Sunday, August 21, 2011

Abu Hassan kembali sebagai ADUN Kota Siputeh

Ramai pihak sudah menjangkakan bahawa Datuk ABu Hassan Sarif akan menang kes mengenai status ADUN Kota Siputeh yang digantung tak bertali sejak 3 tahun lagi.

Kes ini berlaku ekoran Datuk Abu Hassan tidak menghadiri persidangan DUN negeri Kedah 2 kali berturut-turut sehingga menyebabkan Speaker DUN menggantungkan jawatan beliau sebagai ADUN Kota Siputeh.


Kes ini telah dirujuk kepada mahkamah oleh SPR sehingga mahkamah Rayuan membuat keputusan kerusi DUN Kota Siputeh tidak kosong dan mengiktiraf Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat yang sah.


Aku mengucap tahniah di atas kepulangan Datuk dengan penuh bermaruah dan dianggap sebagai anugerah Ramadan. Selepas ini harap Datuk dapat membuat persiapan awal untuk mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU 13.


Walau bagaimana pun, aku yakin bahawa pihak Speaker DUN Kedah tidak duduk diam. Mereka mungkin akan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pula selagi proses keadilan belum sampai ke penghujung.

2 comments:

  1. Sigar Raga SanglangAugust 21, 2011 at 9:19 AM

    Tahniah lah pada Dato Hasan kerana berjaya dalm rayuan kes ini.Sebagai penyokong UMNO aku rasa cukup lah setakat ini.Dato Hassan undur dan berilah laluan pada orang lain pula.Bila calon ada cacat cela susah dalam pilihanraya 13 nanti.Aku tengok Dato Hassan orang Kedah kata LONGGAK sangat dalam kerja buat dia sejak akhir ini.Ditambah pula LOLEH dia lagi melemahkan UMNO.Cukuplah Dato Hassan jangan tamak haloba.Syukorlah apa yang ada dan apa yang dapat.UMNO perlu diutamakan.....

    ReplyDelete
  2. Bila dah jadi Ketua UMNO Bahagian mereka ada peluang memilih calon utk mewakili UMNO di dalam bahagian tersebut. Maka aku yakin, Datuk Abu tak akan lepas peluang ini. Perubahan dlm UMNO perlu diubah dari atas sebab ikan busuk bermula dari kepala. Pemilihan dalam UMNO juga jgnlah dok tangguh2 umpama menyimpang kepala ikan busuk yg boleh merosakkan UMNO itu sendiri.

    ReplyDelete