Thursday, July 28, 2011

Kantoi.. YB Pas Kedah dengan isteri orang.



Aku ni malas tulis panjang lebar macam Det Guaq. Tapi aku ingin copy cerita sikit drp Det Guaq tentang skandal YB Pas dengan isteri orang namanya Nora Md Noor.

Kerana ingin tumpang popular dengan title YB maka si Nora tu pon tergatai-gatai dgn empunya title YB yg hensem. Maka si suami pun lepaslah tali agar si isteri dapat mencapai impiannya.

Si YB tu pula orgnya tinggi, tampan dan bersopan santun tutur bahasanya yg jauh beza drp Mat Sapu. Orangnya suka main golf sejak Pas memerintah Kedah.

Aku pun tak tau siapa gelagat si YB tu. Det Guaq kata berkelulusan jurutera dan ada title Ir kat depan namanya. Tak mungkin YB Ir Amirudin org kuat Pas Kedah tu. Isss.. isss.. isss.., tapi tak mustahil boleh berlaku.

Copy dari http://pelantaqhujah.blogspot.com/2011/07/klon-mat-sabu-dalam-pas-kedah-ditemui.html

Jadual Lawatan Najib di Kedah..

1- Pagi Khamis – Lawatan ke Masjid Taman Wira Mergong.
Masjid menerima peruntukan RM1.2 juta untuk pembesaran.

2- Pagi Khamis - Bertemu orang ramai di Pasar Tani Mega, Taman Wira Mergong
Pekena cucuk & roti canai di di gerai di pasar tani. Sebelah Masjid Mergong.

3- Pagi Khamis juga? – 100 tahun umor Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah.

4- Pagi Khamis juga? - Kenduri Rakyat di Padang Awam Guar Chempedak.
"Semua hadirin akan duduk secara bersila bersama Perdana Menteri pada majlis jamuan ini. Pada majlis ini juga upacara menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional (BN) akan dilakukan,” kata Ahmad Bashah.

5- Petang Khamis – Jumpa 10,000 belia di Stadium Mini Pendang.

6- Petang Khamis juga? – Bertemu rakan facebook di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.

7- Malam Khamis - Jamuan makan malam dengan 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra.

8- Malam Khamis juga – Balik tidoq di KL

Tuesday, July 26, 2011

PM juga boleh diperalatkan.

Realitinya lawatan Najib ke Kedah bukannya bertemu rakyat Kedah tetapi hanya indah khabar dari rupa dengan berlegar-legar bersama konco-konco UMNO sahaja untuk menguatkan politik mereka.

Lawatan ke Taman Wira hanya untuk memulihkan kekuatan YB Datuk Ahmad Bashah yang ‘ratingnya’semakin menjunam kerana janji-janji lama hanya tinggal janji.

Lawatan ke Guar Chempedak untuk meletak tapak asas Senator Jamil Khir sebagai calon yang disebut-sebut dalam PRU13 yang akan datang.

Perjumpaan dengan 10,000 belia di Pendang hanyalah untuk memberi nafas politik kepada Datuk Rozai Shafian yang sedang tercungap-cungap seperti nyawa ikan dalam akuarium yang kehabisan air.

Hakikatnya pertemuan ini seharusnya di luar dari ‘inner circle’ UMNO di mana ketika ini hamba rakyat Kedah semakin hari semakin terasa kejauhan dengan Najib PM mereka.

Manakala kecintaan kepada Ustaz Azizan pulak semakin hari semakin bertapak di hati dan jiwa nurani mereka.

Kesimpulannya DS Najib masih lagi gagal membaca kehendak jiwa rakyat Kedah kerana masih dikongkong juak-juak UMNO yang hanya pandai mencium tangan Perdana Menteri tetapi tidak pandai mencium tangan rakyat.

Copy dari blog MUMMY ROKIAH.. http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/07/umno-kedah-goreng-najib.html

Thursday, July 14, 2011

BN mahu sidang DUN Kedah dipanjangkan.

