Tuesday, February 16, 2010

Tindakan Ku Li wajar dicontohi..


Memang aku puji cara Ku Li menyuarakan masalah rakyat di negeri Kelantan. Pendirian tegas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (Ku Li) amat aku kagumi. Demi untuk memperjuangkan hak rakyat Kelantan dalam isu pertikaian hak royalti minyak Kelantan, Ku Li sanggup bersama-sama pemimpin PAS Kelantan untuk menjelaskan isu berkenaan di Stadium Sultan Mohamad ke - IV, Kota Bharu, Kelantan pada 28 Januari lalu.

Tindakan Ku Li menyebabkan ramai pemimpin UMNO marah kepada beliau kerana pendirian beliau membelakangkan semangat dalam UMNO. Tetapi pada pandangan aku, Ku Li bukan sengaja bersekongkong dengan PAS tanpa sebab. Cuma beliau ingin memperjuangkan hak rakyat negerinya sahaja selaku seorang anak raja dan pemimpin berjiwa rakyat. Memang menjadi tanggungjawab beliau selaku wakil rakyat untuk menyuarakan hasrat rakyat terhadap kerajaan.

Beliau sanggup gadaikan kedudukannya dalam UMNO demi untuk menyuarakan hak rakyat di negerinya. Adakah beliau wajar disingkir daripada UMNO kerana mendesak kerajaan di atas pentas PAS? Tambahan pula isu ini berkaitan dengan beliau secara langsung selaku bekas Pengasas Petrolium Nasional Berhad (Petronas).

Aku bukan ahli politik, cuma rakyat biasa negeri Kedah yang amat kagum dengan pemimpin seperti Ku Li. Aku sentiasa menyokong mana-mana pemimpin yang berani menyuarakan hasrat rakyat selaku wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Memang ini adalah tanggungjawab Ku Li selaku wakil rakyat yang harus berusaha membela rakyatnya walaupun menggunakan pendekatan yang tidak disukai oleh rakan2 dalam parti.

Pemimpin sebegini sukar untuk dicari ganti. Kebanyakkan pemimpin zaman sekarang adalah "Yes Man" dan hanya pentingkan poket sendiri sahaja.

No comments:

Post a Comment