Thursday, April 29, 2010

Budak 15 tahun mati ditembak polis.


Isnin lalu, Aminulrashid Amzah 15 tahun mati ditembak polis ketika didakwa cuba merempuh polis di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor. Insiden ini mendapat perhatian ramai pihak.

Ketua Polis Negara memberi jaminan menjalankan siasatan secara telus tanpa menyembunyikan sebarang fakta.

Pihak SUHAKAM diminta turut serta dalam siasatan tersebut dicadangkan oleh Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM). Presidennya, Profesor Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata SUHAKAM sebagai badan bebas harus menyiasat kes itu sebagai pihak ketiga kerana ia tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu itu bagi memastikan siasatan dijalankan telus.

Lim Kit Siang pula menggesa KPN letak jawatan ekoran insiden ini adalah kecuaian polis menyebabkan kematian seorang remaja bawah umur.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, panel peguam DAP bersedia mewakili keluarga mangsa untuk mendapat pembelaan.

Kerajaan Selangor juga sedia memberi bantuan kos guaman kepada keluarga mangsa. MB Selangor berkata, khidmat guaman itu akan disediakan jika keluarga remaja itu perlukan nasihat undang-undang.

Pemuda UMNO Malaysia juga sokong tubuh panel khas bagi menyiasat kematian remaja ini dengan telus dan komprehensif.

PAS juga mahu satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian Aminulrashid Amzah yang membabitkan anggota polis.

Ramai pihak lagi tidak puashati tentang apa yang berlaku terhadap remaja ini. Oleh itu, biarlah pihak yang berkaitan menyiasat perkara ini. Aku juga setuju semua pihak jangan membuat sebarang provokasi melalui media. ia boleh mengganggu proses siasatan.

Pengundi Cina lebih pintar.

Wajah Ng Teck Kim terkerising gembira mendapat cek RM3juta daripada Najib.

PRK Hulu Selangor sudah pun berlalu, keputusannya BN telah berjaya merampas semula kerusi tersebut drp PKR.

Walau bagaimana pun, desas desus semakin kencang diperkatakan mengenai undi Cina lebih condong kepada PKR. Khir Toyo di dalam blognya berharap agar BN menyemak semula dasar kerajaan terhadap kaum Cina di Selangor susulan pendirian kaum itu yang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat pada PRK Hulu Selangor ahad lalu.

Nampaknya kenyataan ini menimbul perasaan tidak puashati pemimpin PGRM, mereka mendakwa Khir Toyo tidak bertanggungjawab dan berunsur perkauman.

Parti MCA pula mendakwa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina semasa PRK Hulu Selangor sehingga menimbul perasaan tidak puashati Ibrahim Ali selaku Pengerusi Perkasa.

Walau bagaimana pun, semalam orang Cina telah menerima peruntukan RM3 juta drp PM untuk pembinaan SRJK (Cina) Rasa, Hulu Selangor. Di depan PM mereka mengakui sokong BN tapi semasa pangkah di atas kertas undi siapa tahu. Inilah politik pintar kaum Cina. Duit tidak boleh mempengaruhi kaum ini.

Nampaknya kedudukan BN belum kukuh lagi selagi tidak dapat menarik pengundi Cina kembali menyokong BN. Keadaan ini amat membimbangkan utk menghadapi PRU 13 yg dijangka tidak sampai 2 tahun lagi.

Wednesday, April 28, 2010

PRK Hulu Selangor dlm kenangan.




Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor terpaksa diadakan ekoran kematian YB Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parlimen Hulu Selangor pada 25 Mac 2010. Penamaan calon ditetapkan pada 17 April 2010, hasilnya calon BN ialah P. Kamalanathan bertanding dengan calon PKR ialah datuk Zaid Ibrahim. Pengundian telah diadakan pada 25 April 2010 dan keputusannya BN mendapat 24,997 undi mengalahkan PKR dengan majoriti 1725 undi dimana calon PKR mendapat 23,272 undi.

Jumlah undi sebanyak 48,935 pengundi.
Perastus keluar mengundi ialah 75.87%
Undi Rosak sebanyak 731 undi
BN dapat 24,997 undi.
PKR dapat 23,272 undi
Majoriti 1725 undi.

Antara respon yang diberi oleh kedua-dua pihak. Pihak BN mengatakan kemenangan calon BN merupakan satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN. YB. P. Kamalanathan berjanji akan mengotakan janji-janji BN terhadap pengundi Hulu Selangor. Pihak PKR pula akur terhadap kekalahan mereka terhadap BN. Mereka juga mendakwa bahawa pilihanraya kali ini sarat dengan rasuah kerana janji ditabur berjuta-juta RM kepada rakyat Hulu Selangor jika BN menang.

Antara janji-janji BN
1. Tawaran Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan sekolah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Serendah.
2. Selesaikan projek tertangguh FELDA Sungai Buaya yang hampir 16 tahun tidak diselesaikan.
3. PM, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak umum pampasan RM1,000 - RM50,000 kepada keluarga dan waris peneroka FELDA Sungai Buaya.
4. Peruntukan berjumlah RM100,000 untuk menaikkan taraf prasarana dan kemudahan pasar peladang yang berpotensi sejak 5 tahun lalu.
5. Hampir RM1 juta diperuntukan untuk tujuan Pusat Pemulihan Dalam Komuditi (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Terlebih dahulu aku ucap tahniah di atas kejayaan BN merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor. Persoalan aku di sini, kenapa pengundi Cina tidak minat mengundi BN? Nak kata mereka bersikap perkauman pun tidak juga sebab mereka boleh mengundi calon PKR yang diwakili oleh orang Melayu. Aku boleh bayangkan pengundi Cina benci kepada MCA dan GERAKAN.

Kepada MCA dan GERAKAN, cepat2 la berubah supaya PRU ke 13 tidak berlakunya bencana Tsunami kali ke 2.

Tuesday, April 6, 2010

Dua tahun simpan SMS sebagai senjata.

Dua tahun YB Lim Soo Nee, EXCO Kerajaan Negeri Kedah menyimpan SMS yang dihantar oleh YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Bandar Baharu/Kulim kepadanya. Baru semalam dia dedahkan SMS tersebut kepada media.

SMS pertama: They'v gone back vry angry. Pls come wth yr RM4000 imediately. TQ

SMS kedua: Lim, d total budget for MTD N35 is RM21k to covr logistik, PACA, pondok panas & trnsportn cost on electn day. I'l covr 2/3 ie RM14k, u cvr 1/3 ie RM7k. We meet 2nite.


Sumber: Sinar Harian, 6.4.2010

Apa tujuan dia simpan SMS tu sampai 2 tahun? Tidak lain tidak bukan kerana nak jadi senjata politik sebab dalam politik tiada kawan dan tiada lawan yang berkekalan.

Kenapa pula dia dedahkan SMS tu sekarang? Aku hampir pasti mereka dah mula menjadi musuh politik antara satu sama lain. Walaupun secara peribadi mereka 2 orang ini tak pernah bergaduh. Tetapi kerana kepentingan dalam politik, mereka mula menyerang antara satu sama lain.

Inilah yang dikatakan orang politik tidak boleh dipercayai.