Monday, June 27, 2011

Buku Pencapaian Kedah Sejahtera.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ baru-baru ini. Penerbitan buku berkenaan sebagai penjelasan pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat sepanjang mereka memerintah negeri Kedah.

Semua fakta-fakta yang diselitkan dalam buku tersebut adalah sumber dari Laporan Ketua Audit Negara yang dipetik daripada Laporan Jabatan Audit Negara.

Walau bagaimana pun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah, mempertikaikan kesahihan fakta dalam buku tersebut yang memperjelaskan pencapaian Kedah berdasarkan janji manifesto Pilihan raya Umum Ke – 12 (PRU12).

Pihak UMNO Kedah turut bercadang menerbitkan buku bagi menjawab segala penjelasan dalam buku itu bagi membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bohong kepada rakyat negeri Kedah. YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia menunggu penerbitan buku jawapan daripada UMNO Kedah.

Aku rasa lebih baik UMNO Kedah tumpu terbit buku untuk menjelaskan kepada rakyat tentang hasil sumbangan UMNO Kedah kepada rakyat semasa negeri Kedah di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat. Kalaulah UMNO dok usaha mempertikaikan usaha puak lain sedangkan KPI sendiri pun rakyat tak tahu. Bagaimana rakyat menilai parti mana yang lebih baik untuk diberi peluang dalam PRU13?

Tunjukkanlah kebolehan UMNO Kedah bagi meyakinkan rakyat Kedah untuk diberi peluang memerintah Kedah semula dalam PRU 13. Kerajaan Pakatan Rakyat dah jauh ke hadapan dalam menerbitkan buku penjelasan kepada rakyat bagi mengambil hati mereka. Sementara UMNO Kedah masih dalam perancangan untuk menerbit buku. Itu pun untuk mempertikaikan fakta dalam buku ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ bukannya untuk menjelaskan kepada rakyat hasil sumbangan UMNO Kedah.

No comments:

Post a Comment