Wednesday, November 2, 2011

Pakatan Rakyat pandai ambil hati pengundi Siam di Kedah.

Pada 17 April 2011, Pakatan Rakyat telah menganjurkan Pesta Songkran secara besar-besaran di Wat Lamdin, Padang Terap untuk meraikan masyarakat Siam menyambut Tahun Baru mengikut kalender Siam.

Pada 10 November 2011, Pakatan Rakyat sekali lagi merancang menganjurkan Pesta Loy Krathong secara besar-besaran di Wat Pedu, Kg. Tanjung, Padang Terap. Pesta Loy Krathong merupakan pesta yang disambut oleh kaum Siam setiap tahun.

Pandai sungguh Pakatan Rakyat mengambil hati pengundi orang Siam bukan sahaja di daerah Padang Terap malah meliputi seluruh negeri Kedah menjelang PRU13. Walaupun mereka tahu hanya 2 pengundi Siam sahaja yang menyokong mereka dalam PRU12.

Pakatan Rakyat tidak berdendam malah memberi peruntukan yang besar untuk masyarakat Siam menyambut Pesta Songkran dan Pesta Loy Krathong pada tahun ini.

Parti KITA akan bertanding di Kedah dalam PRU13.

Parti Kita akan bertanding di Kedah dalam PRU13. Nampaknya pertandingan 3 penjuru di Kedah tidak dapat dielakkan.

Mereka akan bertanding di 12 kerusi DUN iaitu Derga, Bakar Bata, Kota Darul Aman, Gurun, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Bakar Arang, Sidam, Kuala Ketil, Lunas dan Kulim.

Dan 6 kerusi Parlimen pula ialah Alor Setar, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu.

Kerajaan Negeri akan buka kawasan balak di Bukit Perak.

Semalam aku pi jalan2 di kawasan Pendang, dengaq org kampung berdesas-desus tentang pembukaan kawasan pembalakan di Bukit Perak berhampiran perkampungan kaum Siam Kg. Titi Akar.

Di situ terdapat juga Pusat Rekresi Air Terjun Sg. Rambai yang tak begitu popular mungkin kerana dianaktirikan drp arus pembangunan. Tidak lama lagi, pusat tersebut akan terus lesap daripada peta negeri Kedah.

Tanah usaha org-org kampung untuk bercucuk tanam juga terlibat dalam perancangan ini. Kerajaan Negeri telah pecahkan kawasan pembalakan mengikut lot-lot dan diagihkan kepada kroni mereka sebelum pembalakkan dilakukan.

Org kampung sedar, mereka tidak mampu menghalang keputusan kerajaan negeri. Mereka hanya berharap agar tanah usaha mereka tu serahlah kepada mereka untuk menjalankan aktiviti pertanian untuk sara hidup.

Thursday, October 13, 2011

Kenapa harus ambil tindakan kepada Aziz Bari?

Rata-rata politikus mendesak agar Profesor Dr. Abdul Aziz Bari diambil tindakan ekoran keceluparannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama, Ogos lalu.

Bukankah di Malaysia, semua rakyat bebas bersuara dan termaktub dalam perlembagaan jika tidak menyalahi undang-undang. Sultan pula merupakan ketua negeri masing-masing di mana semua rakyat pelbagai kaum dan agama adalah rakyat baginda. Tindakan sultan harus meliputi semua lapisan rakyat pelbagai kaum yang bernaung di dalam negeri tersebut.

Pakatan Rakyat tolak kenaikan gaji ahli parlimen.

Baru2 PM mengumumkan kenaikan gaji dan elaun ahli-ahli Parlimen dalam ucapan pembentangan bajet 2012 di Parlimen yang mendapat tepukan gemuruh ahli-ahli parlimen BN.

Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh pembangkang dengan menolak kenaikan tersebut demi untuk kepentingan rakyat didahulukan.

Sekali lagi BN menerima tamparan hebat daripada pembangkang dan sudah tentu pengundi2 akan meyokong pembangkang dalam hal ini.

Akhirnya pihak kerajaan terpaksa tarik balik cadangan tersebut.

Ramai risau mengenai PRU13.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa kemungkinan besar Pakatan Rakyat tidak akan bubar DUN di negeri yg diperintah oleh mereka. Kenyataan Tun ini ke arah mendesak agar Najib selaku PM tidak mengadakan PRU 13 dalam waktu terdekat. Jika diadakan juga kemungkinan besar BN boleh tumbang dalam PRU13.

Mungkin Tun inginkan masalah UMNO diselesaikan terlebih dahulu sebelum PRU13. Pada Mac 2012 ini akan diadakan pemilihan baru kepimpinan UMNO setelah ditangguhkan selama 18 bulan. Mana2 pemimpin UMNO yang berjaya dipilih oleh ahli akan dicalonkan sebagai calon PRU13 mengikut kehendak ahli akar umbi. Maka harapan BN menang agak cerah.

Buat masa sekarang, masalah dalaman UMNO agak serius. Jika diadakan PRU dalam masa terdekat ini, aku percaya BN boleh tumbang.

Sementara Najib pula, ingin adakan PRU dalam waktu terdekat sebelum pemilihan UMNO akan datang diadakan. Jika PRU13 diadakan selepas pemilihan UMNO, sudah tentu Najib tidak yakin akan dipilih semula sebagai Presiden UMNO. Kerana sudah nampak bayang2 bahawa Tun amat mengharapkan agar ada pemimpin lain seperti Muhyiddin menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO. Jika tidak, masa depan UMNO agak malap.

