Tuesday, October 5, 2010

Ustaz Azizan dah melenting


MB Kedah beri amaran kepada Tok Det dan juga pemimpin BN jangan putar belit fakta tentang kenaikan tarif air nanti semua akan terdedah. Apa pasai ustaz, sampai melenting macam ni?

Sebelum ini Tok Det kata hutang kerajaan Kedah kepada kerajaan Pusat sebanyak RM1.7 bilion merangkumi semua cuma RM800juta je hutang berkaitan perkhidmatan air di Kedah. Ustaz Azizan jawab balik hutang keseluruhan Kerajaan Kedah terdahulu sebanyak RM2.3 bilion dan RM1.7 bilion drpnya adalah hutang berkaitan perkhidmatan air. Katanya lagi, data tersebut diperolehi daripada rekod Pegawai Kewangan Negeri.

Ustaz Azizan kata kerajaan negeri Kedah cuma mengkorporatkan perkhidmatan air sahaja di bawah SADA tetapi kerajaan negeri bawah BN terdahulu menswastakan perkhidmatan air melalui Syarikat Taliworks Sdn. Bhd dan Syarikat Air Utara Indah Sdn Bhd yg menjadi milik kroni BN. Kontrak sehingga 2020 dan kontrak tersebut merugikan kerajaan negeri. Betul ke?

Ustaz Azizan kata kerajaan negeri bawah BN terdahulu ada tunggakan saman ekor sebanyak RM390,000 yg diperlu dibayar oleh kerajaan negeri bawah Pakatan Rakyat. Betul ke?

Ustaz Azizan kata kerajaan negeri bawah BN terdahulu tidak mahu terima geran yang ditawarkan oleh Pusat. Tetapi pemimpin BN lebih kepada memilih pinjaman daripada Pusat. Jika memilih geran kerajaan negeri tidak perlu bayar balik tetapi perlu mematuhi syarat tertentu drp Pusat seperti hanya Kementeri kewangan yang boleh melantik kontraktor. Sementara pinjaman adalah tanggungan kerajaan negeri dan boleh memilih kontaktor sendiri. Pinjaman tersebut perlu dibayar balik dan kerajaan negeri bawah Pakatan Rakyat perlu menanggungnya. Betul ke?

Ustaz Azizan kata pada 2009 kerajaan Negeri bayar kepada Taliworks Sdn Bhd sebanyak RM39juta sedangkan kutipan hanya RM14 juta. Rugi ke untung?

Ustaz Azizan kata kos bina loji di Padang Sanai sebanyak RM155juta sedangkan anggaran sebenar kos hanya sekitar RM50juta. Wow 3 kali ganda, agih kat kroni ke?

Ustaz Azizan kata, tarif air perlu dinaikkan dan tiada pilihan lain kerana tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Air Negara 2006. Jika tak bayar hutang, kerajaan Pusat boleh ambil alih aset perkhidmatan air di Kedah. Suka tak suka, kerajaan negeri perlu menaikkan tarif air.

Itu la, jangan marah tak tentu hala. Kenaikan tarif air ni mesti ada sesuatu yang kita tak tahu selama ini. Memang rakyat akan menerima apa yg pemimpin atasan buat. Berjuta2 duit peruntukan bocor kerana mementing kroni drp kebajikan masyarakat. Pihak yang menanggungnya adalah rakyat. Seorang rakyat perlu keluar sekitar RM3 hingga RM8 sebulan bagi menampung duit yang dikebas oleh puak-puak politik. Patut la, depa dapat jadi wakil rakyat dua tiga bulan dah mampu beli Mercedes Bend mata belalang. Rakyat dok menanggung hutang.

2 comments:

  1. Cari duit lain lah bayar hutang tuuu... bukan bebankan rakyat.

    Dah perintah kena terima tanggung jawablah...

    ReplyDelete
  2. Pemerintahan sesebuah kerajaan hanya menggunakan wang cukai dan charge perkhidmatan daripada rakyat. Takkan nak suruh MB Kedah pi buat kerja part-time pulak utk bayar hutang. Kerajaan terdahulu seharusnya terima geran peruntukan daripada Pusat bukannya pinjaman.

    ReplyDelete