Tuesday, March 30, 2010

Kecoh sesama sendiri ekoran sepucuk surat.

JITRA: Seramai 16 orang ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa mereka difitnah seorang pegawai majlis itu melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Kedah bertujuan menjatuhkan maruah mereka.

Mereka turut mendakwa surat bertarikh 11 Mac itu yang seharus menjadi rahsia telah tersebar luas kepada umum.

Jurucakap kumpulan itu, Basir Ismail yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat Daerah Kubang Pasu berkata, surat yang dihantar kepada Menteri Besar menyatakan kakitangan MDKP kecewa kerana kerajaan Kedah tidak membuat tapisan untuk melantik mereka, kononnya ada antara yang dilantik itu mempunyai rekod jenayah, bankrap dan mengganggu pentadbiran majlis.

"Kami membuat laporan ini untuk membersihkan nama kami dan bagi membolehkan polis menyiasat surat tersebut," kata Basir.

Ketua Polis Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Hamenuddin, mengesahkan polis menerima aduan itu. - BERNAMA

Nampaknya di kalangan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu tidak sehaluan. Surat rahsia pun nak disebarkan gara-gara tidak puashati cara perlantikan ahli-ahli Majlis tanpa tapisan. Surat apa yg rahsia sangat sampai MB pun takleh tau. Bagus la buat laporan polis, biar polis yg siasat apa sebenarnya berlaku.

Nasib MCA masih samar.







Pada 28 Mac lalu, MCA telah membuat pemilihan semula kepimpinannya setelah lebih 2/3 ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan bagi memberi laluan pemilihan semula barisan kepimpinan MCA setelah dilanda krisis kepimpinan.

Hasil pemilihan tersebut memeranjatkan semua pihak. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah memenangi jawatan Presiden MCA menewaskan Datuk Seri Ong Ka Ting (bekas Presiden MCA) dan Datuk Seri Ong Tee Keat (Penyandang jawatan Presiden MCA). Hanya 38% perwakilan sahaja yang menyokong Chua Soi Lek sementara 62% lagi perwakilan tidak memilih beliau. Berat juga tugas Presiden baru untuk menerajui MCA untuk keluar daripada kemelut ini.

Sementara jawatan Timbalan Presiden pula, regu Chua Soi Lek iaitu Datuk Seri Kong Chu Ha telah tewas kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan orang Ong Ka Ting. Sukar juga Chua Soi Lek mendapat kerjasama daripada Timbalan Presiden yang tak sehaluan dengan beliau dan mereka sama2 terlibat dalam krisis kepimpinan MCA. Walau bagaimana pun Liow Tiong Lai menyatakan akan bekerjasama dengan Presiden baru MCA.

Manakala jawatan Naib Presiden pula dimenangi oleh ketiga-tiga puak iaitu puak Chua Soi Lek ialah Ng Yen Yen dan Donald Lim Siang Chai, puak Ong Ka Ting ialah Chor Chee Hiong dan puak Ong Tee Keat ialah Gan Peng Siew. Bolehkah ketiga-tiga puak ini akan bersatu?

Dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pusat MCA seramai 25 orang, Puak Chua Soi Lek seramai 8 orang, puak Ong Ka Ting seramai 12 orang dan puak Ong Tee Keat seramai 5 orang. Ini juga menjadi persoalan, adakah mereka boleh bekerjasama?

Sayap kiri dan kanan MCA iaitu Ketua Wanita dan Ketua Pemuda, sejak awal2 lagi merupakan orang Liow Tiong Lai. Ketua Wanita pernah bercakap sekiranya Chua Soi Lek menang dia akan letak jawatan manakala Ketua Pemuda lebih bersikap terbuka apabila sudi bekerjasama dengan Chua Soi Lek.

Tiga lagi pemimpin dilantik sebagai Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Setiausaha penganjur oleh Ong Tee Keat juga menjadi persoalan. Bolehkah mereka bekerjasama dengan presiden baru? Dalam politik, semua yang berlaku tidak dapat kita ramalkan secara tepat. Pemimpin yang telibat dengan skandal seks tidak disangka boleh memenangi jawatan tertinggi parti MCA. Pada pandangan aku, nasib MCA masih samar.

Thursday, March 11, 2010

Demontrasi masalah ayaq takdak.

Pagi tadi jam 9.30 pagi, aku bersama kawan2 pergi melihat demontrasi oleh pemuda BN di hadapan Wisma Darulaman. Ramai juga pihak polis dan wartawan hadir untuk mengawal keselamatan dan membuat liputan di kawasan tersebut.

