Wednesday, October 6, 2010

Spekulasi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Selepas Kerajaan Negeri Kedah telah tewas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada tahun 2008 maka jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah digantikan. Pak Pie telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bagi menggantikan Tok Det. Tindakan tersebut dilakukan demi untuk menyatupadukan semula pemimpin-pemimpin UMNO yang bertelagah sehingga kerajaan negeri Kedah terlepas daripada BN.

Perlantikan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Mereka menganggap seolah-olah pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah tidak layak memimpin di negeri sendiri sehingga membawa pemimpin daripada negeri lain memimpin di Kedah. Tambahan pula pengaruh Tok Det di Kedah masih kuat. Maka Pak Pie selaku pengerusi baru tidak banyak dapat membantu menyatupadukan semula UMNO Kedah. Untuk tidak menambah permasalahan yang wujud di kalangan pemimpin UMNO Kedah maka jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah wajar diserah balik kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah.

Beberapa pemimpin UMNO Kedah yang disebut-sebutkan untuk mengisi jawatan tersebut antaranya ialah Tok Det, Tok Bashah, Tok Jamil Khir dan Tok Mukriz.

Pemimpin UMNO di peringkat bawah inginkan perubahan berlaku dalam UMNO Kedah. Mereka lebih suka pemimpin muda diberi peluang menerajui UMNO Kedah. Calon yang paling popular adalah Tok Mukriz yang boleh diangkat sebagai bakal Menteri Besar Kedah jika BN menang dalam PRU13.

Tetapi ura-ura bertiup kencang bahawa Tok Det akan dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Beliau masih berpengaruh di kalangan pemimpin UMNO Kedah. Terdapat 6 UMNO bahagian penyokong kuat kepada beliau. Tetapi rekod beliau tidak baik kerana kejatuhan kerajaan negeri Kedah kepada pakatan rakyat adalah semasa beliau menjadi MB Kedah dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Baru-baru ini timbul pula spekulasi bahawa Tok Mukriz akan dilantik ke jawatan tersebut. Beliau akan dibawa balik dari Jerlun ke Kubang Pasu kerana kerusi di Jerlun tidak selamat untuk beliau berbanding di Kubang Pasu di mana pengaruh bapanya masih kuat di situ. Maka orang yang menjadi korban dalam perkara ini adalah Tok Jo yang akan disingkirkan jika Tok Mukriz di bawa balik ke UMNO Bahagian Kubang Pasu dan seterusnya memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Sementara Tok Bashah pula, prestasi beliau agak merosot ekoran masalah yang berlaku di Perhimpunan Agung UMNO Sg. Petani dan isu perletakan jawatan beramai-ramai pemuda UMNO Alor Setar. Beliau dilihat gagal menyelesaikan isu-isu tersebut. (sebahagian teks dikeluarkan atas komen pengunjung. Harap maaf.)

Sementara Tok Jamil Khir pula adalah calon yang mula digilap oleh pihak atasan sebagai calon pelapis di Kedah. Tetapi beliau tidak mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat akar umbi. Peluang untuk beliau ke jawatan tersebut agak sukar sekiranya beliau tidak disediakan karpet merah oleh pihak atasan. Semuanya tidak mustahil boleh berlaku.

Sebagai kesimpulannya, memang jawatan ini panas di Kedah. Sesiapa yang memegang jawatan tersebut terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyatupadukan semula pemimpin-pemimpin UMNO yang berpecah belah. Hanya pemimpin muda yang tidak mempunyai rekod buruk sahaja wajar diketengahkan untuk mengisi jawatan tersebut sebagai satu ujian untuk menghadapi PRU13.

2 comments:

  1. tuan,
    tolong check, recheck, countercheck maklumat anda...maklumat tok bashah membawa JKKKP kedah jumpa PM adalah satu maklumat yang misleading.
    Sebenarnya, ia adalah pertemuan semua JKKKP dari seluruh negara ke satu program khas perhimpunan JKKKP di bukit jalil kuala lumpur. program itu adalah anjuran kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah, dan pada sebelah petang 12 hb oktober perdana menteri akan berucap di hadapan jkkkp berkenaan.
    cerita tok bashah bawa jkkkp lobi dengan pm adalah cerita kedai kopi yang tidak seharusnya keluar daripada penulisan seorang bergred S54 seperti saudara dan berada di jabatan yang mengumpul maklumat. sekiranya maklumat yang saudara ada sendiri bagaimana saudara hendak menggunakan maklumat itu untuk perjelaskan isu...wassalam

    ReplyDelete
  2. Saya akan edit kenyataan tersebut. Terima kasih di atas info tersebut.

    ReplyDelete