Thursday, February 18, 2010

Pilihlah calon yang tidak mudah digoyang.


Anwar akui salah pilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihanraya umum yang lalu. Anwar menyatakan bahawa beliau akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih. Beliau meluahkan kesilapan beliau semasa menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, anjuran PKR di Pulau Pinang semalam.

Baguslah Anwar dah sedar tentang kesilapannya sekarang kerana masih ada masa untuk Anwar membuat pembaharuan bagi menghadapi PRU 13. Buat masa sekarang sudah 5 orang wakil rakyat dari PKR telah istihar keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas iaitu 2 di Perak 1 di Selangor, 1 di Kedah dan 1 di Pulau Pinang. Manakala DAP 1 di Perak, sementara calon dari PAS belum lagi melompat parti sehingga sekarang.

Aku berharap agar BN juga sedar tentang perkembangan parti lawan sebelum terlambat. BN haruslah membuat perubahan yang lebih drastik bagi menghadapi parti lawan yang semakin mantap. Dulu, anwar menyatakan PKR baru tubuh tetapi berjaya menumbangkan 5 negeri. Sekarang parti PKR dah banyak pengalaman walaupun baru ditubuhkan. Jangan ambil mudah tentang kekuatan parti komponen PR.

Jika dibandingkan program yang dianjurkan PR dan BN, aku lihat ada banyak perbezaan di sini walaupun mempunyai ramai orang yang hadir. Kehadiran orang ramai ke program PR lebih kepada semangat dan setia kepada parti mereka. Manakala orang ramai yang menghadiri ke program BN kemungkinan besar disediakan pengangkutan dan juga penonton import daripada pelajar2 IPT atau pelatih PLKN atau datang sekadar untuk menerima sumbangan.

Harap pemimpin BN peka terhadap keupayaan parti lawan. Sekiranya parti PKR baru tubuh berjaya menawan 5 negeri dalam PRU 12, tak mustahil mereka akan berjaya menumbang BN pada PRU 13. BN harus pilihlah calon yang berkaliber dan tidak mudah goyang untuk menjaminkan BN tetap relevan di hati rakyat.

No comments:

Post a Comment