Monday, February 18, 2013

KENYATAAN AKHBAR PENSYARAH KUIN


Pihak gerakan BERSIH KUIN yang berjuang membela kebajikan kakitangan KUIN mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua masyarakat yang prihatin dan sudi untuk menghulur bantuan dan pertolongan kepada kakitangan KUIN yang selama ini menghadapi masalah kebajikan yang tidak dipedulikan.

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang ingin menawarkan khidmat guaman kepada kakitangan KUIN yang bakal dikenakan tindakan disiplin akibat membawa isu kebajikan kakitangan KUIN sehingga ke pejabat Buruh, pihak gerakan BERSIH KUIN mengalu-alukan bantuan tersebut.

Pihak BERSIH KUIN mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu membantu kami bagi menuntut hak-hak kebajikan kami kerana kami sudah membuka pintu rundingan dengan pihak KUIN terutamanya Rektor, Jalil Osman namun keluhan kami langsung tidak diambil peduli.

Kami mengharapkan satu penyelesaian yang dapat memberikan kebaikan, kesejahteraan dan kebajikan kepada kami.

Kenyataan lanjut boleh dilayari  :  BERITAKUIN.BLOGSPOT.COM

Yang Benar,


Farid Alias
Pensyarah KUIN
mewakili kakitangan KUIN

16 Februari 2013