Wednesday, March 10, 2010

Tu dia 2 EXCO kena singkir.

Hari ini MB Kedah mengumumkan 2 orang EXCO Kerajaan Negeri Kedah disingkirkan iaitu YB Abdullah Jusoh (PAS) Pantai Merdeka dan YB Tan Wei Shui (PKR) Bakar Arang. Mungkin kedua-dua ADUN ini pernah ada krisis dengan kepimpinan negeri.

Kalau tak silap aku, dulu YB Yaakub Hussein (PAS) Bandar Baharu pernah bantah perlantikan ahli-ahli Majlis PBT oleh MB Kedah. Beliau menyuarakan perasaan tidak puashatinya melalui akhbar yang membongkar krisis dalaman PAS. Aku tak pasti pula apa masalah yang dibangkitkan oleh YB Abdullah Jusoh. Mungkin pada pandangan MB beliau betul2 tak berkualiti dan tidak layak menyandang jawatan EXCO.

Sementara YB Tan Wei Shui pula pernah dikaitkan dengan komplot pembelian 5 ADUN PKR untuk menumbangkan Kerajaan PR di Kedah. Hanya seorang sahaja ADUN yang bertindak keluar parti PKR dan mengistiharkan dirinya sebagai ADUN bebas iaitu YB Mohd. Radzi Salleh. YB Tan Wei Shui tidak pula bertindak keluar parti dan beliau masih kekal menjadi ADUN PKR. Walau bagaimana pun, kemungkinan pihak kepimpinan kerajaan negeri masih was-was dengan kesetiaan beliau terhadap parti PKR.

ADUN yang bernasib baik diangkat menjadi EXCO baru ialah YB Ghani Ahmad (PAS) Air Hitam mengetuai JK Penerangan dan Pembangunan Usahawan dan YB Tan Chow Kang (PKR) Sidam mengetuai JK Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan.

Manakala EXCO lama yang dikekalkan ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Muhamed Taulan Mat Rasul, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Siti Aishah Ghazali, Dr. Ismail Salleh, S. Manikumar dan Lim Soo Nee.

No comments:

Post a Comment