Thursday, February 25, 2010

Ahmad Bashah bakal dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Tadi ada kawan call saya, bila Ahmad Bashah diumumkan perlantikan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Aku mana tau, lagipun Ahmad Bashah menafikan bahawa tiada perubahan dalam kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Issy... dia kata semua org dah tau. Awat hang tak tau. Meeting kat Semporna, Sabah pada 28 Feb 2010 ni mungkin yg terakhir bagi Shafie Afdal.

Apa-apa pun aku ucap tahniah kpd YB.. tak lama lagi kerusi MB la pulak noh. Lepas ni berduyun-duyun la para bodek pi ucap salam. Ada 2 je jenis salam.. iaityu SI dan SK. Semua org harap salam SI. Salam SK rugi masa je.

Barisan EXCO Kedah bakal dirombak.

Pagi tadi aku baca paper terjumpa artikel mengenai barisan EXCO Kedah bakal dirombak. MB Kedah akan mengadap Tuanku Sultan Kedah dalam masa terdekat.

Kenapa pulak, tiba-tiba ada rombakan barisan EXCO? Mungkin berlaku krisis dalaman di kalangan EXCO-EXCO sehingga mendesak MB Kedah merombak semula barisan EXCO.

Keadaan ini juga boleh ditafsirkan bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan bermasalah. Walaupun depa pandai rahsiakan kelemahan depa, tapi rakyat dapat rasainya.

Terutamanya berkaitan pengagihan kepentingan dalam kerajaan negeri di kalangan parti2 Pakatan Rakyat yg menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan depa.

Mari kita tunggu dan lihat, siapa yg akan ditukar portfolio, siapa yg diangkat naik dan siapa yang bakal digugurkan turun.

Kadar parking di Kedah dinaikkan.

Sebentar tadi semasa dok bersembang dgn member-member, depa bangkitkan soal kadar parking di bandar2 besar di Kedah telah naik. Depa merungutkan sakan.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri dah tenat dari segi sumber kewangan sampai kadar parking pun dinaikkan. Tidak kira lagi lain-lain charge yg aku tak tau.

Aku harap apa yang aku dengaq tu tak betoi. Kalau betoi, rakyat kenalah pikiaq semula dalam PRU akan datang.

DSAI perjelaskan isu di Kedah.

Pada 21 Feb 2010, satu program Pakatan Rakyat diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Pekan Jeniang. Antara penceramah yang hadir ialah DSAI, MB Kedah, YB Gobala, YB Tan Chow Kang, Tuan Dr. Mohd. Nur Monutty dan YB Dr. Mansor TKM1 Pulau Pinang.

Aku tertarik dengan kenyataan MB Kedah semasa beliau berceramah kononnya Kerejaan Negeri Kedah lani dapat RM38 juta hasil pembalakan berbanding semasa BN dapat RM8 juta je. Kalau betoi baguslah, orang Kedah akan sejahtera selepas ini.

Tapi aku pulak dengaq desas desus, orang dok gosip di kedai kopi... katanya kakitangan kontrak PBT belum dapat gaji lagi sejak 3 bulan lalu. Betul ke?

Tuesday, February 23, 2010

Ahmad Bashah pantas memintas khabar angin.


Tindakan pantas Ahmad Bashah memintas khabar angin kononnya Shafie Afdal, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah akan digantikan dalam masa terdekat ini. Inilah dikatakan pemimpin yang sentiasa peka kepada gelombang media baru.

Ahmad Bashah menjelaskan bahawa dakwaan shafie Afdal digantikan tidak berasas. Ini mungkin strategik pembangkang bagi mengeruhkan keadaan dalam kalangan ahli2 UMNO Kedah. Memang tugas pembangkang mencari kelemahan UMNO menjelang saat2 genting isu DUN Kota Seputeh.

Ahmad Bashah juga menjelaskan bahawa mesyuarat Perhubungan UMNO Kedah akan diadakan di Semporna, Sabah kerana sudah lama dirancang. Ini bertujuan bagi mengeratkan perhubungan di antara pemimpin UMNO Negeri Kedah dengan pemimpin UMNO Bahagian Semporna, Sabah. Di mana Ketua Bahagiannya adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Monday, February 22, 2010

Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin kepada golongan miskin di Kedah.

Walaupun Kerajaan Negeri Kedah telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat, Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan rakyat negeri Kedah. Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin kepada golongan miskin/miskin tegar. Bermacam-macam bantuan disalurkan melalui pelbagai jabatan di peringkat persekutuan di negeri Kedah. Antaranya ialah:-

1. Pejabat Pembangunan Negeri telah membantu 83 orang golongan miskin/miskin tegar dengan bantuan ternakan ikan keli, ternakan ayam kampung, jahitan, fertigasi, cendawan, serai.