Pembentangan bajet 2012, agak jelas bahawa Najib dah mula bersiap sedia untuk memukul gendang pertempuran ke medan PRU13 selewat-lewatnya sebelum Mac 2012. Keadaan ini telah merunsingkan ramai pemimpin terutamanya pemimpin-pemimpin BN.

Sunday, August 28, 2011

Padan muka Mat Sabu..

Mat Sabu, Tim. Presiden PAS mendakwa pejuang komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 lalu adalah wira negara dalam ceramahnya pada 21 Ogos lalu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dia kata ada org Melayu dalam PKM (Muhamad Indera) berjuang untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah British di mana para polis di balai polis Bukit Kepong adalah kakitangan kerajaan British yg menjajah negara kita.

Ramai pihak tidak puashati dgn kenyataan tersebut. Mat Sabu menerima serangan bertalu-talu melalui media baru. Respon terbaru Mat Sabu ialah dia tak ingat apa yg dia cakap. Dlm dunia serba canggih ini, dia boleh rujuk balik kenyataannya dlm youtube yg dimuatnaik oleh seseorang dan disebar secara meluas di kalangan para blogger.

Selepas ini akan disusuli pula dengan laporan polis dan sidang media oleh beberapa pihak sebagai tindakan balas terhadap kenyataan Mat Sabu. Seperti pepatah Melayu kata "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Padan muka Mat Sabu..

Pertikai tarif air SADA oleh KHTP.

Beberapa kilang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) mempertikai kadar baru air yg diumumkan sejak Oktober lalu menyebabkan sebahagiannya enggan membayar bil sehingga tertunggak mencecah RM1.58 juta.

Dalam perbincangan dengan pihak SADA maka diberi rebat sebanyak 30 peratus pun masih enggan membayar.

Dlm kempen PRU12 lalu, pihak PR telah berjanji akan menawarkan kadar biasa RM1.00 per meterpadu sehingga tempoh 2012 jika berjaya memerintah kerajaan negeri Kedah. Tetapi apabila berjaya menawan Kedah daripada BN, kerajaan PR masih gagal menunaikan janji tersebut.

Penjelasan kerajaan PR Kedah ialah penetapan tarif air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yg diwartakan oleh kerajaan Pusat Oktober lalu.

Sekarang pihak SADA telah mengeluarkan notis untuk memotong bekalan air kepada kilang terbabit. Sampai bilakah masalah ini akan dapat diselesaikan?

Sunday, August 21, 2011

Media kompas mohon maaf drp PM.

JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata, beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. - Bernama

Abu Hassan kembali sebagai ADUN Kota Siputeh

Ramai pihak sudah menjangkakan bahawa Datuk ABu Hassan Sarif akan menang kes mengenai status ADUN Kota Siputeh yang digantung tak bertali sejak 3 tahun lagi.

Kes ini berlaku ekoran Datuk Abu Hassan tidak menghadiri persidangan DUN negeri Kedah 2 kali berturut-turut sehingga menyebabkan Speaker DUN menggantungkan jawatan beliau sebagai ADUN Kota Siputeh.


Kes ini telah dirujuk kepada mahkamah oleh SPR sehingga mahkamah Rayuan membuat keputusan kerusi DUN Kota Siputeh tidak kosong dan mengiktiraf Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat yang sah.


Aku mengucap tahniah di atas kepulangan Datuk dengan penuh bermaruah dan dianggap sebagai anugerah Ramadan. Selepas ini harap Datuk dapat membuat persiapan awal untuk mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU 13.


Walau bagaimana pun, aku yakin bahawa pihak Speaker DUN Kedah tidak duduk diam. Mereka mungkin akan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pula selagi proses keadilan belum sampai ke penghujung.

Wednesday, August 17, 2011

Tujuh syarat dituntut PR..

Pakatan Rakyat (PR) kemukakan 7 syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya diumumkan Perdana Menteri kelmarin.

Antara 7 syarat dituntut PR ialah:-

1. Mengesahkan isu penambahbaikan sistem pilihan raya seperti dibangkitkan Pakatan dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

2. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah dan mencadangkan perubahan menyeluruh. Jawatankuasa itu mesti diberi kuasa dan kewangan secukupnya.

3. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihan raya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, iaitu Pricewaterhouse Coopers, Ernst & Young dan sebagainya. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas ke semua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadapnya.
Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan suruhanjaya itu yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.

4. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya lapan tuntutan Bersih 2.0 dan melibatakan parti politik, masyarakat dan akademik. Web 2.0 dan media sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklum balas.

5. Satu kajian bagi membanding dan mengambil pakai amalan tatacara pilihan raya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentangkan untuk pertimbangan jawatankuasa pilihan parlimen.

6. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dan sebagainya yang cukup meluas, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.

7. Semua penambaikan ini mestilah ditamatkan, diumumkan dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Tuesday, August 9, 2011

Kemelut Majlis Perbandaran Sungai Petani.

26 Mei 2011: Beberapa Ahli Majlis menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan MPSPK merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang.

29 Mei 2011: 17 Ahli Majlis lantikan politik memboikot mesyuarat MPSPK. Mereka bertegas supaya Yang Dipertua (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya. Selagi tuntutan tidak dipenuhi, mereka tetap memboikot mesyuarat majlis.

30 Mei 2011: Seramai 17 Ahli Majlis MPSPK diketuai Ketua WHIP, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit. Sehubungan itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipejabatnya di Wisma Darul Aman.

19 Julai 2011: Perkara dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tindakan lanjut. Kerajaan Negeri memutuskan mengekalkan YDP sekali gus enggan melayan tuntutan 17 Ahli Majlis MPSPK.

27 Julai 2011: Tiga Ahli Parlimen, Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd. Firdaus Jaafar (Jerai) memohon pertimbangan Menteri Besar membuat penilaian semula keputusan mengekalkan YDP MPSPK, Rozaina Radzi.

9 Ogos 2011: Ketua WHIP, Ishak Man cadang Menteri Besar atau EXCO mempengerusikan mesyuarat MPSPK. Jika tidak mereka terus boikot mesyuarat MPSPK.

Thursday, July 28, 2011

Kantoi.. YB Pas Kedah dengan isteri orang.



Aku ni malas tulis panjang lebar macam Det Guaq. Tapi aku ingin copy cerita sikit drp Det Guaq tentang skandal YB Pas dengan isteri orang namanya Nora Md Noor.

Kerana ingin tumpang popular dengan title YB maka si Nora tu pon tergatai-gatai dgn empunya title YB yg hensem. Maka si suami pun lepaslah tali agar si isteri dapat mencapai impiannya.

Si YB tu pula orgnya tinggi, tampan dan bersopan santun tutur bahasanya yg jauh beza drp Mat Sapu. Orangnya suka main golf sejak Pas memerintah Kedah.

Aku pun tak tau siapa gelagat si YB tu. Det Guaq kata berkelulusan jurutera dan ada title Ir kat depan namanya. Tak mungkin YB Ir Amirudin org kuat Pas Kedah tu. Isss.. isss.. isss.., tapi tak mustahil boleh berlaku.

Copy dari http://pelantaqhujah.blogspot.com/2011/07/klon-mat-sabu-dalam-pas-kedah-ditemui.html

Jadual Lawatan Najib di Kedah..

1- Pagi Khamis – Lawatan ke Masjid Taman Wira Mergong.
Masjid menerima peruntukan RM1.2 juta untuk pembesaran.

2- Pagi Khamis - Bertemu orang ramai di Pasar Tani Mega, Taman Wira Mergong
Pekena cucuk & roti canai di di gerai di pasar tani. Sebelah Masjid Mergong.

3- Pagi Khamis juga? – 100 tahun umor Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah.

4- Pagi Khamis juga? - Kenduri Rakyat di Padang Awam Guar Chempedak.
"Semua hadirin akan duduk secara bersila bersama Perdana Menteri pada majlis jamuan ini. Pada majlis ini juga upacara menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional (BN) akan dilakukan,” kata Ahmad Bashah.

5- Petang Khamis – Jumpa 10,000 belia di Stadium Mini Pendang.

6- Petang Khamis juga? – Bertemu rakan facebook di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.

7- Malam Khamis - Jamuan makan malam dengan 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra.

8- Malam Khamis juga – Balik tidoq di KL

Tuesday, July 26, 2011

PM juga boleh diperalatkan.

Realitinya lawatan Najib ke Kedah bukannya bertemu rakyat Kedah tetapi hanya indah khabar dari rupa dengan berlegar-legar bersama konco-konco UMNO sahaja untuk menguatkan politik mereka.

Lawatan ke Taman Wira hanya untuk memulihkan kekuatan YB Datuk Ahmad Bashah yang ‘ratingnya’semakin menjunam kerana janji-janji lama hanya tinggal janji.

Lawatan ke Guar Chempedak untuk meletak tapak asas Senator Jamil Khir sebagai calon yang disebut-sebut dalam PRU13 yang akan datang.

Perjumpaan dengan 10,000 belia di Pendang hanyalah untuk memberi nafas politik kepada Datuk Rozai Shafian yang sedang tercungap-cungap seperti nyawa ikan dalam akuarium yang kehabisan air.

Hakikatnya pertemuan ini seharusnya di luar dari ‘inner circle’ UMNO di mana ketika ini hamba rakyat Kedah semakin hari semakin terasa kejauhan dengan Najib PM mereka.

Manakala kecintaan kepada Ustaz Azizan pulak semakin hari semakin bertapak di hati dan jiwa nurani mereka.

Kesimpulannya DS Najib masih lagi gagal membaca kehendak jiwa rakyat Kedah kerana masih dikongkong juak-juak UMNO yang hanya pandai mencium tangan Perdana Menteri tetapi tidak pandai mencium tangan rakyat.

Copy dari blog MUMMY ROKIAH.. http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/07/umno-kedah-goreng-najib.html

Thursday, July 14, 2011

BN mahu sidang DUN Kedah dipanjangkan.

BN Kedah berharap persidangan DUN Kedah dipanjangkan bagi memberi peluang wakil rakyat untuk bertanya soalan kepada kepimpinan kerajaan negeri dalam persidangan yang akan diadakan pada Isnin depan.

Mengelakkan persidangan DUN dipanjangkan kemungkinan untuk mengelakkan daripada menjawab keluhan rakyat melalui wakil rakyat oleh pihak Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Kedah. Tidak gunanya mengadakan persidangan sekiranya wakil rakyat tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengemukakan masalah rakyat.

Kaum bukan Melayu merungut lesen hiburan tidak dikeluarkan pada bulan Ramadan.

MB Kedah telah mengharamkan semua hiburan di negeri Kedah dalam bulan Ramadan. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan orang-orang Cina kerana menjejaskan perniagaan mereka dalam bidang hiburan.

MB Kedah berkata penguatkuasaan peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah adalah tertakluk pada enakmen 1997 yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan Kedah. Bukannya polisi baru yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.

1. PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL - Setuju untuk elak pengundi mengundi 2 kali tapi penggunaannya harus dikaji dengan lebih teliti terlebih dahulu.

2. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL - Setuju untuk memberi keadilan kepada semua pihak dalam kempen pilihanraya. Buat masa sekarang kebanyakkan media massa dan eletronik dikawal hanya sebelah pihak sahaja. Manakala sebelah pihak lagi diberi kebenaran yang terhad dan dikawal.

3. TEMPOH BERKEMPEN - Setuju tempoh kempen dipanjangkan agar dapatlah semua pihak menunjungi ke semua kawasan atau setiap daerah mengundi untuk berkempen secara adil. Tempoh kempen yang singkat hanya menguntungkan sebelah pihak yang mengawasi media sahaja. Mereka boleh berkempen 24 jam melalui media tanpa turun ke kawasan sementara sebelah pihak lagi terpaksa mengejar masa untuk berkempen.

4. MEREFOMASI UNDI POS - Setuju undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi awal. Undi Pos hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja kerana pengundi di kawal oleh pihak atasan mereka. Biarlah undi awal ini diuruskan di tempat awam oleh SPR. Beri peluang pengundi membuat keputusan sendiri tanpa paksaan oleh pihak atasan.

5. MEMPERKUKUHKAN INSTITUSI AWAM - Setuju tidak menggunakan kemudahan jentera kerajaan untuk berkempen. Biarlah agensi kerajaan bertindak berkecuali dalam kempen pilihan raya. Setiap parti haruslah menggunakan kekuatan sendiri untuk berkempen.

6. MENGHENTIKAN RASUAH - Setuju rasuah adalah musuh utama negara yang boleh memesongkan keputusan pilihanraya.

7. PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH - Setuju agar data JPN dan SPR diselaraskan dengan menggunakan sistem biometrik.

Ini adalah pandangan peribadi seorang pengundi atas pagar.

Monday, July 11, 2011

Bukan setakat di Sungai Petani je.

UMNO Sungai Petani sebenarnya adalah cerita paling lawak!!! Bahkan Bahagian tersebut disifatkan ramai sebagai BAHAGIAN YANG DIPENUHI BADUT-BADUT BERSELUAR DALAM!

Apakan tidak, sehingga sekarang, masalah kepimpinan tidak juga selesai. Ali Yahya, Ketua Bahagian UMNO Sungai Petani telah digantung berikutan kekecohan persidangan perwakilan Bahagian tersebut pada tahun 2009. Penggantungan Ali Yahya menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan para penyokongnya. Dan semenjak itu, UMNO Sungai Petani terus bergolak dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.

Tiga hari sudah, perangai buruk penyokong Ali Yahya diperlihatkan lagi. 40 orang yang menunggu kedatangan Ahmad Bashah, Pengerusi Perhubungan Negeri untuk mesyuarat Bahagian berkenaan dengan mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi menggantung ketua mereka.

Benar sangatlah telahan ramai orang bahawa UMNO sebenarnya masih lagi mamai dan perasan yang mereka sangat kuat di Kedah. Buktinya adalah Sungai Petani sendiri. Parlimen Sungai Petani dimenangi oleh Johari Abdul, si bahlol yang cuba menyelamatkan KOTE BENGKOK Anwar Ibrahim dengan video CSInya. DUN-DUN di Parlimen Sungai Petani iaitu Bakar Arang dan Pantai Merdeka dimenangi oleh PKR dan PAS. Begitu juga dengan Sidam yang dimenangi oleh PKR.

Tidak keterlaluanlah kalau dikatakan UMNO SUNGAI PETANI SEDANG DILANDA KEBONGOKAN MELAMPAU!!!

Masalah ketua bahagian pun jadi masalah besar kepada puak-puak UMNO Sungai Petani. Walhal keputusan pilihanraya umum 2008 sangat jelas menunjukkan UMNO Sungai Petani sudah sama tarafnya dengan UMNO Batu Gajah di Perak!!!

Barangkali Mukhriz Mahathir dalam misi khasnya pun pening dan sakit dada untuk menguruskan gerombolan si badut-badut UMNO Sungai Petani yang tidak pernah berhenti merengek minta agar LUBANG JUBUR mereka dikorek kerana serangan CACING KERAWIT!!!

Pakatan Rakyat sudah seharusnya berlapang dada dan menarik nafas lega dengan kemelut UMNO Sungai Petani. Setidak-tidaknya, Pakatan Rakyat tidak perlu bekerja keras dan membuat demonstrasi besar-besaran di Sungai Petani untuk mempertahankan kemenangan mereka.

Sebabnya sangat mudah, UMNO Sungai Petani tak pernah mahu menang pun di Parlimen serta di ketiga-tiga DUNnya!!!

Tahniah Pakatan Rakyat!!!

Copy dari http://theflyingkick.blogspot.com/2011/07/sampai-bila-umno-sungai-petani-tak.html

Memang realiti, UMNO kalah di Kedah disebabkan oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Selagi ahli UMNO Kedah tidak bersatu, selagi itulah UMNO Kedah sukar untuk merampas kembali kerajaan negeri Kedah.

Sunday, July 10, 2011

Demontrasi BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011









Seperti yang kita jangkakan Perhimpunan BERSIH 2.0 tetap diadakan walaupun YDP Agong bertitah jangan adakan demontrasi jalanan. Pihak BERSIH 2.0 bercadang untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi tidak mendapat kebenaran daripada kabinet dan gagal mendapat permit drp pihak polis.

