Thursday, October 13, 2011

Ramai risau mengenai PRU13.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa kemungkinan besar Pakatan Rakyat tidak akan bubar DUN di negeri yg diperintah oleh mereka. Kenyataan Tun ini ke arah mendesak agar Najib selaku PM tidak mengadakan PRU 13 dalam waktu terdekat. Jika diadakan juga kemungkinan besar BN boleh tumbang dalam PRU13.

Mungkin Tun inginkan masalah UMNO diselesaikan terlebih dahulu sebelum PRU13. Pada Mac 2012 ini akan diadakan pemilihan baru kepimpinan UMNO setelah ditangguhkan selama 18 bulan. Mana2 pemimpin UMNO yang berjaya dipilih oleh ahli akan dicalonkan sebagai calon PRU13 mengikut kehendak ahli akar umbi. Maka harapan BN menang agak cerah.

Buat masa sekarang, masalah dalaman UMNO agak serius. Jika diadakan PRU dalam masa terdekat ini, aku percaya BN boleh tumbang.

Sementara Najib pula, ingin adakan PRU dalam waktu terdekat sebelum pemilihan UMNO akan datang diadakan. Jika PRU13 diadakan selepas pemilihan UMNO, sudah tentu Najib tidak yakin akan dipilih semula sebagai Presiden UMNO. Kerana sudah nampak bayang2 bahawa Tun amat mengharapkan agar ada pemimpin lain seperti Muhyiddin menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO. Jika tidak, masa depan UMNO agak malap.

Pembentangan bajet 2012, agak jelas bahawa Najib dah mula bersiap sedia untuk memukul gendang pertempuran ke medan PRU13 selewat-lewatnya sebelum Mac 2012. Keadaan ini telah merunsingkan ramai pemimpin terutamanya pemimpin-pemimpin BN.

No comments:

Post a Comment