2. LKIM membantu 342 orang miskin dengan memberi sampan, pukat, enjin bot dan Fish Protect.

3. JKM membantu 939 orang miskin dengan bantuan kebajikan kepada golongan orang tua, OKU dan ibu tunggal.

4. MADA membantu 74 orang miskin dengan bantuan alatan pertanian, jahitan, perniagaan.

5. MARA/AIM/FAMA/KEDA membantu 115 orang miskin dengan mengendalikan seminar keusahawan.

6. Jabatan Veterinar membantu 104 orang dengan bantuan ternakan lembu, kambing, ayam kampung, puyuh dan itik.

7. Jabatan Pertanian membantu 20 orang miskin dengan bantuan peralatan pertanian.

8. Jabatan Perikanan membantu 8 orang dengan bantuan ternakan ikan keli.

Maklumat daripada Laporan E-Sinar.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah akan diganti?

Aku dengar desas desus mengatakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Shafie Afdal akan digantikan dengan orang lain dalam masa terdekat ini. Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah akan diadakan di Semporna, Sabah dalam masa terdekat. Mungkin mesyuarat terakhir yang dikendalikan oleh Shafie Afdal, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Isu DUN Kota Seputeh masih belum lagi selesai, tiba2 datang pula isu baru. Siapakah gerangan orang yang akan menggantikan Shafie Afdal. Mungkin orang itu, berkebolehan tinggi yang boleh menyatupadukan kembali UMNO Kedah. Adakah Tok Bashah atau Tok Jamil Khir? Tok Jo pun tak boleh dipandang ringan. Tok Mukriz masih muda lagi. Siapakah org itu, kita akan tahu juga akhirnya. Tak payah dok pening2 pikiaq, tunggu aje la.

Aku juga dengaq desas-desus ada rombakan kabinet dalam waktu terdekat. Adakah KJ akan diberi jawatan dalam kabinet? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Thursday, February 18, 2010

Hadi diangkat sebagai Jaguh Rakyat.


Pada hari Ahad 14 februari 2010 iaitu pada hari kekasih (Valentine Day), Tuan Guru Hadi Awang telah berjaya selamatkan seorang mangsa yang hampir lemas di Pantai Rusila, Terengganu.

Seorang ahli politik menyelamat seorang mangsa lemas telah diperbesar-besarkan dan diangkat menjadi Jaguh Rakyat semasa UMNO sedang memperhebatkan Program Juara Rakyat di seluruh Malaysia.

Pasukan Keselamatan termasuk PDRM, Tentera, Bomba dll yang menyelamat beratus-ratus nyawa dipandang sepi tetapi kalaulah ahli politik memang dahsyat diangkat sebagai Jaguh Rakyat walaupun hanya 1 nyawa sahaja yang diselamatkan. Promosi pun hebat, kebanyakan para blogger yang pro-pembangkang tidak terlepas peluang ini utk turut menyumbangkan jasa mereka mengangkat idola mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Pada pandangan aku menyelamat nyawa seseorang adalah tugas yg dianggap mulia. Tetapi promosi berlebihan itu dah jadi niat lain dah.

Pilihlah calon yang tidak mudah digoyang.


Anwar akui salah pilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihanraya umum yang lalu. Anwar menyatakan bahawa beliau akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih. Beliau meluahkan kesilapan beliau semasa menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, anjuran PKR di Pulau Pinang semalam.

Baguslah Anwar dah sedar tentang kesilapannya sekarang kerana masih ada masa untuk Anwar membuat pembaharuan bagi menghadapi PRU 13. Buat masa sekarang sudah 5 orang wakil rakyat dari PKR telah istihar keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas iaitu 2 di Perak 1 di Selangor, 1 di Kedah dan 1 di Pulau Pinang. Manakala DAP 1 di Perak, sementara calon dari PAS belum lagi melompat parti sehingga sekarang.

Aku berharap agar BN juga sedar tentang perkembangan parti lawan sebelum terlambat. BN haruslah membuat perubahan yang lebih drastik bagi menghadapi parti lawan yang semakin mantap. Dulu, anwar menyatakan PKR baru tubuh tetapi berjaya menumbangkan 5 negeri. Sekarang parti PKR dah banyak pengalaman walaupun baru ditubuhkan. Jangan ambil mudah tentang kekuatan parti komponen PR.

Jika dibandingkan program yang dianjurkan PR dan BN, aku lihat ada banyak perbezaan di sini walaupun mempunyai ramai orang yang hadir. Kehadiran orang ramai ke program PR lebih kepada semangat dan setia kepada parti mereka. Manakala orang ramai yang menghadiri ke program BN kemungkinan besar disediakan pengangkutan dan juga penonton import daripada pelajar2 IPT atau pelatih PLKN atau datang sekadar untuk menerima sumbangan.