Menjelang sehari sebelum diadakan demontrasi tersebut, pihak polis telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada masuk ke bandar Kuala Lumpur. Antaranya ialah pemimpin Gerakan BERSIH dan pemimpin kanan parti pembangkang. Pihak polis juga telah mengadakan sekatan jalanraya bagi menyekat kenderaan daripada memasuki kuala Lumpur bagi mengelakkan mereka menyertai demontrasi haram.

Semua itu tidak dapat menyekatkan rakyat untuk mengadakan demontrasi BERSIH 2.0 yang dianjurkan pada 9 Julai 2011 bagi menyuarakan hak mereka mengenai ketidakadialan SPR dalam mengendalikan PRU.

Apakah kesan demontrasi haram tersebut? Sudah tentulah para peniaga mengalami kerugian. Para pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mencemarkan imej negara di mata dunia yng boleh menjejaskan sektor pelancongan. Pemandu teksi juga turut hilang pendapatan pada hari tersebut.

Selepas ini, rakaman video atau gambar demontrasi tersebut akan menjadi modal kepada kedua-dua pihak untuk membuat provokasi masing-masing melalui media ke 3 sebagai persiapan PRU13. Apa pun, saya ucap syabas kepada pihak polis kerana berjaya mengatasi masalah ini dengan bijaksana.

Thursday, July 7, 2011

Kabinet pula tak benarkan perhimpunan BERSIH di Stadium Merdeka.

Aku terbaca berita dalam Berita Harian muka depan hari ini mengenai Kabinet tidak benarkan perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan di Stadium Merdeka. Pihak Pakatan Rakyat pula menuntut PM tunaikan janji agar benarkan mereka berhimpun di stadium bagi mengelakkan demontrasi jalanan yang boleh menggugatkan keselamatan dan keharmonian kaum.

Nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu mengalahkan dalam percaturan politik mereka sehingga mengabaikan aspek keselamatan negara.

Pihak kerajaan menggunakan semua cara bagi menggagalkan perhimpunan ini. Manakala pihak Pakatan Rakyat juga akan menggunakan apa saja saluran yang mereka ada untuk menghasut rakyat untuk keluar menuntut keadilan. Pihak polis dilihat telah aktif mengatasi masalah ini sejak akhir bulan lepas lagi dengan mengadakan Road Block dan telah membuat beberapa tangkapan.

Sekiranya masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu bertolak ansur, maka negara mungkin akan berdepan dengan masalah yang amat besar. Kemungkinan lebih besar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Aku ingin sekali lagi memohon kepada rakyat Kedah agar jangan pergi ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Akurlah dan hormatilah kepada titah YDP Agong demi untuk menyelamatkan keadaan.

Wednesday, July 6, 2011

Aku dah kata, BERSIH tetap akan teruskan agenda mereka.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pilih Stadium Merdeka lokasi perhimpunan menggantikan demontrasi jalanan Sabtu ini. --Dari Mstar Online..

Diharap semua berhati-hati semasa bersuara untuk menuntut keadilan. Jangan sampai menggugatkan keamanan dan keharmonian negara kita. Aku percaya mereka dah akur terhadap titah YDP Agong iaitu elak daripada demontrasi jalanan yang boleh menggugatkan keamanan dan keharmonian kaum.


Oleh itu, benarkanlah mereka berdemontrasi secara aman di dalam satu kawasan yang telah ditetapkan.


Harap team pesilat, pesaka atau perkasa yang menentang perhimpunan BERSIH 2.0 agar menjauhi Stadium Merdeka bagi mengelakkan 2 kumpulan bertembung sehingga boleh mencetuskan pergaduhan yang boleh menyebabkan rusuhan kaum.


Kalau ingin juga mengadakan perhimpunan sebagai tanda tidak sokong kepada kumpulan BERSIH haruslah cari tempat yang lebih jauh daripada Stadium Merdeka.


Apa-apa pon aku tetap tidak bersetuju dengan demontrasi menunjukkan kekuatan untuk menuntut keadilan kerana ia boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini berlaku. Akhirnya negara kita akan menjadi porak peranda.


Aku hormati keputusan semua pihak tapi aku tetap bimbang. Macam-macam kemungkinan akan berlaku pada 9 Julai ini.

Polis buat Road Block bermula 1 Julai..

Semalam, aku jumpa polis road block sebanyak 2 kali selepas balik dari tempat kerja. Semasa nak masuk Highway Utara-Selatan jumpa Polis Road Block, selepas keluar dari Highway jumpa lagi Polis Road Block.

Seolah-olah kita berada dalam zaman darurat. Aku tak marah kepada polis sebab itu tugas mereka untuk menjaga keamanan negara kita. Mereka bertindak untuk mencegah sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Bab politik tu biar orang politik yang uruskan. Tapi bab keselamatan memang wajar polis ambil tindakan sebab itu memang tanggungjawab mereka.

Aku cuma nak nasihatkan kepada semua pemandu, janganlah bawa senjata merbahaya dan juga baju kuning lambang BERSIH 2.0. Takut tak sempat sampai ke destinasi, anda akan disumbat ke dalam lokap. Harap semua berada di rumah sepanjang cuti hujung minggu ini.

