Thursday, October 21, 2010

Parti komponen PR pun ada gaduh rebut kerusi.

Parti mana2 pun serupa, tak kira la dalam BN atau PR bab rebut kerusi. Dalam BN jarang berlaku sebab persefahamannya amat kukuh sebab mereka dah lebih 50 tahun bergabung.

PR pula baru je bergabung iaitu semasa PRU12 tapi gabungan tu agak longgar dan masih menggunakan lambang parti masing-masing. Masih wujud ketidaksefahaman di kalangan mereka. Masih bergaduh, bertengkar dan berbeza pandangan di kalangan pemimpin-pemimpin mereka. Bila dekat PRU maka mulalah bising bab pembahagian kerusi.

Semalam, Lee Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah membangkitkan soal kerusi DUN Derga. Beliau menuntut kerusi tersebut diserah balik kepada DAP daripada PKR. Sekiranya tidak, maka dalam PRU13 akan berlaku pertandingan 3 penjuru antara BN, DAP dan PKR. Adakah anda masih memilih parti PR dalam PRU13 nanti?

3 comments:

  1. PAS kata nak ambik Kursi Padang Serai PKR. Gobalakrisnan dan mula kacau.

    PAS kata nak ambik kursi Kulim Bandar Baru, Pemuda PKR Kulim Bandar Baru kata, depa nak boikot.

    DAP kata nak ambik kursi Derga. Kita nak tengok PAS nak kata apa, kerana depa dah ada calun ahli Klab Penyokong PAS/Cina yang akan bertanding di situ.

    Ustaz Azizan akan kata, "hampa beghebut laaahhh.. aku tak mau kata apaaaa... aku pun tak tau lagi nak bertanding ka dak ka di Sungai Limau"

    La niiii... semua Exco dok horrra di luar negara. Di Singapura, Tolan bawa Ahli-ahli Majlis Daerah horra kat kasino baru. Lain2 Exco, depa pi Cina. Buat apa tak tau lah...

    Rakyat Kedah, ahli2 PAS dok tak terima kesejahteraan yang PR/PAS janji.

    keh keh keh .......

    ReplyDelete
  2. Lepas ni kita horra la kat PRU13 la pulak.

    ReplyDelete
  3. Nak horra kat PRU13? Boleeeeehh... Pi lah cari duit banyak2 kat Singapor. Lee Kuan Yu dok tunggu tetamu dari Kerajaan Kedah...

    huh huh huh.... Ustaz Azizan tak pi sama kaaa..?

    ReplyDelete