Tuesday, June 28, 2011

Ramai lagi wajar digugurkan daripada parti sebelum PRU.

Maaf jika aku katakan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO wajar digugurkan untuk memberi peluang pemimpin muda mengambil tempat. Dalam perlembagaan UMNO, pemilihan pemimpin akan dilakukan oleh ahli-ahli parti dalam tempoh 3 tahun sekali.

Oleh kerana, Majlis Tertinggi UMNO boleh menangguhkan pemilihan selama 18 bulan bagi menghadapi pilihanraya umum dan menggelakkan berlakunya perpecahan dalam parti sebelum pilihanraya umum maka pemimpin yang wajar digugurkan akan tersenyum lebar. Mereka dah selamat...

Dengan penangguhan tersebut menyebabkan kedudukan mereka tidak tergugat. Malah kebanyakkan mereka juga mempunyai kuasa pendesak utk menentukan calon yang bertanding dalam PRU. Inilah salah satu punca, orang ramai semakin benci kepada UMNO.

Penangguhan pemilihan barisan pemimpin parti dengan alasan mengelakkan perpecahan dalaman atau alasan untuk persiapan PRU adalah tidak logik. Aku rasa lebih kepada menyelamatkan diri sendiri dan kroni daripada disingkir oleh ahli-ahli parti sebelum PRU.

Penangguhan pemilihan barisan kepimpinan UMNO selama 18 bulan umpama membiarkan nanah memakan diri tanpa memberi sebarang ubat. Lama kelamaan parti tersebut akan ditinggalkan oleh ahli-ahli sendiri dan beralih ke parti baru.

Perlukah ditangguh selama 18 bulan sedangkan penentuan untuk membubarkan Parlimen bagi membuka ruang PRU adalah di dalam tangan pemimpin UMNO? Kenapa hak ahli untuk memilih pemimpin parti sebelum pilihanraya diabaikan?

Aku pun tidak pasti, UMNO masih relevan atau tidak? Buat masa sekarang, boleh dikatakan kebanyakan UMNO Bahagian di seluruh negara mempunyai masalah dalaman yang boleh menjejaskan mereka dalam PRU13. UMNO bukan kalah kerana Pakatan Rakyat kuat tetapi kalah kerana masalah dalaman.

Monday, June 27, 2011

Ketua Puteri, Setiausaha UMNO Jerlun dipecat..

Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Yusmawati Yaacob dan Setiausaha UMNO Jerlun, Jasmi Muhd Ismail telah digugurkan serta-merta jawatan yang disandang selepas menghadapi satu kes pertuduhan di Mahkamah Syariah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengeluarkan surat bertarikh 24 Jun 2011 berkenaan pengguguran jawatan kedua-dua pemimpin tersebut daripada UMNO Bahagian Jerlun.

Buku Pencapaian Kedah Sejahtera.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ baru-baru ini. Penerbitan buku berkenaan sebagai penjelasan pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat sepanjang mereka memerintah negeri Kedah.

Semua fakta-fakta yang diselitkan dalam buku tersebut adalah sumber dari Laporan Ketua Audit Negara yang dipetik daripada Laporan Jabatan Audit Negara.

Walau bagaimana pun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah, mempertikaikan kesahihan fakta dalam buku tersebut yang memperjelaskan pencapaian Kedah berdasarkan janji manifesto Pilihan raya Umum Ke – 12 (PRU12).

Pihak UMNO Kedah turut bercadang menerbitkan buku bagi menjawab segala penjelasan dalam buku itu bagi membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bohong kepada rakyat negeri Kedah. YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia menunggu penerbitan buku jawapan daripada UMNO Kedah.

Aku rasa lebih baik UMNO Kedah tumpu terbit buku untuk menjelaskan kepada rakyat tentang hasil sumbangan UMNO Kedah kepada rakyat semasa negeri Kedah di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat. Kalaulah UMNO dok usaha mempertikaikan usaha puak lain sedangkan KPI sendiri pun rakyat tak tahu. Bagaimana rakyat menilai parti mana yang lebih baik untuk diberi peluang dalam PRU13?

Tunjukkanlah kebolehan UMNO Kedah bagi meyakinkan rakyat Kedah untuk diberi peluang memerintah Kedah semula dalam PRU 13. Kerajaan Pakatan Rakyat dah jauh ke hadapan dalam menerbitkan buku penjelasan kepada rakyat bagi mengambil hati mereka. Sementara UMNO Kedah masih dalam perancangan untuk menerbit buku. Itu pun untuk mempertikaikan fakta dalam buku ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ bukannya untuk menjelaskan kepada rakyat hasil sumbangan UMNO Kedah.

Sunday, June 26, 2011

Rakyat Kedah jangan diperalatkan..

KATA 'NO' KEPADA PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Lama juga saya tidak tulis dalam blog ini. Maafla kepada kawan2 semua. Hari ini tergerak hati saya ingin meluahkan sedikit pandangan tentang Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai.. hangat diperkatakan orang ramai buat masa ini.

Aku pun tak tau layak atau tidak untuk melarang orang-orang Kedah utk tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut. Mungkin kalau aku larang pun, orang masih ingin tahu tentang Perhimpunan BERSIH 2.0. Kenapa perhimpunan itu membimbangkan semua pihak?

Sekarang perhimpunan BERSIH 2.0 hebat dipublisitikan melalui semua media massa, media elektronik dan internet kecuali media kawalan kerajaan yang mungkin tidak cuba untuk menonjolkan perkataan BERSIH dan tarikh 9 Julai dalam siaran mereka.

Memang la tabiat menusia, semakin dilarang ia semakin menjadi-jadi kerana ingin mengambil tahu. Sebagai contoh kontroversi pemimpin Pekida dengan penerbit filem KL Gengter sehingga menyebabkan jumlah kutipannya melonjak tinggi. Inilah kuasa media yang tidak terkawal.

Mungkin juga terjadi dengan larang pelbagai pihak kepada orang ramai agar jangan menghadiri Perhimpunan BERSIH 2.0 sehingga menggalakkan orang ramai untuk pergi ke Perhimpunan tersebut.

Teguran aku, sebelum kita melibatkan diri dengan Perhimpunan BERSIH 2.0, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah tujuan dan kesannya kepada negara kita. Pada pandangan aku, ia lebih kepada rampasan kuasa secara ganas yang boleh menimbulkan keadaan huru hara dalam negara kita. Tambahan pula, negara kita mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama yang mudah berlakukan isu perkauman yang sukar utk diatasi sekiranya berlaku.

Oleh itu, janganlah rakyat Kedah diperalatkan oleh kumpulan yang cuba menggugatkan keselamatan negara demi untuk kepentingan diri sendiri. Itu saja yg aku boleh katakan demi utk mengekalkan keamanan negara kita. Nak berkuasa pun, tunggulah PRU13 yang akan diadakan setelah tamat tempoh 5 tahun untuk satu penggal.