Walaupun pihak penganjur BERSIH 2.0 dah umum untuk batal demontrasi jalanan dan teruskan perhimpunan di Stadium setelah berjumpa dengan DYMM Yang DiPertuan Agong tapi pihak kerajaan pula meletak syarat jika berhimpun di stadium. Ini bermakna keputusan berkompromi untuk mengelakkan perhimpunan BERSIH 2.0 masih kurang jelas.

Aku berharap kepada kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian yang sesuai demi untuk keharmonian dan keamanan negara kita.

Tuesday, July 5, 2011

Mungkin ramai orang anggap undi 1.4% pengundi Siam di Kedah tidak penting.

Aku percaya ramai lagi rakyat Malaysia tidak tahu wujudnya orang-orang Siam di sebelah utara tanah air terutamanya rakyat Malaysia yang berada di selatan tanah air. Aku orang Kedah, tahu sangat tentang kewujudan kaum Siam di Kedah.

Pengundi di kalangan kaum Siam dianggarkan sebanyak 1.4% daripada jumlah pengundi di Kedah. Kaum Siam hidup berkelompok dan kebanyakkannya tinggal di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Pengundi kaum Siam ini dianggap sebagai simpanan tetap BN sebab mereka cukup setia kepada BN sejak dahulu lagi. Sukar untuk PAS menembusi benteng UMNO dalam perkampungan Siam. Tambahan pula ideologi PAS berunsur agama Islam manakala kaum Siam adalah beragama Buddha.

Keyakinan pemimpin BN terhadap kesetiaan pengundi Siam terhadap BN tinggi maka pihak BN memandang sepi terhadap kaum ini. Kebanyakkan beranggapan undi 1.4% tidak banyak untuk BN mengambil berat menjelang PRU13.

Mungkin mereka lupa bahawa buat masa sekarang PAS sudah berjaya menembusi benteng yang UMNO bina di perkampungan Siam. Sudah ada pemimpin Siam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK). Sudah ada beberapa kampung Siam telah ditubuhkan cawangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan juga ranting PKR. Sudah adalah pemimpin-pemimpin Siam dilantik menganggotai Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah.

Kerajaan negeri Kedah juga menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak pemimpin agama Buddha di Kedah.

Sedikit demi sedikit mereka mengambil hati kaum Siam untuk menarik mereka menyokong PAS. Sebagai contoh penganjuran Pesta Songkran peringkat negeri Kedah yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah pada 17 April di Kg. Lamdin, Padang Terap dihadiri lebih 5,000 kaum Siam. Tapi BN langsung tidak mengambil berat perkara ini.

Senator yang dilantik oleh PM bagi mewakili kaum Siam juga bukannya dari pilihan kaum Siam sendiri tapi dipilih dari pintu belakang. Nak atau tak nak, orang Siam terpaksa pendamkan perasaan kerana menghormati keputusan PM. Bagaimanakah seorang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam NGO Siam menjadi Senator mewakili kaum Siam? Bagaimana Senator dapat membantu kaum Siam sedangkan beliau hanya bergerak bersendirian?

Walaupun kaum Siam mempunyai 1.4% di Kedah dianggap kecil tapi beberapa DUN amat bergantung kepada undi kaum Siam untuk menang. Antaranya DUN Sungai Tiang, DUN Belantek, DUN Jeneri, DUN Kuala Nerang, DUN Bayu, DUN Kupang, DUN Jitra, DUN Air Hitam dan DUN Bukit Kayu Hitam.

Jika BN menganggap undi kaum Siam tidak penting, aku rasa mereka dah silap banyak. Orang Siam sekarang tidak macam dulu lagi. Mereka dah faham selok belok politik. Dulu bolehlah ugut kalau tak sokong BN tak boleh hantar anak ke sekolah kerajaan, tak sokong BN tak dapat subsidi padi.. sekarang mereka dah tahu..

Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong.

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama

Aku rasa titah tuanku ditujukan kepada 2 pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

Teguran tuanku kepada PM agar mengatasi masalah ini sebaik mungkin tanpa menjejaskan mana-mana pihak.

Tuanku juga meminta pihak Bersih 2.0 menuntut demokrasi secara adil dan tidak membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku minta agar semua pihak pentingkan keharmonian dan kestabilan negara dan jangan terikut dengan negara luar.

Tuanku menyeru kepada kerajaan (PM) agar melaksanakan amanah yang diberi kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Tuanku mahu semua pihak menyelesaikan masalah secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Inilah hasrat titah tuanku.

Tuesday, June 28, 2011

Ramai lagi wajar digugurkan daripada parti sebelum PRU.

Maaf jika aku katakan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO wajar digugurkan untuk memberi peluang pemimpin muda mengambil tempat. Dalam perlembagaan UMNO, pemilihan pemimpin akan dilakukan oleh ahli-ahli parti dalam tempoh 3 tahun sekali.

Oleh kerana, Majlis Tertinggi UMNO boleh menangguhkan pemilihan selama 18 bulan bagi menghadapi pilihanraya umum dan menggelakkan berlakunya perpecahan dalam parti sebelum pilihanraya umum maka pemimpin yang wajar digugurkan akan tersenyum lebar. Mereka dah selamat...

Dengan penangguhan tersebut menyebabkan kedudukan mereka tidak tergugat. Malah kebanyakkan mereka juga mempunyai kuasa pendesak utk menentukan calon yang bertanding dalam PRU. Inilah salah satu punca, orang ramai semakin benci kepada UMNO.

