak RM20,000 sebagai permulaan bagi tujuan pentadbiran dan aktiviti mempromosikan penubuhan koperasi di kawasan terbabit.

Jelasnya, ia akan dianggotai oleh wakil-wakil koperasi, jabatan kerajaan dan SKM yang berada dalam sesuatu kawasan Parlimen itu.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, kementeriannya sedang berusaha memperkasakan aktiviti koperasi sekolah dengan menyeru badan tersebut supaya tidak hanya bergantung kepada penjualan barangan untuk murid-murid sahaja.

''Sejak kita meminta koperasi sekolah mempelbagaikan aktiviti perniagaan mereka, sebanyak 160 daripadanya di negara ini mula menjual busana sekolah dan sebanyak 330,354 unit pakaian itu telah ditempah sehingga hari ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, terdapat hanya 66 koperasi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) daripada lebih 250 IPT di negara ini.

Tegasnya, bilangan itu hanya mewakili 30 peratus daripada IPT di negara ini dan ia merugikan kerana kebanyakan pelajar yang mempunyai pengalaman dalam bidang koperasi semasa di sekolah tidak dapat meneruskan bakat mereka itu.

Sumber: Mingguan Malaysia, 22.11.2009

Ini satu lagi peluang keemasan yang boleh direbut... Kerajaan menyediakan pelbagai ruang untuk rakyatnya.....

PM Perinci 6 Teras Bidang Keberhasilan Utama Negara

PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memperincikan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara, NKRA termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah.

Semua anggota pentadbiran dan penjawat awam juga perlu bertanggungjawab dan serius melaksanakan NKRA dan KPI.

Sasarannya agar semua pembanguan negara dimaklum, dinilai dan dipantau rakyat.

Enam teras utama tersebut ialah :

i. Mengurangkan kadar jenayah
di Pengerusikan oleh Datuk Seri Hishamudin Hussein, Menteri Dalam Negeri

ii. Memerangi rasuah
di Pengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di JPM

iii. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
di Pengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin, TPM & Menteri Pelajaran

iv. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
di Pengerusikan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat

v. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
di Pengerusikan oleh Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

vi. Menambahbaik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana
di Pengerusikan oleh Datuk Seri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan

Bagi mengurangkan kadar jenayah kepada 20% menjelang hujung 2010, tumpuan diberikan kepada jenayah jalanan termasuk curi, ragut, samun tanpa senjata dan samun berkawan tanpa senjata api.

Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, bantuan dan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada setiap 1 haribulan bermula 2010.

Faedah kemudahan jalanraya lebih baik di Sabah dan Sarawak dijamin sebelum hujung 2010 manakala bagi bekalan air, elektrik dan perumahan turut ditingkatkan untuk keselesaan rakyat.

Kerajaan turut mensasarkan 25% penduduk Lembah Klang menggunakan kemudahan awam menjelang tahun 2012.

Perkara ini adalah untuk kebaikan dan faedah rakyat keseluruhannya. Adalah anda tidak mahu peluang terbaik ini....?

Penduduk Merbok tidak puashati, bekalan air kotor.

Lebih 600 penduduk di Pekan Merbok terpaksa berhadapan dengan masalah air kotor dan berklorin tinggi hingga mereka terpaksa berpiket bagi memohon pihak berkenaan mengatasi masalah itu.

Bukan sahaja masalah bekalan air berbau klorin dan bil bekalan air yang melambung tinggi malah ada juga penduduk yang membuat aduan mengenai bekalan air yang tidak bersih dan kotor berikutan turut bercampur dengan tanah dan selut yang sekali gus menjejaskan mutu bekalan air di sini.

Saya berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini.

UMNO Kedah jangan berpuak-puak..


Mohd. Mustafa dan khalid

ALOR SETAR 21 Nov. - Sesiapa pun yang dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah tidak akan dapat menyatupadukan parti itu jika pemimpin peringkat bahagian gagal bekerjasama.

Pensyarah politik di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohd. Mustafa Ishak berkata, masalah berpuak-puak telah lama wujud di dalam UMNO Kedah dan ia hanya dapat ditangani jika pemimpin terlibat berhenti berbuat demikian.

Menurutnya, walaupun ada cadangan melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menerajui UMNO negeri itu bagi mengukuhkan parti, namun jika tiada perubahan sikap pemimpin terbabit, maka usaha itu sukar dilakukan.

“Dr. Mahathir memang calon yang layak kerana pengalaman luasnya dalam politik. Namun, jika tidak ada perubahan sikap di kalangan pemimpin bahagian, siapa juga yang dilantik untuk menerajui parti di negeri ini tidak akan mampu membawa perubahan kepada UMNO Kedah,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Beliau diminta mengulas kolum Cuit kelolaan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang mencadangkan supaya Dr. Mahathir menerajui UMNO Kedah sehingga pilihan raya umum akan datang atau sekurang-kurangnya UMNO negeri itu dapat distabilkan kembali.

Menurut Mohd. Mustafa, kekuatan UMNO sebenarnya terletak kepada kepimpinan bahagian kerana mereka yang mencorakkan hala tuju parti tersebut.

“Setiap bahagian UMNO perlu mewujudkan perpaduan serta membina kekuatan parti.

“Masalah UMNO adalah parti ini tidak mampu untuk menampilkan tenaga di peringkat bahagian sehingga berlaku sabotaj sesama sendiri hanya untuk mendapatkan kedudukan,” katanya.

Veteran UMNO Kedah, Tan Sri Khalid Abdullah turut bersetuju dengan cadangan pelantikan Dr. Mahathir, namun perkara itu perlu dipersetujui oleh bekas Perdana Menteri itu.
Katanya, apabila Dr. Mahathir dilantik menerajui UMNO Kedah, banyak masa yang perlu diluangkan beliau untuk memulihkan kembali parti itu.

“Saya bimbang jika hasil yang diinginkan untuk melihat UMNO kembali bersatu tidak menjadi kenyataan walaupun Dr. Mahathir menjadi penerajunya,” jelasnya.

Tambah Khalid, apa yang penting adalah pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu mengorbankan diri demi parti bagi memastikan UMNO terus mendapat sokongan rakyat di negeri itu.

“Kita perlu korbankan nafsu dan kepentingan diri sendiri demi memastikan parti terus diterima. Pemimpin UMNO Kedah perlu segera melakukan pengorbanan ini kerana banyak masa telah terbuang kerana bersengketa,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 22.11.2009

Dilema politik Kedah.

Oleh Zulkiflee Bakar

MUNGKIN kalau mahu menyedapkan hati, tidak salah jika ada mana-mana pihak buat seketika menerima sahaja kenyataan UMNO Kedah yang menolak andaian wujudnya kumpulan dan puak tertentu dalam parti berkenaan sehingga menyebabkan parti itu di negeri tersebut berpecah belah.

Malah tidak salah juga jika kita menerima dengan hati terbuka kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bahawa, semua pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat bahagian termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan termasuk Pengerusi badan itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

Tetapi UMNO Kedah tidak boleh menghalang kalau orang bertanya apakah kenyataan itu sekadar retorik atau realiti dan lebih daripada itu, apakah sindrom penafian masih wujud di kalangan pemimpin parti tersebut biarpun kini mereka sudah kehilangan kuasa?

Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO Kedah berhak menolak sebarang andaian atas alasan ia ‘‘cuma persepsi orang yang mungkin tidak berada dalam parti’, tetapi mereka tidak mampu menyembunyikan fakta.

Dalam soal ini, selain maklumat yang diterima dan tinjauan yang dibuat, penulis berkesempatan mengetahui situasi sebenar politik di Kedah termasuklah peluang untuk UMNO kembali berkuasa. Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sememangnya berpeluang untuk merampas semula negeri itu daripada Pas seperti mana kata seorang pemerhati politik, peluang BN ialah 60-40 bukan 50-50.

Tetapi semua itu bergantung kepada keikhlasan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Masalah yang paling ketara menurut pemerhati politik tersebut ialah di peringkat bahagian. Atas sebab itulah, pemerhati berkenaan menolak sebarang andaian untuk meletakkan sebarang kelemahan atau kesalahan kepada Shafie Apdal.

‘‘Kalau orang tahu apa sebenarnya berlaku di bahagian-bahagian UMNO di Kedah, mereka akan memahami siapapun yang menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, ia tidak akan berkesan.

