Thursday, March 11, 2010

Demontrasi masalah ayaq takdak.

Pagi tadi jam 9.30 pagi, aku bersama kawan2 pergi melihat demontrasi oleh pemuda BN di hadapan Wisma Darulaman. Ramai juga pihak polis dan wartawan hadir untuk mengawal keselamatan dan membuat liputan di kawasan tersebut.

Lebih kurang 100 orang yang hadir untuk menyertai demontrasi tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda BN Negeri Kedah, Sdr. Badrul Hisham. Mereka menyuarakan perasaan tidak puashati terhadap kerajaan negeri kerana gagal mengatasi masalah air yang dihadapi rakyat negeri Kedah sejak kerajaan PR memerintah 2 tahun lalu.

Walaupun 4 empangan di Kedah mempunyai air tetapi air tersebut tidak sampai kepada penduduk yang menggunakan air paip. SADA yang diberi tanggungjawab menguruskan perkhidmatan air di negeri Kedah pun gagal mengatasinya. Kerajaan negeri memberi alasan akibat musim kemarau, tidak boleh diterima kerana air di empangan masih boleh menampung keperluan penduduk di negeri Kedah dan juga Pulau Pinang.

Oleh itu, mereka telah menyerahkan Memorundum tentang masalah ini kepada Menteri Besar Kedah melalui Pegawai Khas Tugas-tugas Khas Menteri Besar, Ismadi Abdul Kadir. Demontrasi bersurai pada jam 10.45 pagi.

No comments:

Post a Comment