Penangguhan pemilihan barisan pemimpin parti dengan alasan mengelakkan perpecahan dalaman atau alasan untuk persiapan PRU adalah tidak logik. Aku rasa lebih kepada menyelamatkan diri sendiri dan kroni daripada disingkir oleh ahli-ahli parti sebelum PRU.

Penangguhan pemilihan barisan kepimpinan UMNO selama 18 bulan umpama membiarkan nanah memakan diri tanpa memberi sebarang ubat. Lama kelamaan parti tersebut akan ditinggalkan oleh ahli-ahli sendiri dan beralih ke parti baru.

Perlukah ditangguh selama 18 bulan sedangkan penentuan untuk membubarkan Parlimen bagi membuka ruang PRU adalah di dalam tangan pemimpin UMNO? Kenapa hak ahli untuk memilih pemimpin parti sebelum pilihanraya diabaikan?

Aku pun tidak pasti, UMNO masih relevan atau tidak? Buat masa sekarang, boleh dikatakan kebanyakan UMNO Bahagian di seluruh negara mempunyai masalah dalaman yang boleh menjejaskan mereka dalam PRU13. UMNO bukan kalah kerana Pakatan Rakyat kuat tetapi kalah kerana masalah dalaman.

Monday, June 27, 2011

Ketua Puteri, Setiausaha UMNO Jerlun dipecat..

Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Yusmawati Yaacob dan Setiausaha UMNO Jerlun, Jasmi Muhd Ismail telah digugurkan serta-merta jawatan yang disandang selepas menghadapi satu kes pertuduhan di Mahkamah Syariah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengeluarkan surat bertarikh 24 Jun 2011 berkenaan pengguguran jawatan kedua-dua pemimpin tersebut daripada UMNO Bahagian Jerlun.

Buku Pencapaian Kedah Sejahtera.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ baru-baru ini. Penerbitan buku berkenaan sebagai penjelasan pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat sepanjang mereka memerintah negeri Kedah.

Semua fakta-fakta yang diselitkan dalam buku tersebut adalah sumber dari Laporan Ketua Audit Negara yang dipetik daripada Laporan Jabatan Audit Negara.

Walau bagaimana pun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah, mempertikaikan kesahihan fakta dalam buku tersebut yang memperjelaskan pencapaian Kedah berdasarkan janji manifesto Pilihan raya Umum Ke – 12 (PRU12).

Pihak UMNO Kedah turut bercadang menerbitkan buku bagi menjawab segala penjelasan dalam buku itu bagi membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bohong kepada rakyat negeri Kedah. YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia menunggu penerbitan buku jawapan daripada UMNO Kedah.

Aku rasa lebih baik UMNO Kedah tumpu terbit buku untuk menjelaskan kepada rakyat tentang hasil sumbangan UMNO Kedah kepada rakyat semasa negeri Kedah di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat. Kalaulah UMNO dok usaha mempertikaikan usaha puak lain sedangkan KPI sendiri pun rakyat tak tahu. Bagaimana rakyat menilai parti mana yang lebih baik untuk diberi peluang dalam PRU13?

Tunjukkanlah kebolehan UMNO Kedah bagi meyakinkan rakyat Kedah untuk diberi peluang memerintah Kedah semula dalam PRU 13. Kerajaan Pakatan Rakyat dah jauh ke hadapan dalam menerbitkan buku penjelasan kepada rakyat bagi mengambil hati mereka. Sementara UMNO Kedah masih dalam perancangan untuk menerbit buku. Itu pun untuk mempertikaikan fakta dalam buku ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ bukannya untuk menjelaskan kepada rakyat hasil sumbangan UMNO Kedah.

Sunday, June 26, 2011

Rakyat Kedah jangan diperalatkan..

KATA 'NO' KEPADA PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Lama juga saya tidak tulis dalam blog ini. Maafla kepada kawan2 semua. Hari ini tergerak hati saya ingin meluahkan sedikit pandangan tentang Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai.. hangat diperkatakan orang ramai buat masa ini.

Aku pun tak tau layak atau tidak untuk melarang orang-orang Kedah utk tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut. Mungkin kalau aku larang pun, orang masih ingin tahu tentang Perhimpunan BERSIH 2.0. Kenapa perhimpunan itu membimbangkan semua pihak?

Sekarang perhimpunan BERSIH 2.0 hebat dipublisitikan melalui semua media massa, media elektronik dan internet kecuali media kawalan kerajaan yang mungkin tidak cuba untuk menonjolkan perkataan BERSIH dan tarikh 9 Julai dalam siaran mereka.

Memang la tabiat menusia, semakin dilarang ia semakin menjadi-jadi kerana ingin mengambil tahu. Sebagai contoh kontroversi pemimpin Pekida dengan penerbit filem KL Gengter sehingga menyebabkan jumlah kutipannya melonjak tinggi. Inilah kuasa media yang tidak terkawal.

Mungkin juga terjadi dengan larang pelbagai pihak kepada orang ramai agar jangan menghadiri Perhimpunan BERSIH 2.0 sehingga menggalakkan orang ramai untuk pergi ke Perhimpunan tersebut.

Teguran aku, sebelum kita melibatkan diri dengan Perhimpunan BERSIH 2.0, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah tujuan dan kesannya kepada negara kita. Pada pandangan aku, ia lebih kepada rampasan kuasa secara ganas yang boleh menimbulkan keadaan huru hara dalam negara kita. Tambahan pula, negara kita mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama yang mudah berlakukan isu perkauman yang sukar utk diatasi sekiranya berlaku.