BN Kedah berharap persidangan DUN Kedah dipanjangkan bagi memberi peluang wakil rakyat untuk bertanya soalan kepada kepimpinan kerajaan negeri dalam persidangan yang akan diadakan pada Isnin depan.

Mengelakkan persidangan DUN dipanjangkan kemungkinan untuk mengelakkan daripada menjawab keluhan rakyat melalui wakil rakyat oleh pihak Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Kedah. Tidak gunanya mengadakan persidangan sekiranya wakil rakyat tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengemukakan masalah rakyat.

Kaum bukan Melayu merungut lesen hiburan tidak dikeluarkan pada bulan Ramadan.

MB Kedah telah mengharamkan semua hiburan di negeri Kedah dalam bulan Ramadan. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan orang-orang Cina kerana menjejaskan perniagaan mereka dalam bidang hiburan.

MB Kedah berkata penguatkuasaan peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah adalah tertakluk pada enakmen 1997 yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan Kedah. Bukannya polisi baru yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.

1. PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL - Setuju untuk elak pengundi mengundi 2 kali tapi penggunaannya harus dikaji dengan lebih teliti terlebih dahulu.

2. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL - Setuju untuk memberi keadilan kepada semua pihak dalam kempen pilihanraya. Buat masa sekarang kebanyakkan media massa dan eletronik dikawal hanya sebelah pihak sahaja. Manakala sebelah pihak lagi diberi kebenaran yang terhad dan dikawal.

3. TEMPOH BERKEMPEN - Setuju tempoh kempen dipanjangkan agar dapatlah semua pihak menunjungi ke semua kawasan atau setiap daerah mengundi untuk berkempen secara adil. Tempoh kempen yang singkat hanya menguntungkan sebelah pihak yang mengawasi media sahaja. Mereka boleh berkempen 24 jam melalui media tanpa turun ke kawasan sementara sebelah pihak lagi terpaksa mengejar masa untuk berkempen.

4. MEREFOMASI UNDI POS - Setuju undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi awal. Undi Pos hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja kerana pengundi di kawal oleh pihak atasan mereka. Biarlah undi awal ini diuruskan di tempat awam oleh SPR. Beri peluang pengundi membuat keputusan sendiri tanpa paksaan oleh pihak atasan.

5. MEMPERKUKUHKAN INSTITUSI AWAM - Setuju tidak menggunakan kemudahan jentera kerajaan untuk berkempen. Biarlah agensi kerajaan bertindak berkecuali dalam kempen pilihan raya. Setiap parti haruslah menggunakan kekuatan sendiri untuk berkempen.

6. MENGHENTIKAN RASUAH - Setuju rasuah adalah musuh utama negara yang boleh memesongkan keputusan pilihanraya.

7. PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH - Setuju agar data JPN dan SPR diselaraskan dengan menggunakan sistem biometrik.

Ini adalah pandangan peribadi seorang pengundi atas pagar.

Monday, July 11, 2011

Bukan setakat di Sungai Petani je.

UMNO Sungai Petani sebenarnya adalah cerita paling lawak!!! Bahkan Bahagian tersebut disifatkan ramai sebagai BAHAGIAN YANG DIPENUHI BADUT-BADUT BERSELUAR DALAM!

Apakan tidak, sehingga sekarang, masalah kepimpinan tidak juga selesai. Ali Yahya, Ketua Bahagian UMNO Sungai Petani telah digantung berikutan kekecohan persidangan perwakilan Bahagian tersebut pada tahun 2009. Penggantungan Ali Yahya menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan para penyokongnya. Dan semenjak itu, UMNO Sungai Petani terus bergolak dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.

Tiga hari sudah, perangai buruk penyokong Ali Yahya diperlihatkan lagi. 40 orang yang menunggu kedatangan Ahmad Bashah, Pengerusi Perhubungan Negeri untuk mesyuarat Bahagian berkenaan dengan mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi menggantung ketua mereka.