Lebih kurang 100 orang yang hadir untuk menyertai demontrasi tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda BN Negeri Kedah, Sdr. Badrul Hisham. Mereka menyuarakan perasaan tidak puashati terhadap kerajaan negeri kerana gagal mengatasi masalah air yang dihadapi rakyat negeri Kedah sejak kerajaan PR memerintah 2 tahun lalu.

Walaupun 4 empangan di Kedah mempunyai air tetapi air tersebut tidak sampai kepada penduduk yang menggunakan air paip. SADA yang diberi tanggungjawab menguruskan perkhidmatan air di negeri Kedah pun gagal mengatasinya. Kerajaan negeri memberi alasan akibat musim kemarau, tidak boleh diterima kerana air di empangan masih boleh menampung keperluan penduduk di negeri Kedah dan juga Pulau Pinang.

Oleh itu, mereka telah menyerahkan Memorundum tentang masalah ini kepada Menteri Besar Kedah melalui Pegawai Khas Tugas-tugas Khas Menteri Besar, Ismadi Abdul Kadir. Demontrasi bersurai pada jam 10.45 pagi.

Wednesday, March 10, 2010

Tu dia 2 EXCO kena singkir.

Hari ini MB Kedah mengumumkan 2 orang EXCO Kerajaan Negeri Kedah disingkirkan iaitu YB Abdullah Jusoh (PAS) Pantai Merdeka dan YB Tan Wei Shui (PKR) Bakar Arang. Mungkin kedua-dua ADUN ini pernah ada krisis dengan kepimpinan negeri.

Kalau tak silap aku, dulu YB Yaakub Hussein (PAS) Bandar Baharu pernah bantah perlantikan ahli-ahli Majlis PBT oleh MB Kedah. Beliau menyuarakan perasaan tidak puashatinya melalui akhbar yang membongkar krisis dalaman PAS. Aku tak pasti pula apa masalah yang dibangkitkan oleh YB Abdullah Jusoh. Mungkin pada pandangan MB beliau betul2 tak berkualiti dan tidak layak menyandang jawatan EXCO.

Sementara YB Tan Wei Shui pula pernah dikaitkan dengan komplot pembelian 5 ADUN PKR untuk menumbangkan Kerajaan PR di Kedah. Hanya seorang sahaja ADUN yang bertindak keluar parti PKR dan mengistiharkan dirinya sebagai ADUN bebas iaitu YB Mohd. Radzi Salleh. YB Tan Wei Shui tidak pula bertindak keluar parti dan beliau masih kekal menjadi ADUN PKR. Walau bagaimana pun, kemungkinan pihak kepimpinan kerajaan negeri masih was-was dengan kesetiaan beliau terhadap parti PKR.

ADUN yang bernasib baik diangkat menjadi EXCO baru ialah YB Ghani Ahmad (PAS) Air Hitam mengetuai JK Penerangan dan Pembangunan Usahawan dan YB Tan Chow Kang (PKR) Sidam mengetuai JK Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan.

Manakala EXCO lama yang dikekalkan ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Muhamed Taulan Mat Rasul, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Siti Aishah Ghazali, Dr. Ismail Salleh, S. Manikumar dan Lim Soo Nee.

Monday, March 8, 2010

Sat je, dah 2 tahun.







Hari ini genap 2 tahun Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Akhbar Utusan Malaysia meraikannya dengan menyiarkan Manifesto PAS dan DAP untuk kita mengingatkan kembali apakah janji Pakatan Rakyat sebelum PR12 dan apakah yang mereka telah lakukan selepas memerintah Kerajaan Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Ada yang mengatakan kerajaan PR gagal mentadbir akibat ketiadaan pengalaman dan kesepakatan antara gabungan mereka. Ada yang mengatakan gabungan PR dilihat goyah dan menimbulkan pelbagai masalah ekoran parti seperti DAP dan PKR yang mahu jadi dominan di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka.

Ada juga pemikir politik mengatakan PR kini menghadapi krisis dalam pentadbiran ekoran tidak mampu mewujudkan kerjasama yang berkesan. Apa yang diharapkan daripada kerajaan PR untuk kebajikan rakyat itu seolah-olah hanya cakap kosong yang tiada kesudahannya sehingga kini.

Semua petikan di atas adalah daripada Utusan Malaysia - 8.3.2010.

