Tuesday, March 30, 2010

Kecoh sesama sendiri ekoran sepucuk surat.

JITRA: Seramai 16 orang ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa mereka difitnah seorang pegawai majlis itu melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Kedah bertujuan menjatuhkan maruah mereka.

Mereka turut mendakwa surat bertarikh 11 Mac itu yang seharus menjadi rahsia telah tersebar luas kepada umum.

Jurucakap kumpulan itu, Basir Ismail yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat Daerah Kubang Pasu berkata, surat yang dihantar kepada Menteri Besar menyatakan kakitangan MDKP kecewa kerana kerajaan Kedah tidak membuat tapisan untuk melantik mereka, kononnya ada antara yang dilantik itu mempunyai rekod jenayah, bankrap dan mengganggu pentadbiran majlis.

"Kami membuat laporan ini untuk membersihkan nama kami dan bagi membolehkan polis menyiasat surat tersebut," kata Basir.

Ketua Polis Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Hamenuddin, mengesahkan polis menerima aduan itu. - BERNAMA

Nampaknya di kalangan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu tidak sehaluan. Surat rahsia pun nak disebarkan gara-gara tidak puashati cara perlantikan ahli-ahli Majlis tanpa tapisan. Surat apa yg rahsia sangat sampai MB pun takleh tau. Bagus la buat laporan polis, biar polis yg siasat apa sebenarnya berlaku.

1 comment: