Wednesday, July 6, 2011

Polis buat Road Block bermula 1 Julai..

Semalam, aku jumpa polis road block sebanyak 2 kali selepas balik dari tempat kerja. Semasa nak masuk Highway Utara-Selatan jumpa Polis Road Block, selepas keluar dari Highway jumpa lagi Polis Road Block.

Seolah-olah kita berada dalam zaman darurat. Aku tak marah kepada polis sebab itu tugas mereka untuk menjaga keamanan negara kita. Mereka bertindak untuk mencegah sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Bab politik tu biar orang politik yang uruskan. Tapi bab keselamatan memang wajar polis ambil tindakan sebab itu memang tanggungjawab mereka.

Aku cuma nak nasihatkan kepada semua pemandu, janganlah bawa senjata merbahaya dan juga baju kuning lambang BERSIH 2.0. Takut tak sempat sampai ke destinasi, anda akan disumbat ke dalam lokap. Harap semua berada di rumah sepanjang cuti hujung minggu ini.

Walaupun pihak penganjur BERSIH 2.0 dah umum untuk batal demontrasi jalanan dan teruskan perhimpunan di Stadium setelah berjumpa dengan DYMM Yang DiPertuan Agong tapi pihak kerajaan pula meletak syarat jika berhimpun di stadium. Ini bermakna keputusan berkompromi untuk mengelakkan perhimpunan BERSIH 2.0 masih kurang jelas.

Aku berharap kepada kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian yang sesuai demi untuk keharmonian dan keamanan negara kita.

1 comment:

  1. Tadi dapat call sorang kawan aku dari changlun pun dia kata macam tu jugak! dia lalu sampai Napoh, keta orang uum balik keja jammed dah dekat sejam! ingatkan xsiden, rupanya polis mencari beruk.

    peh tu sampai je kat aloq setaq, pun ada lagi satu road block.

    kesian polis kena berkawal, kesian orang2 yang anti-bershit tu kena sangkut dalam trafik jem, memang lahabau betoi puak2 beshit2.0 ni, menyusahkan orang sunggoh!

    ReplyDelete