Tuesday, July 26, 2011

PM juga boleh diperalatkan.

Realitinya lawatan Najib ke Kedah bukannya bertemu rakyat Kedah tetapi hanya indah khabar dari rupa dengan berlegar-legar bersama konco-konco UMNO sahaja untuk menguatkan politik mereka.

Lawatan ke Taman Wira hanya untuk memulihkan kekuatan YB Datuk Ahmad Bashah yang ‘ratingnya’semakin menjunam kerana janji-janji lama hanya tinggal janji.

Lawatan ke Guar Chempedak untuk meletak tapak asas Senator Jamil Khir sebagai calon yang disebut-sebut dalam PRU13 yang akan datang.

Perjumpaan dengan 10,000 belia di Pendang hanyalah untuk memberi nafas politik kepada Datuk Rozai Shafian yang sedang tercungap-cungap seperti nyawa ikan dalam akuarium yang kehabisan air.

Hakikatnya pertemuan ini seharusnya di luar dari ‘inner circle’ UMNO di mana ketika ini hamba rakyat Kedah semakin hari semakin terasa kejauhan dengan Najib PM mereka.

Manakala kecintaan kepada Ustaz Azizan pulak semakin hari semakin bertapak di hati dan jiwa nurani mereka.

Kesimpulannya DS Najib masih lagi gagal membaca kehendak jiwa rakyat Kedah kerana masih dikongkong juak-juak UMNO yang hanya pandai mencium tangan Perdana Menteri tetapi tidak pandai mencium tangan rakyat.

Copy dari blog MUMMY ROKIAH.. http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/07/umno-kedah-goreng-najib.html

2 comments:

  1. Adakah tuan empunya blog biacara kedah nie setuju dengan tulisan mummy tu

    ReplyDelete
  2. Dari pengamatan aku, memang ada logik apa yg mummy tulis. Kehadiran PM adalah atas tugasnya membuat lawatan ke setiap negeri. Tapi org yg urus program di setiap negeri juga ada agenda tersendiri. Itulah dikatakan politik.. tapi jangan lupa, rakyat sedang memerhati.

    ReplyDelete