Oleh itu, janganlah rakyat Kedah diperalatkan oleh kumpulan yang cuba menggugatkan keselamatan negara demi untuk kepentingan diri sendiri. Itu saja yg aku boleh katakan demi utk mengekalkan keamanan negara kita. Nak berkuasa pun, tunggulah PRU13 yang akan diadakan setelah tamat tempoh 5 tahun untuk satu penggal.

Monday, March 7, 2011

BN menang bergaya DUN Merlimau dan DUN Kerdau.

Pada 6 Mac 2011: BN telah mencapai kemenangan bergaya menewaskan calon PAS dalam PRK Dun Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang.

Roslan Ahmad calon BN di DUN Merlimau mendapat 5,962 undi menewaskan calon PAS Yuhaizat Abdullah yang mendapat 2,319 undi dengan majoriti 3,643 undi

Syed Ibrahim Syed Ahmad calon BN di DUN Kerdau mendapat 5,060 undi menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi dengan majoriti 2,724 undi.

BN berjaya meningkatkan jumlah majoriti menang berlipat ganda. Ini menunjukkan bahawa pengundi-pengundi telah kembali menyokong BN selepas mereka mengejutkan PRU12 yg dikenali sebagai Tsunami politik.

Seperti semua sedia maklum, kemerosotan undi semasa PRU12 adalah akibat penyokong sendiri ingin memberi pengajaran kepada pemimpin tentang ketidakpuasan hati mereka. Bukan seperti kebanyakkan pemimpin mereka anggap, 'BN ni letak tunggul kayu pun boleh menang'. Inilah kuasa sebenar rakyat dan jangan mengabaikan kuasa rakyat jika ingin terus berkuasa.

Sekarang kuasa rakyat telah kembali menyokong BN. Oleh itu, pemimpin BN haruslah memikir tentang kebajikan, kemajuan dan kehendak rakyat seperti slogan, 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Thursday, March 3, 2011

PM silap buat percaturan ambik hati org Siam Kedah.

ALOR SETAR, 24.2.2011: YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah menghadiri majlis makan malam bersama masyarakat Siam Kedah di Hotel Sentosa. Beliau umum peruntukan RM500,000 kepada tabung pendidikan masyarakat Siam.

Aku dapat tahu ada ramai juga pemimpin Siam hadir termasuk Senator Bunsong yang PM baru lantik bagi mewakili org Siam di Parlimen. Tapi aku dengaq khabaq, dia langsung tak dihiraukan oleh org-org Siam sendiri. Nama dia pon depa tak sebut dlm ucapan. Kantoi betul.

PM lantik senator org-org Siam utk ambik hati org Siam terus sokong BN. Tapi org Siam buat tak endah je. Seolah2 Senator tak wujud. Adakah percaturan PM itu tepat? Adakah org Siam terus setia seperti dulu?

Aku dapat maklumat juga beberapa NGO Siam telah submit nama calon Senator tapi gagal mendapat perhatian PM. Mungkin PM lebih mendengar cadangan2 org disekelilingnya utk mencalonkan senator wakil Siam bukannya daripada suara sebenar masyarakat Siam.
Inilah jadinya bila PM lebih dengar kpd pembodek-pembodek dan menafikan suara orang ramai. Buat masa sekarang, kebanyakan org Siam marah di atas perlantikan Senator Siam yg tak ada sebarang jawatan dalam masyarakat Siam terutama di Kedah.

Aku setuju kalau org Siam tentukan sendiri sapa wakil mereka.

Monday, February 21, 2011

Barisan Jkuasa Pilihanraya UMNO Kedah

Pengerusi
- Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah,

Timbalan Pengerusi
- Datuk Mukriz Mahathir

Setiausaha
- Datuk Othman Aziz (Timbalan Ketua UMNO Bhg Jerlun)

Bendahari
- Datuk Paduka Ghazali Ibrahim (Timbalan Ketua UMNO Bhg Pdg Terap)

Ketua Penerangan
- Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Teknologi Maklumat
- Norasimah Md. Nowar (Ketua Puteri UMNO Kedah)

Jalinan Rakyat
- Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita UMNO Kedah)

Poster dan Gerak Gempur
- Badrol Hisham Hashim (Ketua Pemuda UMNO Kedah)

Daftar Pemilih
- Tajudin Abdullah (Ketua UMNO Bhg Sik)

Pengundi Luar
- Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua UMNO Bhg Pokok Sena)

Agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
- Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua UMNO Bhg Pdg Terap)

Sistem Blok
- Datuk Nawawi Ahmad (Ketua UMNO Bhg Langkawi)

Kursus dan Latihan
- Ali Yahaya (Ketua UMNO Bhg Sungai Petani)

Pembangunan
- Datuk Mohd Johari Baharum (Ketua UMNO Bhg Kubang Pasu)

Kebajikan
- Datuk Abdul Azeez Abd Rahim (Ketua UMNO Bhg Baling)

Keselamatan
- Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua UMNO Bhg Jerai)

Ejen Pengundian dan Pengiraan
- Datuk Md. Rozai Shafian (Ketua UMNO Bhg Pendang)

Pengangkutan
- Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua UMNO Bhg Merbok)

Makanan
- Abd. Rahman Mahammud (Ketua UMNO Bhg Padang Serai)

Barung dan Pondok Panas
- Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua UMNO Bhg Jerlun)

Isu dan Risikan
- Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Bhg Kuala Kedah)

Tugas-tugas Khas
- Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua UMNO Bhg Kulim/Bandar baharu)