‘‘Ia kerana bahagian-bahagian UMNO di Kedah sangat lemah, justeru tidak wajar kalau kita hendak menyalahkan Shafie. Beliau hanya dihantar oleh pucuk pimpinan bagi membantu tetapi sama ada akan berjaya atau tidak ia terletak kepada bahagian-bahagian UMNO menentukannya,’’ kata pemerhati politik tersebut.

Dalam soal ini, semua pemimpin UMNO di Kedah harus bertindak jujur, mereka perlu mengakui daripada 15 bahagian di negeri itu hampir kesemua ada masalah. Sikap berpuak-puak, cantas-mencantas dan pergelutan antara kumpulan yang ingin merebut jawatan ketua bahagian telah memungkinkan bahagian-bahagian UMNO berada dalam situasi yang cukup lemah. Oleh itu menuding jari kepada Shafie adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dan boleh diibaratkan hanya mahu menutupi kelemahan di peringkat bahagian.

‘‘Kebanyakan ketua bahagian hanya menguasai satu pertiga atau satu perenam sahaja bahagian masing-masing, lainnya semua di luar kawalan mereka,’’ kata pemerhati itu lagi.

Jika keadaan ini berlanjutan maka adalah mustahil bagi mana-mana juga pengerusi perhubungan untuk melaksanakan usaha bagi mengukuhkan parti dan seterusnya berhadapan dengan parti lawan dalam pilihan raya.

Akibat kelemahan di peringkat bahagian itu juga yang menjadi faktor utama kenapa sehingga ke hari ini, UMNO Kedah dilihat tidak berupaya untuk memberi sebarang cabaran bagi merampas kembali negeri itu daripada Pas.

Selesa

Sama ada hendak diakui atau tidak, adalah jelas walaupun apa juga yang dikatakan oleh UMNO dan BN Kedah kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pas, namun di kalangan rakyat mereka dilihat semakin selesa dengan situasi sekarang. Dalam bahasa mudah, bak kata orang Kedah, ‘‘Biaq (biar) Pas perintah, tak dak masalah pun.’’. Mungkin kenyataan seumpama ini tidak disenangi oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Kedah tetapi inilah realitinya selepas hampir 20 bulan, negeri Jelapang Padi itu berada dalam penguasaan Pas.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pas Kedah dikatakan semakin mendapat perhatian rakyat. Malah sikap Azizan yang sentiasa tenang dan tidak melakukan sebarang perubahan drastik yang boleh memaparkan kegelojohan apabila berkuasa seperti mana berlaku di Perak dan Selangor turut memberi kelebihan kepada kerajaan negeri pimpinan beliau.

Berdasarkan hakikat itulah, jika UMNO Kedah masih lagi dihinggapi dengan sindrom penafian dan membiarkan kelemahan di peringkat bahagian berterusan, percayalah apa yang berlaku di Kelantan akan berulang di negeri tersebut.

Dahulu UMNO Kelantan juga sering menafikan bahawa mereka berpuak-puak, malah setiap kali isu perpecahan dibangkitkan mereka menuduh media mempunyai agenda. Tetapi realiti di lapangan menunjukkan apa yang diperkatakan adalah satu kebenaran dan kesudahannya sejak tahun 1990 hinggalah sekarang Pas terus menguasai Kelantan.

Malah suatu ketika berikutan kekalutan yang berlaku dalam UMNO Kelantan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Presiden UMNO turut menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Tetapi keadaan tidak berubah, Kelantan tetap gagal dirampas kembali oleh UMNO kerana pemimpin-pemimpin negeri itu terus bercakaran sesama sendiri.

Persoalannya apakah UMNO Kedah juga hendak membiarkan situasi ini berlaku di negeri mereka? Justeru bagi mengelakkan semua itu mahu tidak mahu pemimpin- pemimpin UMNO Kedah perlu berjiwa besar.

Mereka mesti bersikap terbuka untuk menerima teguran dan janganlah terlalu mudah melihat sebarang kritikan sebagai usaha menjatuhkan mana-mana pemimpin. Paling penting mereka harus memberi sokongan padu kepada Shafie dalam usaha memperkukuhkan UMNO negeri itu.
Shafie memerlukan sokongan padu yang sebenar-benarnya dan bukannya lakonan dalam usaha memastikan Kedah kembali ke pangkuan BN.

Keputusan pucuk pimpinan parti menghantar Shafie ke Kedah bukanlah tanpa alasan sebaliknya seperti mana kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir kehadiran Naib Presiden UMNO itu adalah tepat pada masanya.

‘‘Beliau terlibat secara langsung dalam menawan semula Sabah ketika menjadi pembangkang. Kita perlukan pengalaman beliau bagi memikirkan strategi dan pendekatan terbaik bagi menawan semula Kedah. Pada masa yang sama saya melihat bapa saya sentiasa sedia untuk membantu UMNO negeri dan pusat.’’ kata Mukhriz.

Selain berganding bahu dengan Shafie, pemimpin-pemimpin UMNO Kedah juga harus mengakui bahawa ada masalah di peringkat bahagian-bahagian, kalau pun fakta ini dinafikan tetapi rakyat di kawasan terlibat mengetahui kedudukan sebenar.

Mereka juga perlu bersedia untuk menerima perubahan kepimpinan termasuklah memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk menerajui negeri itu.

Sekali lagi penulis mendapati sentimen yang mahukan Mukhriz kembali menjadi salah seorang pemimpin utama di Kedah cukup kuat.

‘‘Mukhriz harus berkorban, beliau perlu berkhidmat di Kedah biarpun sepenggal, apabila situasi sudah pulih dan UMNO Kedah sudah mantap, Mukhriz boleh meneruskan perjuangan di peringkat pusat.

‘‘Situasi politik di Kedah memerlukan pemimpin muda seperti beliau yang dilihat mempunyai karisma dan mampu menarik perhatian rakyat negeri itu untuk kembali menyokong UMNO dan BN,’’ kata seorang penganalisis politik ketika dihubungi.

Penulis difahamkan pada masa ini memang terdapat ramai pemimpin muda yang mula menonjolkan diri di bahagian- bahagian tetapi malangnya kehadiran mereka tidak begitu senangi sehingga berlaku cantas-mencantas.

Semua ini tidak akan menguntungkan UMNO dan BN, sebaliknya ia akan mengakibatkan parti itu akan ketandusan barisan pelapis yang akhirnya akan mengakibatkan ia berkubur begitu sahaja.

‘‘Mahu tidak mahu seperti juga di Terengganu, pucuk pimpinan UMNO perlu mencari daripada sekarang siapa bakal Menteri Besar Kedah kalau parti itu kembali memerintah.

‘‘Strategi ini penting dalam meyakinkan rakyat untuk menyokong BN,’’ kata seorang pemimpin veteran parti itu.

Apa pun keadaannya, adalah diharapkan UMNO Kedah akan terus bersikap terbuka dalam memperbaiki pelbagai kelemahan yang mereka miliki.

Dalam soal ini, perkara paling utama ialah bersikap ikhlas dan tidak bersikap hipokrit apatah lagi terus mengamalkan sindrom penafian. Jika sikap negatif itu berterusan, percayalah tidak mustahil panji-panji Pas akan terus tertegak di negeri tersebut seperti mana terjadi di Kelantan ibarat ‘pi mai pi mai tang jugak’.

Sumber: Utusan Malaysia, 22.11.2009

Bagi pemerhati macam kita, ia merupakan tulisan yang menarik. Tapi bagi orang-orang UMNO Kedah, ia mungkin sesuatu yang amat pedih sekali. Antaranya menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh kesemua 15 bahagian UMNO di negeri ini. Inilah halangan besar untuk BN menawan semua Kedah daripada PR.

Walaupun sesiapa sahaja dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, walaupun DR. Mahathir sendiri… masalah berpuak-puak UMNO Kedah tidak akan selesai sekiranya Taiko-taiko di peringkat UMNO bahagian tidak mau beri kerjasama.

Mereka menafikan macam mana pun, pengundi-pengundi di Kedah tahu bahawa punca utama UMNO Kedah ialah perbalahan di antara Ketua-ketua Bahagian UMNO Kedah.

Di peringkat cawangan pula.. Ketua-ketua Cawangan UMNO cuba menghalang golongan muda untuk menyertai UMNO. Mereka hanya membenarkan adik-beradik mereka... saudara-mara mereka sahaja menjadi ahli UMNO. Jumlah keahlian UMNO diambil setakat untuk cukup syarat sahaja. Mereka tidak mau ambil ramai jadi ahli. Mereka khuatir kedudukan mereka sebagai Ketua Cawangan dan seterusnya Pengerusi JKKKP tergugat.