Benar sangatlah telahan ramai orang bahawa UMNO sebenarnya masih lagi mamai dan perasan yang mereka sangat kuat di Kedah. Buktinya adalah Sungai Petani sendiri. Parlimen Sungai Petani dimenangi oleh Johari Abdul, si bahlol yang cuba menyelamatkan KOTE BENGKOK Anwar Ibrahim dengan video CSInya. DUN-DUN di Parlimen Sungai Petani iaitu Bakar Arang dan Pantai Merdeka dimenangi oleh PKR dan PAS. Begitu juga dengan Sidam yang dimenangi oleh PKR.

Tidak keterlaluanlah kalau dikatakan UMNO SUNGAI PETANI SEDANG DILANDA KEBONGOKAN MELAMPAU!!!

Masalah ketua bahagian pun jadi masalah besar kepada puak-puak UMNO Sungai Petani. Walhal keputusan pilihanraya umum 2008 sangat jelas menunjukkan UMNO Sungai Petani sudah sama tarafnya dengan UMNO Batu Gajah di Perak!!!

Barangkali Mukhriz Mahathir dalam misi khasnya pun pening dan sakit dada untuk menguruskan gerombolan si badut-badut UMNO Sungai Petani yang tidak pernah berhenti merengek minta agar LUBANG JUBUR mereka dikorek kerana serangan CACING KERAWIT!!!

Pakatan Rakyat sudah seharusnya berlapang dada dan menarik nafas lega dengan kemelut UMNO Sungai Petani. Setidak-tidaknya, Pakatan Rakyat tidak perlu bekerja keras dan membuat demonstrasi besar-besaran di Sungai Petani untuk mempertahankan kemenangan mereka.

Sebabnya sangat mudah, UMNO Sungai Petani tak pernah mahu menang pun di Parlimen serta di ketiga-tiga DUNnya!!!

Tahniah Pakatan Rakyat!!!

Copy dari http://theflyingkick.blogspot.com/2011/07/sampai-bila-umno-sungai-petani-tak.html

Memang realiti, UMNO kalah di Kedah disebabkan oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Selagi ahli UMNO Kedah tidak bersatu, selagi itulah UMNO Kedah sukar untuk merampas kembali kerajaan negeri Kedah.

Sunday, July 10, 2011

Demontrasi BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011









Seperti yang kita jangkakan Perhimpunan BERSIH 2.0 tetap diadakan walaupun YDP Agong bertitah jangan adakan demontrasi jalanan. Pihak BERSIH 2.0 bercadang untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi tidak mendapat kebenaran daripada kabinet dan gagal mendapat permit drp pihak polis.

Menjelang sehari sebelum diadakan demontrasi tersebut, pihak polis telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada masuk ke bandar Kuala Lumpur. Antaranya ialah pemimpin Gerakan BERSIH dan pemimpin kanan parti pembangkang. Pihak polis juga telah mengadakan sekatan jalanraya bagi menyekat kenderaan daripada memasuki kuala Lumpur bagi mengelakkan mereka menyertai demontrasi haram.

Semua itu tidak dapat menyekatkan rakyat untuk mengadakan demontrasi BERSIH 2.0 yang dianjurkan pada 9 Julai 2011 bagi menyuarakan hak mereka mengenai ketidakadialan SPR dalam mengendalikan PRU.

Apakah kesan demontrasi haram tersebut? Sudah tentulah para peniaga mengalami kerugian. Para pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mencemarkan imej negara di mata dunia yng boleh menjejaskan sektor pelancongan. Pemandu teksi juga turut hilang pendapatan pada hari tersebut.

Selepas ini, rakaman video atau gambar demontrasi tersebut akan menjadi modal kepada kedua-dua pihak untuk membuat provokasi masing-masing melalui media ke 3 sebagai persiapan PRU13. Apa pun, saya ucap syabas kepada pihak polis kerana berjaya mengatasi masalah ini dengan bijaksana.

Thursday, July 7, 2011

Kabinet pula tak benarkan perhimpunan BERSIH di Stadium Merdeka.

Aku terbaca berita dalam Berita Harian muka depan hari ini mengenai Kabinet tidak benarkan perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan di Stadium Merdeka. Pihak Pakatan Rakyat pula menuntut PM tunaikan janji agar benarkan mereka berhimpun di stadium bagi mengelakkan demontrasi jalanan yang boleh menggugatkan keselamatan dan keharmonian kaum.

Nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu mengalahkan dalam percaturan politik mereka sehingga mengabaikan aspek keselamatan negara.

Pihak kerajaan menggunakan semua cara bagi menggagalkan perhimpunan ini. Manakala pihak Pakatan Rakyat juga akan menggunakan apa saja saluran yang mereka ada untuk menghasut rakyat untuk keluar menuntut keadilan. Pihak polis dilihat telah aktif mengatasi masalah ini sejak akhir bulan lepas lagi dengan mengadakan Road Block dan telah membuat beberapa tangkapan.

Sekiranya masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu bertolak ansur, maka negara mungkin akan berdepan dengan masalah yang amat besar. Kemungkinan lebih besar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Aku ingin sekali lagi memohon kepada rakyat Kedah agar jangan pergi ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Akurlah dan hormatilah kepada titah YDP Agong demi untuk menyelamatkan keadaan.

Wednesday, July 6, 2011

Aku dah kata, BERSIH tetap akan teruskan agenda mereka.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pilih Stadium Merdeka lokasi perhimpunan menggantikan demontrasi jalanan Sabtu ini. --Dari Mstar Online..

Diharap semua berhati-hati semasa bersuara untuk menuntut keadilan. Jangan sampai menggugatkan keamanan dan keharmonian negara kita. Aku percaya mereka dah akur terhadap titah YDP Agong iaitu elak daripada demontrasi jalanan yang boleh menggugatkan keamanan dan keharmonian kaum.


Oleh itu, benarkanlah mereka berdemontrasi secara aman di dalam satu kawasan yang telah ditetapkan.


Harap team pesilat, pesaka atau perkasa yang menentang perhimpunan BERSIH 2.0 agar menjauhi Stadium Merdeka bagi mengelakkan 2 kumpulan bertembung sehingga boleh mencetuskan pergaduhan yang boleh menyebabkan rusuhan kaum.


Kalau ingin juga mengadakan perhimpunan sebagai tanda tidak sokong kepada kumpulan BERSIH haruslah cari tempat yang lebih jauh daripada Stadium Merdeka.


Apa-apa pon aku tetap tidak bersetuju dengan demontrasi menunjukkan kekuatan untuk menuntut keadilan kerana ia boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini berlaku. Akhirnya negara kita akan menjadi porak peranda.


Aku hormati keputusan semua pihak tapi aku tetap bimbang. Macam-macam kemungkinan akan berlaku pada 9 Julai ini.

Polis buat Road Block bermula 1 Julai..

Semalam, aku jumpa polis road block sebanyak 2 kali selepas balik dari tempat kerja. Semasa nak masuk Highway Utara-Selatan jumpa Polis Road Block, selepas keluar dari Highway jumpa lagi Polis Road Block.

Seolah-olah kita berada dalam zaman darurat. Aku tak marah kepada polis sebab itu tugas mereka untuk menjaga keamanan negara kita. Mereka bertindak untuk mencegah sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Bab politik tu biar orang politik yang uruskan. Tapi bab keselamatan memang wajar polis ambil tindakan sebab itu memang tanggungjawab mereka.

Aku cuma nak nasihatkan kepada semua pemandu, janganlah bawa senjata merbahaya dan juga baju kuning lambang BERSIH 2.0. Takut tak sempat sampai ke destinasi, anda akan disumbat ke dalam lokap. Harap semua berada di rumah sepanjang cuti hujung minggu ini.

Walaupun pihak penganjur BERSIH 2.0 dah umum untuk batal demontrasi jalanan dan teruskan perhimpunan di Stadium setelah berjumpa dengan DYMM Yang DiPertuan Agong tapi pihak kerajaan pula meletak syarat jika berhimpun di stadium. Ini bermakna keputusan berkompromi untuk mengelakkan perhimpunan BERSIH 2.0 masih kurang jelas.

Aku berharap kepada kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian yang sesuai demi untuk keharmonian dan keamanan negara kita.

