Wednesday, December 1, 2010

Aku pasti PRU13 sebelum Julai 2011.


Bila aku baca surat khabar hari ini tentang berita UMNO tangguh pemilihan selama 18 bulan, aku dah yakin pilihanraya umum dah dekat. Kenapa aku fikir begitu?

1. Setiap kali pemilihan UMNO ditangguhkan mesti ada sebab. Tidak lain tidak bukan, mesti persiapan untuk pilihanraya umum ke 13. Kalau bertujuan untuk elak pergaduhan/permasalahan dalaman di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO rasanya tidak logik. Suka tak suka, proses demokrasi dalam UMNO wajar diteruskan.

2. Sekiranya pemilihan UMNO ditangguhkan selama 18 bulan kerana ingin menumpukan perhatian untuk PRK Sarawak juga tidak logik. Semua orang tahu, di negeri Sarawak belum ada parti UMNO seperti di negeri Sabah. Pemilihan UMNO pada tahun depan tiada kaitan langsung dengan PRK Sarawak. Kenapa ia patut ditangguhkan kalau bukan untuk mengadakan PRU13?

3. Permilihan UMNO ditangguhkan selama 18 bulan bermula awal tahun 2011 dan berakhir pertengahan tahun 2012. Tempoh penggal PRU pula selama 5 tahun iaitu sejak Mac 2008 sehingga Mac 2013. Agak mustahil mengadakan pemilihan UMNO pada pertengahan tahun 2012 selepas ditangguhkan selama 18 bulan dan dalam masa yang sama persiapan untuk menghadapi PRU13 sedang giat dilaksanakan.

Oleh itu, berita penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan menyakinkan aku bahawa PRU13 akan diadakan sebelum Julai 2011 serentak dengan PRK di Sarawak. Semua jentera parti yang ingin bertanding rasanya boleh baca perkembangan semasa yang berlaku dan bersiap sedialah dari sekarang.

Mat Sabu bakal Ahli Parlimen Pendang.


Betul ke Mat Sabu akan diletakkan sebagai calon Ahli Parlimen di Pendang pada PRU13. Sejak kebelakangan ini beliau sering turun ke kawasan Pendang untuk berjumpa dengan pengundi-pengundi.

Desas desus mengatakan Mat Sabu akan dicalonkan di kawasan Parlimen Pendang pada PRU13 nanti. Sementara YB Mohd Hayati akan diletakkan di DUN Tokai. YB Taulan pula dikatakan akan bersara selepas selesai membersihkan PAS Kawasan Pendang daripada pengaruh geng Abdul Rahim.

Di pihak UMNO pula, Rozai dok target kawasan selamat untuk menjadi calon pada PRU13. Kawasan tersebut ialah DUN Sg. Tiang yang mempunyai pengundi setia dari penoraka Felda dan masyarakat Siam. Sementara YB Suraya akan di bawah ke kawasan parlimen Pendang sedangkan YB Suraya masih sayang hendak tinggalkan DUN Sg Tiang.

Man Bedul pula sentiasa bersiap sedia untuk membuat pusingan 'U' untuk return back ke dalam kepimpinan UMNO Bahagian Pendang. Walaupun sakit, beliau masih aktif turun padang untuk berjumpa para pengundi.

Apa pun terjadi, kita tunggulah setahun dua lagi untuk kepastian. Yang pasti PRU13 kali ini adalah yang paling hebat dalam sejarah politik Malaysia.

Kenapa pilih Mahdzir Khalid?


Kenapa Mahdzir Khalid dipilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah?

Sejak kebelakangan ini, jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah menjadi perhatian umum sejak wakil Pemuda UMNO Kedah, Sdr. Bassori Bin Abu Hassan membangkitkan isu ini dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung Perwakilan UMNO di KL baru-baru ini.

Terdapat 4 orang calon yang disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan tersebut bagi menggantikan Mohd Shafie Apdal di atas desakan pemimpin-pemimpin akar umbi agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dilantik di kalangan pemimpin tempatan.

Antara calon-calon tersebut ialah Mahdzir Khalid, Mukriz Mahathir, Ahmad Bashah Hanapiah dan Jamil Khir Baharom. Di antara calon-calon tersebut Mukriz Mahathir menjadi pilihan utama oleh orang ramai sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan Mahdzir Khalid akan dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Tetapi kenapa Mahdzir Khalid menjadi pilihan untuk diangkat semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah? Kenapa tidak pilih Mukriz Mahathir?

MUNGKIN....

1. Tsunami politik yang melanda BN semasa PRU12 telah menyebabkan beberapa negeri telah jatuh ke tangan PR termasuk Kedah. Di Kedah, ramai pihak menuding jari kepada Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar Kedah sebagai punca kekalahan BN di Kedah. Tetapi sebenarnya Tsunami politik ini berlaku di peringkat Nasional. Punca utama ialah pemilihan calon BN untuk bertanding dalam PRU12 tidak mengikut kehendak akar umbi sehingga menyebabkan protes dalaman di kalangan ahli UMNO sendiri. Pakatan budak tingkat empat yg diluahkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah penyebab utama berlakunya Tsunami politik dalam PRU12. Mahdzir Khalid tidak harus dipersalahkan sepenuhnya.

