Wednesday, November 2, 2011

Kerajaan Negeri akan buka kawasan balak di Bukit Perak.

Semalam aku pi jalan2 di kawasan Pendang, dengaq org kampung berdesas-desus tentang pembukaan kawasan pembalakan di Bukit Perak berhampiran perkampungan kaum Siam Kg. Titi Akar.

Di situ terdapat juga Pusat Rekresi Air Terjun Sg. Rambai yang tak begitu popular mungkin kerana dianaktirikan drp arus pembangunan. Tidak lama lagi, pusat tersebut akan terus lesap daripada peta negeri Kedah.

Tanah usaha org-org kampung untuk bercucuk tanam juga terlibat dalam perancangan ini. Kerajaan Negeri telah pecahkan kawasan pembalakan mengikut lot-lot dan diagihkan kepada kroni mereka sebelum pembalakkan dilakukan.

Org kampung sedar, mereka tidak mampu menghalang keputusan kerajaan negeri. Mereka hanya berharap agar tanah usaha mereka tu serahlah kepada mereka untuk menjalankan aktiviti pertanian untuk sara hidup.

1 comment:

  1. saya bukan penyokong kuat UMNO/BN, tetapi tidak sangka PAS merosakkan keindahan alam sekitar di kawasan kg halaman kami.

    Tunggulah, kami akan tumbangkan PAS.

    Dan kepasa BN, anda pun jgnlah mahu menggondol bukit utk kuari di kws Bkt Perak juga, kalau tak, kami sokong anda.

    Sekian

    ReplyDelete