Kerana jawatan tersebut memberi pulangan lumayan seperti aluan bulanan sebanyak RM450.00 sebulan dan pendapatan lain lagi seperti projek utk kelas 'F' di mana kebanyakkan pengerusi JKKKP ada lessen kelas 'F' kecuali JKKKP berketurunan Siam sahaja tidak ada.

Memang sesuai membawa balik Mukriz ke Kedah untuk bertanding di DUN Kota Siputeh sebagai satu persiapan menerajui Kedah sebagai Menteri Besar sekiranya BN berjaya menawan Kedah pada PR ke 13. Itupun sekiranya beliau menang di DUN Kota Siputeh. Bagaimana pula sekiranya kalah, sudah tentu imejnya tercemar. Begitu juga imej bapanya selaku bekas Perdana Menteri yang disanjung tinggi. Apa-apa isu yang berkaitan beliau dan keluarganya akan dilondeh habis oleh PR semasa kempen pilihanraya kecil tersebut.

Adakah Mukriz sanggup menerima cabaran ini untuk dicalonkan sebagai ADUN Kota Siputeh. Sekiranya beliau dicalonkan, bagaimana pula perasaan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Jerlun. Sedang Mukriz merupakan pemimpin UMNO Bahagian Kubang Pasu. Persoalan ini juga wajar diambil kira untuk memenangi hati pengundi DUN Kota Siputeh.

sehati berdansa

program yang menarik dan mencabar kemahiran geraktari ,tapi suami dan isteri kenalah lebih berhati-hati, hampir cedera, patah pinggang hanya untuk menunjukkan aksi merbahaya.

Program ini juga mengundang rasa ghairah apabila suami isteri bercium di depan penonton, penerbit wajar mengenakan peraturan supaya ada batas-batas yang jangan sampai remaja kita lupa daratan dan budaya timur.

Walau macam mana pun sehati berdansa mesti ada unsur untuk mendidik kerana 90 % penontonnya adalah remaja dan ibubapa. Kepada penonton yang bertudung tu sopan-sopanlah sikit jangan teruja terlampau kerana akan memalukan kaum kita.

Terima kasih kepada pengadil yang bijak mengkritik secara selamba dan memberi keseronokan kepada semua. SEHATI BERDANSA .............

sehati berdansa

Thursday, November 19, 2009

Kerajaan Kedah dibidas tiada fokus.


ALOR SETAR, 18.11.09: Kerajaan Kedah digesa supaya menggariskan perancangan dan fokus dalam pembangunan negeri bagi memastikan janji yang diberikan kepada rakyat pada pilihan raya umum tahun lepas ditunaikan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Mahdzhir Khalid (BN-Pedu) hari ini berkata, perancangan dan fokus adalah penting khususnya perancangan untuk memajukan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat pelbagai kaum.

"Sampai sekarang pun, kita tak nampak apa perancangan... kita ada banyak kaum di negeri ini, apa perancangan untuk memajukan kaum India, Cina dan Siam, kita pun tak tahu.

"Begitu juga fokus kepada industri, jika memberi penekanan kepada pertanian, apakah jenis pertanian yang difokuskan?

"Jika perindustrian pula, apakah industri yang difokuskan, haruslah dijelaskan," katanya ketika membahaskan usul terima kasih atas titah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika merasmikan sidang DUN.

Dakwanya, pelaburan asing di Kulim High Tech juga didapati tidak meningkat sejak 2007 dan kerajaan negeri haruslah berusaha untuk melakukan sesuatu.

Mahdzir, yang juga bekas menteri besar, berkata setelah diberi kuasa memegang tampuk pemerintahan, kerajaan negeri pimpinan PAS haruslah mempunyai perancangan untuk menunaikan janji kepada rakyat.

Katanya, antara janji itu termasuklah cuti bersalin selama tiga bulan dan cuti 20 hari atas kematian suami kepada penjawat awam wanita tetapi setakat ini masih kabur mengenai pelaksanaannya.

Beliau juga meminta kerajaan memastikan bahawa tindakan untuk mengkorporatkan Jabatan Bekalan Air (JBA) negeri tidak menjejaskan pendapatan kerajaan."Kita harus memastikan bahawa usaha untuk mengkorporatkan JBA yang bermula tahun hadapan mestilah tidak menjejaskan pendapatan kerajaan, sebelum ini kerajaan mempunyai Kumpulan Wang Bekalan Air," kata beliau.

