Tuesday, July 5, 2011

Mungkin ramai orang anggap undi 1.4% pengundi Siam di Kedah tidak penting.

Aku percaya ramai lagi rakyat Malaysia tidak tahu wujudnya orang-orang Siam di sebelah utara tanah air terutamanya rakyat Malaysia yang berada di selatan tanah air. Aku orang Kedah, tahu sangat tentang kewujudan kaum Siam di Kedah.

Pengundi di kalangan kaum Siam dianggarkan sebanyak 1.4% daripada jumlah pengundi di Kedah. Kaum Siam hidup berkelompok dan kebanyakkannya tinggal di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Pengundi kaum Siam ini dianggap sebagai simpanan tetap BN sebab mereka cukup setia kepada BN sejak dahulu lagi. Sukar untuk PAS menembusi benteng UMNO dalam perkampungan Siam. Tambahan pula ideologi PAS berunsur agama Islam manakala kaum Siam adalah beragama Buddha.

Keyakinan pemimpin BN terhadap kesetiaan pengundi Siam terhadap BN tinggi maka pihak BN memandang sepi terhadap kaum ini. Kebanyakkan beranggapan undi 1.4% tidak banyak untuk BN mengambil berat menjelang PRU13.

Mungkin mereka lupa bahawa buat masa sekarang PAS sudah berjaya menembusi benteng yang UMNO bina di perkampungan Siam. Sudah ada pemimpin Siam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK). Sudah ada beberapa kampung Siam telah ditubuhkan cawangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan juga ranting PKR. Sudah adalah pemimpin-pemimpin Siam dilantik menganggotai Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah.

Kerajaan negeri Kedah juga menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak pemimpin agama Buddha di Kedah.

Sedikit demi sedikit mereka mengambil hati kaum Siam untuk menarik mereka menyokong PAS. Sebagai contoh penganjuran Pesta Songkran peringkat negeri Kedah yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah pada 17 April di Kg. Lamdin, Padang Terap dihadiri lebih 5,000 kaum Siam. Tapi BN langsung tidak mengambil berat perkara ini.

Senator yang dilantik oleh PM bagi mewakili kaum Siam juga bukannya dari pilihan kaum Siam sendiri tapi dipilih dari pintu belakang. Nak atau tak nak, orang Siam terpaksa pendamkan perasaan kerana menghormati keputusan PM. Bagaimanakah seorang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam NGO Siam menjadi Senator mewakili kaum Siam? Bagaimana Senator dapat membantu kaum Siam sedangkan beliau hanya bergerak bersendirian?

Walaupun kaum Siam mempunyai 1.4% di Kedah dianggap kecil tapi beberapa DUN amat bergantung kepada undi kaum Siam untuk menang. Antaranya DUN Sungai Tiang, DUN Belantek, DUN Jeneri, DUN Kuala Nerang, DUN Bayu, DUN Kupang, DUN Jitra, DUN Air Hitam dan DUN Bukit Kayu Hitam.

Jika BN menganggap undi kaum Siam tidak penting, aku rasa mereka dah silap banyak. Orang Siam sekarang tidak macam dulu lagi. Mereka dah faham selok belok politik. Dulu bolehlah ugut kalau tak sokong BN tak boleh hantar anak ke sekolah kerajaan, tak sokong BN tak dapat subsidi padi.. sekarang mereka dah tahu..

2 comments:

  1. btoi..aku sokong hang..
    kawasan kampong aku kat kg baru pdg sanai ramai puak depa.
    orang siam ni tak banyak kerenah.
    pasai tu depa marah bila ada orang sebut kes sebab kematian kat terengganu baru2 ni pasai bomoh siam.
    bila ada beda tak baik ja depa kata orang siam..
    ramai tak sedarq...yang baguih pulut siam,beghaih siam,degheyan siam,moktan siam,dokong siam..selimut toto siam dan juga paling baguih bantai pelok siam..
    bab bantai pelok ni...toksah habarq la semua faham...
    ingat bantai pelok ingat lah danok.
    tapi kat pdg sanai la ni dah ada pintu sempadan baghu...degheyan bughong.
    puak2 siam dok seludup minyak petrol sakan la ni..
    pasai apa kerajaan letak pegawai kastam dan imigeresen yang rabun ngan buta kat situ.
    siam bawa keluarq minyak dok lalu depan depa terang2 pun depa tak nampak.

    aku dah jatuh hati kat anak dara siam keja supermarket kola nerang...
    depa makan apa pun tak tau lawa sangat.


    mat din..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya saya tertarik dgn ayat-ayat entry
    diatas yang mengatakan BN tidak mengambil berat..maksud penulis BN tidak mengambil berat tenatang perayaan songkran??saya rasa itu adalah satu statement yang salah..sebelum PAS memerintah lg BN sudah memberi peruntukan untuk wat-wat yang terpilih mengadakan festival songkran ini..saya harap,kalau nk berkarya,berkarya lah dengan fakta,bukan dengan pendapat sendiri..lagi satu,berkaitan kenyataan penulis "senator bergerak seorang diri"..ini bermaksud saudara inginkan Siam bergerak dalam persatuan??itu tidak mendatangkan manfaat sama sekali..sudah beberapa persatuan ditubuhkan..yuran keahlian dikutip setiap tahun,tapi ke mana hilangnya duit itu???saya rasa senator bergerak keseorangan sekalipun,dah banyak faedah yang beliau bawa dalam masyarakat siam ketika ini..

    ReplyDelete