Sunday, August 28, 2011

Padan muka Mat Sabu..

Mat Sabu, Tim. Presiden PAS mendakwa pejuang komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 lalu adalah wira negara dalam ceramahnya pada 21 Ogos lalu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dia kata ada org Melayu dalam PKM (Muhamad Indera) berjuang untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah British di mana para polis di balai polis Bukit Kepong adalah kakitangan kerajaan British yg menjajah negara kita.

Ramai pihak tidak puashati dgn kenyataan tersebut. Mat Sabu menerima serangan bertalu-talu melalui media baru. Respon terbaru Mat Sabu ialah dia tak ingat apa yg dia cakap. Dlm dunia serba canggih ini, dia boleh rujuk balik kenyataannya dlm youtube yg dimuatnaik oleh seseorang dan disebar secara meluas di kalangan para blogger.

Selepas ini akan disusuli pula dengan laporan polis dan sidang media oleh beberapa pihak sebagai tindakan balas terhadap kenyataan Mat Sabu. Seperti pepatah Melayu kata "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Padan muka Mat Sabu..

Pertikai tarif air SADA oleh KHTP.

Beberapa kilang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) mempertikai kadar baru air yg diumumkan sejak Oktober lalu menyebabkan sebahagiannya enggan membayar bil sehingga tertunggak mencecah RM1.58 juta.

Dalam perbincangan dengan pihak SADA maka diberi rebat sebanyak 30 peratus pun masih enggan membayar.

Dlm kempen PRU12 lalu, pihak PR telah berjanji akan menawarkan kadar biasa RM1.00 per meterpadu sehingga tempoh 2012 jika berjaya memerintah kerajaan negeri Kedah. Tetapi apabila berjaya menawan Kedah daripada BN, kerajaan PR masih gagal menunaikan janji tersebut.

Penjelasan kerajaan PR Kedah ialah penetapan tarif air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yg diwartakan oleh kerajaan Pusat Oktober lalu.

Sekarang pihak SADA telah mengeluarkan notis untuk memotong bekalan air kepada kilang terbabit. Sampai bilakah masalah ini akan dapat diselesaikan?

Sunday, August 21, 2011

Media kompas mohon maaf drp PM.

JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata, beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. - Bernama

Abu Hassan kembali sebagai ADUN Kota Siputeh

Ramai pihak sudah menjangkakan bahawa Datuk ABu Hassan Sarif akan menang kes mengenai status ADUN Kota Siputeh yang digantung tak bertali sejak 3 tahun lagi.

Kes ini berlaku ekoran Datuk Abu Hassan tidak menghadiri persidangan DUN negeri Kedah 2 kali berturut-turut sehingga menyebabkan Speaker DUN menggantungkan jawatan beliau sebagai ADUN Kota Siputeh.


Kes ini telah dirujuk kepada mahkamah oleh SPR sehingga mahkamah Rayuan membuat keputusan kerusi DUN Kota Siputeh tidak kosong dan mengiktiraf Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat yang sah.


Aku mengucap tahniah di atas kepulangan Datuk dengan penuh bermaruah dan dianggap sebagai anugerah Ramadan. Selepas ini harap Datuk dapat membuat persiapan awal untuk mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU 13.


Walau bagaimana pun, aku yakin bahawa pihak Speaker DUN Kedah tidak duduk diam. Mereka mungkin akan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pula selagi proses keadilan belum sampai ke penghujung.

Wednesday, August 17, 2011

Tujuh syarat dituntut PR..

Pakatan Rakyat (PR) kemukakan 7 syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya diumumkan Perdana Menteri kelmarin.

Antara 7 syarat dituntut PR ialah:-

1. Mengesahkan isu penambahbaikan sistem pilihan raya seperti dibangkitkan Pakatan dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

2. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah dan mencadangkan perubahan menyeluruh. Jawatankuasa itu mesti diberi kuasa dan kewangan secukupnya.

3. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihan raya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, iaitu Pricewaterhouse Coopers, Ernst & Young dan sebagainya. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas ke semua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadapnya.
Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan suruhanjaya itu yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.

4. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya lapan tuntutan Bersih 2.0 dan melibatakan parti politik, masyarakat dan akademik. Web 2.0 dan media sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklum balas.

5. Satu kajian bagi membanding dan mengambil pakai amalan tatacara pilihan raya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentangkan untuk pertimbangan jawatankuasa pilihan parlimen.

6. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dan sebagainya yang cukup meluas, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.

7. Semua penambaikan ini mestilah ditamatkan, diumumkan dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Tuesday, August 9, 2011

Kemelut Majlis Perbandaran Sungai Petani.

26 Mei 2011: Beberapa Ahli Majlis menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan MPSPK merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang.

29 Mei 2011: 17 Ahli Majlis lantikan politik memboikot mesyuarat MPSPK. Mereka bertegas supaya Yang Dipertua (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya. Selagi tuntutan tidak dipenuhi, mereka tetap memboikot mesyuarat majlis.

30 Mei 2011: Seramai 17 Ahli Majlis MPSPK diketuai Ketua WHIP, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit. Sehubungan itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipejabatnya di Wisma Darul Aman.

19 Julai 2011: Perkara dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tindakan lanjut. Kerajaan Negeri memutuskan mengekalkan YDP sekali gus enggan melayan tuntutan 17 Ahli Majlis MPSPK.

27 Julai 2011: Tiga Ahli Parlimen, Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd. Firdaus Jaafar (Jerai) memohon pertimbangan Menteri Besar membuat penilaian semula keputusan mengekalkan YDP MPSPK, Rozaina Radzi.

9 Ogos 2011: Ketua WHIP, Ishak Man cadang Menteri Besar atau EXCO mempengerusikan mesyuarat MPSPK. Jika tidak mereka terus boikot mesyuarat MPSPK.