Semalam, dalam pembentangan Bajet Kedah 2010, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata JBA akan dikorporatkan di bawah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Air Darul Aman (SADA).

SADA dijangka mula beroperasi 1 Jan 2010 dan bertanggungjawab menggendalikan kerja-kerja pembekalan air manakala kesemua aset JBA pula akan dikendalikan oleh Perbadanan Aset Air Bhd. - BERNAMA

Siapa kata wakil rakyat BN tidak bersuara semasa persidangan DUN Kedah. Petikan di atas membuktikan bahawa wakil rakyat BN masih aktif membawa isu-isu rakyat di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah. BN masih relevan kepada rakyat negeri Kedah cuma berlaku masalah dalaman sahaja sehingga negeri Kedah jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Cadangan Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Kanan.


Semalam, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Pengerusi RISDA mencadangkan supaya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai menteri kanan.

Cadangan itu ditimbulkan Abdul Rahim supaya segala kepakaran dan pengalaman Dr. Mahathir dalam mentadbir negara selama 22 tahun dapat dimanfaatkan.

Ada juga pihak mencadangkan Dr. Mahathir menerajui Badan Perhubungan UMNO Kedah. Buat masa sekarang UMNO Kedah dipengerusikan oleh YB Datuk Shafie Afdal orang Sabah bermenantukan orang Sungai petani. Masalah berpuak-puak dikalangan pemimpin UMNO Kedah masih belum selesai. Bukannya niat depa memandang rendah keupayaan Datuk Shafie Afdal tetapi seboleh-bolehnya biarlah orang Kedah memimpin UMNO Kedah.

Sementara YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula berpendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih selesa untuk tidak berada secara langsung dalam kabinet walaupun sebagai seorang menteri kanan. Bekas Perdana Menteri itu dilihat lebih senang memainkan peranannya seperti mana sekarang dengan memberi pandangan dan nasihat dalam mana-mana bidang yang dimahukan dari luar kerajaan.

Pada pandangan aku, beliau dah tua biarlah beliau berehat di penghujung usia. Pemimpin-pemimpin UMNO bolehlah minta nasihat daripada beliau sekiranya perlu, bagi mengatasi masalah berpuak-puak di kalangan pemimpin UMNO Kedah. Mana-mana pemimpin veteran yang tidak mampu untuk mengatasi masalah ini haruslah mengundur diri secara terhormat. Berilah peluang pemimpin pelapis untuk menunjukkan bakat mereka menawan kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat.

Sidang DUN Kedah Ditangguh Kerana Pendingin Hawa Rosak.


ALOR SETAR, 19 Nov: Persidangan hari ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini ditangguh ke Ahad ini berikutan pendingin hawa dalam dewan mengalami kerosakan dan menyebabkan keadaan panas serta kurang selesa.

Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengumumkan penanggguhan itu selepas menerima cadangan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk menangguhkan persidangan hari ini, yang disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).

"Peristiwa ini pertama kali berlaku, memandangkan keadaan dewan yang panas, saya menangguhkan sidang dewan ini pada hari Ahad (22 November)," katanya.

Sesi persidangan hari ini merupakan hari terakhir diperuntukkan bagi perbahasan usul terima kasih atas titah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika merasmikan sidang Dewan dengan sesi penggulungan dijadualkan pada petangnya. - BERNAMA

Petani membanting tulang di tengah-tengah panas terik mengerjakan sawah untuk kita makan tak pernah merungut pun. Ini duduk dalam tempat teduh pun dah tak tahan sehingga kena tangguh kerja2 yg amat penting dalam pentadbiran kerajaan. Guna la kipas sat, itu pun takleh tahan ke?

Mengapa wakil rakyat BN Kedah hanya membisu?

PADA keseluruhannya rakyat Kedah di mana pun sekarang ini tidak senang dengan kerajaan negeri. Ini boleh didengar di kedai-kedai teh tarik, di surau-surau dan di pejabat-pejabat kerajaan.

Tetapi yang menghairankan saya, mengapakah perasaan rakyat ini tidak disuarakan oleh wakil-wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri Kedah atau menerusi akhbar bagi menunjukkan mereka prihatin kepada suara rakyat itu?

Bekas Menteri Besar Kedah juga nampaknya membisu seribu bahasa.

Lebih buruk lagi apabila seluruh negara telah mengetahui ada wakil rakyat negeri Kedah yang ponteng tidak menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat.

Keadaan di Kedah itu berbeza dengan kegigihan kebanyakan ADUN BN Selangor yang sentiasa aktif membangkitkan berbagai rasa tidak puas hati rakyat negeri itu daripada yang sekecil-kecilnya hingga kepada masalah yang sebesar-besarnya, daripada masalah mengenai agama sehingga kepada soal ekonomi dan politik.

Kebisuan ADUN BN Kedah seolah-olah memberi gambaran bahawa rakyat berpuas hati dengan kerajaan Pas yang ada sekarang atau menampakkan sebenarnya wakil-wakil BN adalah terdiri daripada mereka yang tidak menjalankan tugas untuk mendekati rakyat bagi mendengar keluh-kesah mereka.

Sesungguhnya keadaan sebenarnya di Kedah sekarang begitu teruk. Selain tidak adanya projek-projek pembangunan untuk rakyat, sekitar kampung dan bandar tidak dapat dikawal kebersihannya. Peniaga-peniaga liar terdapat di sana-sini malah rumah pun dijadikan pasar ikan.

Penduduk kawasan perumahan sekitar bandar Alor Setar hidup dalam persekitaran yang busuk dan semak-samun, lalang liar dan rumput memanjang tidak dipotong dan sampah-sarap terbiar di sana sini, tidak diangkut mengikut jadual seperti semasa Barisan Nasional berkuasa dahulu.

Sesiapa yang tidak percaya, silalah berkunjung ke Taman Uda dan lain-lain taman di Jalan Sultanah.

Saya penduduk di kawasan ini sedang merancang untuk menghantar sampah-sarap yang tidak diangkat berhari-hari ke rumah Menteri Besar Kedah tetapi setakat ini, kami masih bersabar untuk melihat sejauh manakah masalah ini akan berlarutan.

Untuk mengatasi anggapan buruk rakyat, wakil-wakil rakyat Pas, ADUN dan Parlimennya mendakwa di sana sini beberapa projek besar sedang dijalankan seperti jambatan di Jalan Persekutuan berhampiran dengan Kelab Golf Permaipura Bedong sebagai hasil daripada permintaan wakil rakyatnya sedangkan itu ialah projek yang diluluskan sejak zaman Barisan Nasional lagi.

Berbagai pembohongan dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Pas di Kedah sekarang ini untuk menyelamatkan diri mereka daripada kemarahan rakyat.

Tidak ada lagi kegiatan sosial, aktiviti belia dan wanita di kampung-kampung seperti dahulu.

Wakil rakyat Pas datang untuk menunjukkan muka dan sembahyang bersama orang kampung tetapi tidak dapat memberikan apa yang diminta oleh rakyat atau mengatasi masalah dan rungutan yang timbulkan oleh mereka.

Bagaimanapun adalah dikesali, wakil-wakil rakyat BN dalam Dewan Undangan Negeri Kedah seperti tidak mengetahui semua ini atau mereka mempunyai sebab untuk tidak bersuara dan tidak membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat ini kerana masing-masing merasa terancam untuk membangkitkannya?

TAN MELAKA

Sumber: Utusan Malaysia, pada 19.11.2009

Rakyat Kedah masih kuat bersemangat untuk menawan kerajaan negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat tetapi pemimpin BN masih lena lagi dibuai mimpi indah.

Kekosongan kerusi DUN N3 Kota Siputeh


Pada 16 November 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh kosong ekoran penyandangnya Dato' Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut iaitu pada 19 April 2009 dan 9 Ogos 2009 tanpa kebenaran daripada Speaker DUN Kedah, Dato' Dr. Abdul Isa.

Mengikut Perkara 51 Undang-undang Negeri Kedah menyatakan dengan jelas berlakunya kekosongan kerusi sekiranya ADUN tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran speaker bagi dua persidangan berturut-turut.