Tuesday, July 5, 2011

Mungkin ramai orang anggap undi 1.4% pengundi Siam di Kedah tidak penting.

Aku percaya ramai lagi rakyat Malaysia tidak tahu wujudnya orang-orang Siam di sebelah utara tanah air terutamanya rakyat Malaysia yang berada di selatan tanah air. Aku orang Kedah, tahu sangat tentang kewujudan kaum Siam di Kedah.

Pengundi di kalangan kaum Siam dianggarkan sebanyak 1.4% daripada jumlah pengundi di Kedah. Kaum Siam hidup berkelompok dan kebanyakkannya tinggal di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Pengundi kaum Siam ini dianggap sebagai simpanan tetap BN sebab mereka cukup setia kepada BN sejak dahulu lagi. Sukar untuk PAS menembusi benteng UMNO dalam perkampungan Siam. Tambahan pula ideologi PAS berunsur agama Islam manakala kaum Siam adalah beragama Buddha.

Keyakinan pemimpin BN terhadap kesetiaan pengundi Siam terhadap BN tinggi maka pihak BN memandang sepi terhadap kaum ini. Kebanyakkan beranggapan undi 1.4% tidak banyak untuk BN mengambil berat menjelang PRU13.

Mungkin mereka lupa bahawa buat masa sekarang PAS sudah berjaya menembusi benteng yang UMNO bina di perkampungan Siam. Sudah ada pemimpin Siam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK). Sudah ada beberapa kampung Siam telah ditubuhkan cawangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan juga ranting PKR. Sudah adalah pemimpin-pemimpin Siam dilantik menganggotai Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah.

Kerajaan negeri Kedah juga menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak pemimpin agama Buddha di Kedah.

Sedikit demi sedikit mereka mengambil hati kaum Siam untuk menarik mereka menyokong PAS. Sebagai contoh penganjuran Pesta Songkran peringkat negeri Kedah yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah pada 17 April di Kg. Lamdin, Padang Terap dihadiri lebih 5,000 kaum Siam. Tapi BN langsung tidak mengambil berat perkara ini.

Senator yang dilantik oleh PM bagi mewakili kaum Siam juga bukannya dari pilihan kaum Siam sendiri tapi dipilih dari pintu belakang. Nak atau tak nak, orang Siam terpaksa pendamkan perasaan kerana menghormati keputusan PM. Bagaimanakah seorang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam NGO Siam menjadi Senator mewakili kaum Siam? Bagaimana Senator dapat membantu kaum Siam sedangkan beliau hanya bergerak bersendirian?

Walaupun kaum Siam mempunyai 1.4% di Kedah dianggap kecil tapi beberapa DUN amat bergantung kepada undi kaum Siam untuk menang. Antaranya DUN Sungai Tiang, DUN Belantek, DUN Jeneri, DUN Kuala Nerang, DUN Bayu, DUN Kupang, DUN Jitra, DUN Air Hitam dan DUN Bukit Kayu Hitam.

Jika BN menganggap undi kaum Siam tidak penting, aku rasa mereka dah silap banyak. Orang Siam sekarang tidak macam dulu lagi. Mereka dah faham selok belok politik. Dulu bolehlah ugut kalau tak sokong BN tak boleh hantar anak ke sekolah kerajaan, tak sokong BN tak dapat subsidi padi.. sekarang mereka dah tahu..

Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong.

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama

Aku rasa titah tuanku ditujukan kepada 2 pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

Teguran tuanku kepada PM agar mengatasi masalah ini sebaik mungkin tanpa menjejaskan mana-mana pihak.

Tuanku juga meminta pihak Bersih 2.0 menuntut demokrasi secara adil dan tidak membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku minta agar semua pihak pentingkan keharmonian dan kestabilan negara dan jangan terikut dengan negara luar.

Tuanku menyeru kepada kerajaan (PM) agar melaksanakan amanah yang diberi kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Tuanku mahu semua pihak menyelesaikan masalah secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Inilah hasrat titah tuanku.