Tuesday, March 30, 2010

Nasib MCA masih samar.







Pada 28 Mac lalu, MCA telah membuat pemilihan semula kepimpinannya setelah lebih 2/3 ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan bagi memberi laluan pemilihan semula barisan kepimpinan MCA setelah dilanda krisis kepimpinan.

Hasil pemilihan tersebut memeranjatkan semua pihak. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah memenangi jawatan Presiden MCA menewaskan Datuk Seri Ong Ka Ting (bekas Presiden MCA) dan Datuk Seri Ong Tee Keat (Penyandang jawatan Presiden MCA). Hanya 38% perwakilan sahaja yang menyokong Chua Soi Lek sementara 62% lagi perwakilan tidak memilih beliau. Berat juga tugas Presiden baru untuk menerajui MCA untuk keluar daripada kemelut ini.

Sementara jawatan Timbalan Presiden pula, regu Chua Soi Lek iaitu Datuk Seri Kong Chu Ha telah tewas kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan orang Ong Ka Ting. Sukar juga Chua Soi Lek mendapat kerjasama daripada Timbalan Presiden yang tak sehaluan dengan beliau dan mereka sama2 terlibat dalam krisis kepimpinan MCA. Walau bagaimana pun Liow Tiong Lai menyatakan akan bekerjasama dengan Presiden baru MCA.

Manakala jawatan Naib Presiden pula dimenangi oleh ketiga-tiga puak iaitu puak Chua Soi Lek ialah Ng Yen Yen dan Donald Lim Siang Chai, puak Ong Ka Ting ialah Chor Chee Hiong dan puak Ong Tee Keat ialah Gan Peng Siew. Bolehkah ketiga-tiga puak ini akan bersatu?

Dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pusat MCA seramai 25 orang, Puak Chua Soi Lek seramai 8 orang, puak Ong Ka Ting seramai 12 orang dan puak Ong Tee Keat seramai 5 orang. Ini juga menjadi persoalan, adakah mereka boleh bekerjasama?

Sayap kiri dan kanan MCA iaitu Ketua Wanita dan Ketua Pemuda, sejak awal2 lagi merupakan orang Liow Tiong Lai. Ketua Wanita pernah bercakap sekiranya Chua Soi Lek menang dia akan letak jawatan manakala Ketua Pemuda lebih bersikap terbuka apabila sudi bekerjasama dengan Chua Soi Lek.

Tiga lagi pemimpin dilantik sebagai Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Setiausaha penganjur oleh Ong Tee Keat juga menjadi persoalan. Bolehkah mereka bekerjasama dengan presiden baru? Dalam politik, semua yang berlaku tidak dapat kita ramalkan secara tepat. Pemimpin yang telibat dengan skandal seks tidak disangka boleh memenangi jawatan tertinggi parti MCA. Pada pandangan aku, nasib MCA masih samar.

No comments:

Post a Comment