Maaf jika aku katakan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO wajar digugurkan untuk memberi peluang pemimpin muda mengambil tempat. Dalam perlembagaan UMNO, pemilihan pemimpin akan dilakukan oleh ahli-ahli parti dalam tempoh 3 tahun sekali.
Oleh kerana, Majlis Tertinggi UMNO boleh menangguhkan pemilihan selama 18 bulan bagi menghadapi pilihanraya umum dan menggelakkan berlakunya perpecahan dalam parti sebelum pilihanraya umum maka pemimpin yang wajar digugurkan akan tersenyum lebar. Mereka dah selamat...
Dengan penangguhan tersebut menyebabkan kedudukan mereka tidak tergugat. Malah kebanyakkan mereka juga mempunyai kuasa pendesak utk menentukan calon yang bertanding dalam PRU. Inilah salah satu punca, orang ramai semakin benci kepada UMNO.
Penangguhan pemilihan barisan pemimpin parti dengan alasan mengelakkan perpecahan dalaman atau alasan untuk persiapan PRU adalah tidak logik. Aku rasa lebih kepada menyelamatkan diri sendiri dan kroni daripada disingkir oleh ahli-ahli parti sebelum PRU.
Penangguhan pemilihan barisan kepimpinan UMNO selama 18 bulan umpama membiarkan nanah memakan diri tanpa memberi sebarang ubat. Lama kelamaan parti tersebut akan ditinggalkan oleh ahli-ahli sendiri dan beralih ke parti baru.
Perlukah ditangguh selama 18 bulan sedangkan penentuan untuk membubarkan Parlimen bagi membuka ruang PRU adalah di dalam tangan pemimpin UMNO? Kenapa hak ahli untuk memilih pemimpin parti sebelum pilihanraya diabaikan?
Aku pun tidak pasti, UMNO masih relevan atau tidak? Buat masa sekarang, boleh dikatakan kebanyakan UMNO Bahagian di seluruh negara mempunyai masalah dalaman yang boleh menjejaskan mereka dalam PRU13. UMNO bukan kalah kerana Pakatan Rakyat kuat tetapi kalah kerana masalah dalaman.
Tuesday, June 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment