Wednesday, August 17, 2011

Tujuh syarat dituntut PR..

Pakatan Rakyat (PR) kemukakan 7 syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya diumumkan Perdana Menteri kelmarin.

Antara 7 syarat dituntut PR ialah:-

1. Mengesahkan isu penambahbaikan sistem pilihan raya seperti dibangkitkan Pakatan dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

2. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah dan mencadangkan perubahan menyeluruh. Jawatankuasa itu mesti diberi kuasa dan kewangan secukupnya.

3. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihan raya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, iaitu Pricewaterhouse Coopers, Ernst & Young dan sebagainya. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas ke semua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadapnya.
Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan suruhanjaya itu yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.

4. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya lapan tuntutan Bersih 2.0 dan melibatakan parti politik, masyarakat dan akademik. Web 2.0 dan media sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklum balas.

5. Satu kajian bagi membanding dan mengambil pakai amalan tatacara pilihan raya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentangkan untuk pertimbangan jawatankuasa pilihan parlimen.

6. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dan sebagainya yang cukup meluas, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.

7. Semua penambaikan ini mestilah ditamatkan, diumumkan dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

No comments:

Post a Comment