Aku cukup kagum dengan sifat sporting yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Pihak Utusan Malaysia telah cuba mewawancara ketiga-tiga pemimpin PR di tiga negeri sempena ulang tahun ke 2 pemerintahan PR. Hanya YAB Menteri Besar Kedah sahaja yang sudi diwawancarakan oleh Utusan Malaysia. Walaupun beliau kurang yakin terhadap liputan akhbar tersebut.

Dengan kenyataan YAB Menteri Besar Kedah secara bersahaja, aku rasa ia akan meningkatkan lagi populariti beliau selaku pemimpin di sesebuah negeri pembangkang. Beliau pandai menyimpan kelemahan pentadbiran beliau dan beliau juga tidak mudah melatah apabila timbul sesuatu isu.

"Walaupun tenang jangan disangka tiada buaya". Ketenangan YAB Menteri Besar Kedah tidak semestinya pentadbiran kerajaan PR di Kedah tidak mempunyai masalah. Aku juga selalu mendengar gosip di kalangan orang-orang politik mengatakan kerajaan negeri sekarang mengalami masalah bajet yang agak tenat. Tambahan pula, bajet daripada kerajaan Pusat diuruskan sendiri oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan dan ICU.

Sehingga kerajaan negeri mengambil tindakan drastik menggunakan bank untuk mengutip hutang dan kadar sewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) sehingga menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan penyewa PAKR tersebut.

Wednesday, March 3, 2010

Tak sabar2 nak tau sapa barisan exco baru.


Semua orang dah tak sabar2 nak tau sapa barisan EXCO baru kerajaan negeri Kedah. Siapakah yang akan digugurkan, siapakah akan ditukar portfolio dan siapakah yang akan diangkat sebagai EXCO.

Persoalan gugur, tukar dan angkat, inilah point utama yang orang ramai ingin tahu. Apakah perasaan orang yang terlibat, suka, duka atau tak ada langsung perasaan.

Tapi sampai sekarang MB Kedah belum lagi mengadap Tuanku Sultan Kedah. Dia pun tahu, semua orang dah tak sabar sabar ingin tahu. Kenapa dia buat lambat2 pulak?

Kita tunggulah pada 10 Mac ini, mungkin MB Kedah akan umumkan barisan EXCO barunya. Bersabarlah noh. Aku rasa tak ada seorang pun EXCO yang akan digugurkan cuma tukar portfolio je. Ini cuma gimik politik je.

Tuesday, March 2, 2010

Demontrasi Bantahan Cadangan MB Kedah.


ALOR SETAR, 2 Mac 2010: Penduduk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Taman Wira, Mergong mendakwa lebih 100 penduduk membuat demonstrasi dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana tidak bersetuju dengan hasrat Kerajaan Negeri menyerahkan kepada bank untuk mengambil alih tugas kutipan sewa dan hutang tertunggak ansuran sewa beli rumah mereka.

Memorandum tersebut ditandatangani lebih 1,000 penduduk mewakili 2,500 penduduk Taman Wira diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhamad Sanusi Md. Nor oleh Pengerusi Rukun Tetangga Taman Wira, Ahmad Mashar Md. Isa pada jam 11 pagi di hadapan Wisma Darul Aman.

Muhammad Sanusi Md. Nor, Setpol kepada MB Kedah menyatakan hanya 30 orang sahaja yang mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman yang diketuai oleh 2 orang ahli politik iaitu bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas MB Kedah dan anak bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Punca Masalah

YAB Menteri Besar Kedah mencadangkan menyerahkan kepada bank untuk tugas kutipan sewa dan hutang tertunggak ansuran sewa PAKR dengan kadar sewa RM100 sebulan. Keengganan penyewa membayar sewa sejak tahun 1986 menyebabkan kerajaan menanggung tunggakan sebanyak RM23 juta seluruh negeri Kedah dan sebanyak RM6 juta dari PAKR Mergong.

Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri sudah berlembut dengan penduduk dengan melanjutkan tempoh bayar balik daripada 25 tahun kepada 30 tahun. Tetapi mereka masih degil untuk membayar sewa tersebut. Dalam perjanjian, selepas 10 tahun kadar bayaran sewa akan dinaikkan sebanyak 10% dari RM100 kepada RM120, tetapi ia tidak dinaikkan untuk beri peluang penduduk membayar mengikut jadual yang ditetapkan.