Harap pemimpin BN peka terhadap keupayaan parti lawan. Sekiranya parti PKR baru tubuh berjaya menawan 5 negeri dalam PRU 12, tak mustahil mereka akan berjaya menumbang BN pada PRU 13. BN harus pilihlah calon yang berkaliber dan tidak mudah goyang untuk menjaminkan BN tetap relevan di hati rakyat.

Agenda peribadi lebih diutamakan.


Baru2 ini kita dapat dengar isu berkaitan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR meletakkan semua jawatan dalam partinya tetapi kekal sebagai wakil rakyat bebas.

Ekoran daripada tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru ini, Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang telah tampil membuat kenyataan bahawa perletakan jawatan tersebut adalah ekoran daripada beliau tidak meluluskan tender RM40 juta dalam GLC Kerajaan Negeri.

Keadaan ini menunjukkan sangat jelas bahawa pemimpin PKR bukannya ikhlas untuk memperjuangkan hal ehwal dan pembangunan rakyat dikawasannya. Mereka lebih kepada memenuhi agenda peribadi bagi mengaut kekayaan dalam tempoh mereka menjadi wakil rakyat sementara ada peluang.

Apabila agenda mereka tersekat maka bermacam-macamlah konflik berlaku sehingga sanggup melompat parti, mengkhianati kawan, mengambil tindakan mahkamah dan sebagainya. Tetapi mereka tidak sanggup melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kerana takut kehilangan elaun bulanan.

PKR sudah menarik nafas lega apabila duri dalam daging mereka sudah terkeluar. Adakah BN sanggup menerima pemimpin seperti ini? Pada pandangan aku, biarlah dia dengan rentaknya seorang diri sebagai wakil rakyat bebas.

Tuesday, February 16, 2010

Tindakan Ku Li wajar dicontohi..


Memang aku puji cara Ku Li menyuarakan masalah rakyat di negeri Kelantan. Pendirian tegas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (Ku Li) amat aku kagumi. Demi untuk memperjuangkan hak rakyat Kelantan dalam isu pertikaian hak royalti minyak Kelantan, Ku Li sanggup bersama-sama pemimpin PAS Kelantan untuk menjelaskan isu berkenaan di Stadium Sultan Mohamad ke - IV, Kota Bharu, Kelantan pada 28 Januari lalu.

Tindakan Ku Li menyebabkan ramai pemimpin UMNO marah kepada beliau kerana pendirian beliau membelakangkan semangat dalam UMNO. Tetapi pada pandangan aku, Ku Li bukan sengaja bersekongkong dengan PAS tanpa sebab. Cuma beliau ingin memperjuangkan hak rakyat negerinya sahaja selaku seorang anak raja dan pemimpin berjiwa rakyat. Memang menjadi tanggungjawab beliau selaku wakil rakyat untuk menyuarakan hasrat rakyat terhadap kerajaan.

Beliau sanggup gadaikan kedudukannya dalam UMNO demi untuk menyuarakan hak rakyat di negerinya. Adakah beliau wajar disingkir daripada UMNO kerana mendesak kerajaan di atas pentas PAS? Tambahan pula isu ini berkaitan dengan beliau secara langsung selaku bekas Pengasas Petrolium Nasional Berhad (Petronas).

Aku bukan ahli politik, cuma rakyat biasa negeri Kedah yang amat kagum dengan pemimpin seperti Ku Li. Aku sentiasa menyokong mana-mana pemimpin yang berani menyuarakan hasrat rakyat selaku wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Memang ini adalah tanggungjawab Ku Li selaku wakil rakyat yang harus berusaha membela rakyatnya walaupun menggunakan pendekatan yang tidak disukai oleh rakan2 dalam parti.

Pemimpin sebegini sukar untuk dicari ganti. Kebanyakkan pemimpin zaman sekarang adalah "Yes Man" dan hanya pentingkan poket sendiri sahaja.

Tuesday, February 9, 2010

Kerajaan BN di Perak menang 5 - 0.


Hari ini mahkamah persekutuan membuat keputusan Kerajaan BN Perak menang 5 - 0 menentang Pakatan Rakyat. Oleh itu, pihak PR haruslah akur kepada keputusan mahkamah.

YAB Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Selepas ini, kita tunggu pula keputusan mahkamah tentang kedudukan DUN Kota Seputeh.

Tidak mustahil aku katakan DUN Kota Seputeh tetap kekal menjadi milik BN samada melalui keputusan mahkamah atau Piliharaya Kecil jika diadakan semula.