Tuesday, August 9, 2011

Kemelut Majlis Perbandaran Sungai Petani.

26 Mei 2011: Beberapa Ahli Majlis menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan MPSPK merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang.

29 Mei 2011: 17 Ahli Majlis lantikan politik memboikot mesyuarat MPSPK. Mereka bertegas supaya Yang Dipertua (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya. Selagi tuntutan tidak dipenuhi, mereka tetap memboikot mesyuarat majlis.

30 Mei 2011: Seramai 17 Ahli Majlis MPSPK diketuai Ketua WHIP, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit. Sehubungan itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipejabatnya di Wisma Darul Aman.

19 Julai 2011: Perkara dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tindakan lanjut. Kerajaan Negeri memutuskan mengekalkan YDP sekali gus enggan melayan tuntutan 17 Ahli Majlis MPSPK.

27 Julai 2011: Tiga Ahli Parlimen, Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd. Firdaus Jaafar (Jerai) memohon pertimbangan Menteri Besar membuat penilaian semula keputusan mengekalkan YDP MPSPK, Rozaina Radzi.

9 Ogos 2011: Ketua WHIP, Ishak Man cadang Menteri Besar atau EXCO mempengerusikan mesyuarat MPSPK. Jika tidak mereka terus boikot mesyuarat MPSPK.

5 comments:

  1. YDP MPSPK.aku sokong 100 peratus .Elok tukar sahajalah.Nak buat kerja macamana dudok jauh.Hari-hari berulang.Kadang mai.Kadang tuang begitu sahaja.Pantang ada meeting kat AS.Depa tuang terus.Sebab tu Kedah slow dan lembab jika dibandingkan dengan negeri lain.KCS diKedah malap dan memang tak ada vision dengan rakyat.Cuba tengok negeri lain kalau banding dengan KCS.

    ReplyDelete
  2. bangunan baru MPSP cantik noooooo
    stesen bas orang SP lagi cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik lee.... katanya kos buat pun 6@7 angka....tapi sayang tak ade nama, tiang bendera pun tak dak... ape cerita tu...
      Katanye dulu nak diupgrade dewan kenangan. Tapi hari ini kenape jadi kenangan, dimana gelangang badminton, sguash, cafe dan lain-lain. Dapat duit rakyat buatlah untuk kemudahan rakyat beriadah jangan nak kumpul untuk pergi oversea saja.Buatlah kerja-kerja yang menyenangkan hati penduduk-penduduk sungai petani... ingat gaji tu duit rakyat ...fikirlah.

      Delete
  3. Ya memang betul 100% apa yang depa dok kata. Duduk dan kerja kat MPSPK baru tau baik buruk YDP tu. Hidup menyusah dan menyakit hati orang lain. Tak dak hati dan perasaan. Dia dok kira periuk nasi dia ja, tak pikiaq gaji org lain awat org bawah-bawah makan pasir. Ada ka patut orang lama yang dapat keja tetap kira gaji baru masuk keja, dunia hari ni nak makan apa? Dia dok kuat dengan pak menakan dia ja... Cuba semua org pikiaq, tak kena batang hidung ckap senang la.... YDP lain tak macam ni..... Ingat sikit keja di dimana pun gaji kita guna duit rakyat, jesteru itu kita kena buat apa-apa untuk rakyat.. jangan dok sebok dok pikiaq nak p jalan merata. Cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  4. Cerita terbaru nak bagi tau ni...... depa p sambut Birthday di Singapore lagi.... isk.. macam tahun lepas la.... sambil mesyuarat sambil bersukaria( org atas-atas je lah) kerani dok la buat kerja, apa-apa pun tak dpat, tak ubah jugak perangai YDP tu, makin teruk adalah,, tambah lak tak kena tukar lagi besar la kepala dia,, dpat lagi kereta baru toyota camery lagi, ha.. kelas gitu. Kan sok dok di MPSP, duit banyak semua dapat. Kesian kat org bawah buat kerja macam nak mampus,, apa pun tak dpat. Sekali sekala cubalah pikiaq orang bawah, kalau tak kerana oran bawah buat kerja mana depa nak dapat pi mana2.. Insaflah dan bermunasabah diri lah,, ingat apa yg kita buat akan menerima balasan samada hidup atau mati... wallahhuaklam.

    ReplyDelete