Terdapat seramai 1,970 penyewa unit-unit PAKR, sekiranya mereka membayar ikut jadual maka sekarang hutang mereka hanya tinggal lebih kurang RM8,000 sahaja lagi. Ada di kalangan mereka telah selesai membayar sewa dan geran rumah sudah diperolehi daripada pihak Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri.

Kandungan Memorandum

Memorandum mempunyai beberapa perkara antaranya ialah menuduh kerajaan negeri lari daripada tanggungjawab mewujudkan mekanisme berkesan untuk mengutip sewa. Mereka juga menyatakan kerajaan negeri bertindak zalim terhadap orang tua dan OKU.

Penyewa PAKR mohon agar kerajaan timbang semula dan jangan serahkan tugas kutipan sewa PAKR kepada pihak bank. Sebab pihak bank tidak boleh bertolak-ansur dan boleh menghalau mereka keluar daripada PAKR pada bila-bila masa. Sedangkan ramai penyewa PAKR berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk membayar sewa tersebut. Mereka bersetuju agar pihak Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri sendiri melaksanakan tugas-tugas mengutip sewa dan hutang tersebut.

Apa Pandangan MB Kedah?

Kata YAB MB Kedah, “kita mahu buat lebih banyak rumah kos rendah untuk rakyat dengan bayaran yang diterima dari penghuni sekarang. Dengan RM23 juta, kita boleh bina lagi 1,277 unit rumah awam kos rendah… bayangkanlah berapa ramai yang boleh mendapat kemudahan asas ini, kalau depa semua faham… kalau 5 orang dapat berteduh di sebuah rumah, 6,388 orang akan dapat manfaat”.

Ulasan

Penyewa PAKR seharusnya menepati perjanjian sewa beli yang telah ditandatangani sejak tahun 1986. Mereka ini adalah golongan yang bernasib baik kerana berjaya mendapat rumah tersebut berbanding 23,000 orang lagi yang telah memohon PAKR dan masih menunggu dengan penuh harapan.

Tindakan penyewa yang enggan membayar sewa sehingga mencapai RM23 juta telah menafikan peluang orang lain untuk memiliki rumah PAKR. Tindakan demonstrasi tidak akan dapat mengatasi masalah ini kecuali penyewa itu sendiri sedia bayar balik hutang berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani. Tindakan mengingkari perjanjian akan memakan diri sendiri, apabila kes ini dibawa ke mahkamah.

Monday, March 1, 2010

Pemimpin PKR satu persatu keluaq parti.


Pemimpin PKR satu persatu umum keluaq parti. Hari ini sahaja ada 3 pemimpin PKR umum keluaq parti.

Mohamad Fairus Khairudin bekas TKM1 Pulau Pinang mengumumkan keluaq parti dan menyertai UMNO setelah beliau dibebaskan daripada tuduhan rasuah.

Datuk Salehuddin Hashim, bekas Setiausaha Agung PKR bertindak keluaq parti dan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut. Tetapi beliau masih belum menyatakan parti mana yang beliau akan sertai selepas ini.

Yang terbaru, YB Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Nibong Tebal dari parti PKR mengumumkan akan keluaq parti PKR dan mengistiharkan sebagai wakil rakyat bebas di kawasan tersebut.

Ini membuktikan bahawa PKR menghadapi masalah dalaman yang agak serius. Mungkin ramai lagi akan menyusuli tindakan ketiga-tiga pemimpin ini.

Anak membebankan bapanya.

Aku dengaq desas-desus kisah seorang anak lelaki sulong salah seorang pemimpin PR di negeri Kedah yang membawa masalah kepada bapanya. Dia kaki pompuan, kaki rock dan bermacam-macam kaki lagi la. Susah untuk aku nak sebut.

Kelibat budak ni memeningkan kepala bapanya yang dianggap alim dan warak oleh kebanyakkan rakyat negeri Kedah. Tambahan pula, bapanya kurang sihat sejak kebelakangan ini. Tidak mustahil perangai seorang anak boleh menjatuhkan karier bapanya dalam bidang politik.

Tapi realitinya org akan cakap, kalau kita gagal mendidik anak sendiri macam mana kita nak mendidik orang ramai. Kalau kita gagal menjadi pemimpin di rumah sendiri macam mana kita nak menjadi pemimpin di sebuah negeri.

Nasihat aku jangan percaya kepada khabaq angin jika kita belum pasti. Ini adalah satu renungan daripada gosip orang ramai yang bermotifkan politik. Aku tak sokong mana-mana pihak sebab politik itu kotor.