Speaker DUN Kedah telah menghantar surat memaklumkan kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh kepada SPR. Pada 1 September 2009, SPR telah bermesyuarat dan membuat keputusan mengekalkan kerusi DUN Kota Seputeh dan Dato' Abu Hasssan Sarif masih kekal sebagai ADUN dengan alasan ADUN tersebut tidak hadir 2 persidangan berturut-turut dalam penggal yang berbeza. Oleh kerana tidak puashati dengan keputusan yang dibuat oleh SPR maka speaker DUN Kedah memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN tersebut. Mengikut perlembagaan, SPR perlu mengadakan piliharaya kecil dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya kekosongan mana-mana kerusi kawasan pilihanraya.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) berpuas hati dengan syarat itu," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

SPR akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepikan keputusan Mahkamah tersebut mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai ADUN Kota Seputeh.

Persoalannya kenapa SPR perlu membuat rayuan? Pihak yang sepatutnya membuat rayuan ialah UMNO dan Dato' Abu Hassan Sarif. Sebelum ini tindakan SPR membuat keputusan mengekalkan kerusi tersebut untuk UMNO adalah tidak wajar kerana melampaui kuasa Speaker. SPR juga membuat rayuan bagi pihak UMNO apabila Mahkamah Tinggi KL membuat keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh menggambarkan organisasi ini tidak boleh menjadi badan neutral dalam mengendalikan pilihanraya. Sebenarnya SPR haruslah menjadi satu organisasi neutral dan tidak memihak kepada sesiapa dalam menjalankan tugasnya. Krisis yang berlaku di DUN Kota Sioputeh sedikit sebanyak telah mencemarkan kredibiliti SPR sebagai badan bebas.

Nobhisa memberi komen melalui blognya berpendapat Dato' Mukriz Mahathir merupakan calon yang sesuai untuk bertanding di DUN N3 Kota Siputeh. Alasan beliau ialah:
1. Dato' Mukriz dikenali ramai di situ sebab beliau merupakan Ahli Parlimen Jerlun yang merangkumi DUN Kota Siputeh dan DUN Ayer Hitam (PAS). Tambahan pula Pusat Khidmat Parlimen Jerlun terletak di Padang Sera dalam DUN Kota Siputeh.
2. Dato' Mukriz tiada rekod rasuah dan tiada tuduhan skandal yang memalukan.
3. Dulu Kota Siputeh terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu dimana diwakili oleh Tun Dr. Mahathir. Ramai pengundi tua mengenali Tun Dr. Mahathir dan pengundi muda juga boleh merasai sumbangan bekas Perdana Menteri tersebut.
4. Dato' Mukriz mempunyai kredibiliti dan berpengalaman sebagai Timbalan menteri serta seorang ahli korporat.
5. Pemilihan Dato' Mukriz juga merupakan sebagai pemilihan bakal Menteri Besar Kedah selepas BN berjaya menawan semula Kedah daripada PR.

Jumlah pengundi DUN N3 Kota Siputeh seramai 19.771 orang. Melayu (91.7%), Cina (7.5%) Siam (0.6%) dan India (0.2%). Pada pilihanraya lepas UMNO menang majoriti 495 undi.

subsidi beras untuk rakyat

Terima kasih kerajaan , kerana prihatin kepada rakyat melalui e-kasih, sebab nak bagi kopon beras. Di Kedah ni walaupun negeri jelapang padi, banyak bendang tapi rakyatnya ramai yang miskin. Bayangkan 12,000 orang e-kasih yang disahkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri akan diberi dulu kupon.

Harapnya penerima subsidi ini juga tidak menjual beras yg diterima 3 kampit seorang. Kerajaan bagi kupon RM10.00 penerima bayar RM14.00 harga beras RM24.00.

Congaklah betapa untungnya menjadi rakyat malaysia, rakyat diutamakan, pernahkah kita fikir dari mana kerajaan cari peruntukan, pasaitu jangan dok juai kat rakyat sebelah sempadan pulak atau juai kat bangla atau rumah kongsi Indon di kedah.

Jangan dok ashik nak bantai kerajaan saj. tambah lani musim hujan dan bah, sapa mai tolong kita, tengok kita, bagi makan, selimut, duit, kalau tempat lain lah belum tentu lagi, jadi pikir-pikir la muhasabah sikit,hari ni kita susah, esok kita senang jangan lupa jasa kerajaan........BN MENANG KEDAH SENANG

Selamat Datang

Selamat datang saya ucapkan kepada semua pengunjung blog Bicara Kedah. Saya akan paparkan semua isu yang berlaku di Kedah...

Sekian, terima kasih.