2. Selepas kejatuhan BN di Kedah semasa PRU12, Mahdzir Khalid aktif berusaha memujuk beberapa orang ADUN PKR bagi menyertai BN untuk merampas kembali kerajaan negeri Kedah sehingga seorang ADUN PKR bertaraf EXCO meletakkan jawatan dan 2 orang ADUN PKR bertindak keluar dari PKR menjadi wakil rakyat bebas. Usaha Mahdzir Khalid harus dipuji walaupun misinya gagal memujuk sekurang-kurangnya 5 org ADUN PKR untuk berpaling tadah bagi mencukup kouta untuk merampas kembali kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

3. Pengalaman Mahdzir Khalid sebagai bekas Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah juga harus dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berbanding Mukriz Mahathir yang baru menceburi bidang politik di negeri Kedah.

4. Mahdzir Khalid juga merupakan Ketua Pembangkang dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah. Beliau layak diberi peranan sebagai ketua jentera BN di Kedah bagi menghadapi Pakatan Rakyat dalam PRU13. Kriteria ini juga harus dipertimbangkan untuk memilih beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang baru.

5. Semasa menjadi Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Mahdzir Khalid telah membina pengaruhnya sendiri yang agak kukuh di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah. Susah untuk menggugatkan pengaruh beliau dalam UMNO di Kedah berbanding pengaruh Mukriz Mahathir yang dibayangi pengaruh bapanya sahaja. Mahdzir Khalid mendapat sokongan hampir semua UMNO Bahagian di Kedah dan kebanyakkan tua-ketua bahagian juga sering mengunjungi rumah beliau termasuk Ahmad Bashah Hanapiah.

6. Dari segi perhubungan Mahdzir Khalid di peringkat atasan pula, beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pengaruh beliau di peringkat Nasional tidak dapat dinafikan.

Kesimpulannya perpecahan dalaman UMNO Kedah akan bersatu kembali sekiranya semua Ketua bahagian UMNO seluruh Kedah merestui Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Orang luar seperti Mohd Shafie Apdal tidak akan berjaya merapatkan kembali perpecahan kalangan pemimpin UMNO Kedah berbanding pemimpin tempatan sendiri sekiranya diangkat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Oleh itu, krisis dalaman UMNO yang menyebabkan Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 khasnya di Kedah hanya akan dapat diatasi sekiranya calon yang sesuai dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang boleh diterima oleh semua ketua2 bahagian UMNO di Kedah. Sekiranya pemilihan tersebut tidak menepati kehendak akar umbi maka krisis dalaman akan bertambah parah dan peluang untuk menawan kembali kerajaan negeri Kedah agak tipis.

Sunday, November 14, 2010

Media elektronik dilarang membuat liputan persidangan DUN Kedah.

Persidangan DUN Kedah akan berlangsung pada hari ni sampai 16 November 2010 di Wisma Darul Aman. Tapi malangnya pihak media elektronik dilarang membuat liputan. Ini adalah ekoran kemarahan MB Kedah terhadap media elektronik yang melaporkan bahawa MB tidak turun padang ketika Kedah mengalami bencana banjir.

Keadaan ini merupakan perkara biasa yang sering berlaku dalam dunia politik. Bila pihak media pembangkang melaporkan perkara yang tidak betul atau menfitnah pihak kerajaan maka media tersebut dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri hingga membatalkan permit penerbitan.

Sekarang media pro kerajaan pula melaporkan berita yang tidak benar terhadap kepimpinan PAS di Kedah maka pihak kerajaan negeri juga berhak menyekat mereka daripada membuat liputan persidangan DUN.

Dalam politik, media memainkan peranan utama yang boleh menaikkan atau menjatuhkan seseorang atau mana-mana pihak melalui hujung pena atau melalui kaca TV. Oleh itu, mana-mana pihak yang boleh menguasai media maka pihak tersebut boleh meningkatkan jentera mereka dalam dunia politik.

Thursday, November 11, 2010

Banjir di Kedah mula reda tapi dalam hati MB semakin membara.

Aku lama juga tak tulis. Bukannya tak ikut perkembangan isu banjir di Kedah cuma sibuk sikit dengan hal peribadi. Hari ni rasa lapang sikit nak tulis bab banjir. Bila pertama kali dapat berita MB Kedah cukup marah dengan media elektronik yg memaparkan berita kerajaan Kedah tak bantu mangsa banjir.

Setahu aku, banjir ini bermula pada 31 Oktober hingga sekarang masih ada lagi mangsa berada di pusat pemindahan banjir. Jumlah mangsa terlibat agak ramai juga. Pada 7 November lalu, saya bersama kawan-kawan pergi meninjau kawasan banjir di daerah kubang Pasu rasanya tersentuh perasaan bila lihat tanda-tanda paras air tenggelam hingga ke bumbung rumah.

Semua peralatan dalam rumah habis rosak. Hanya rumah dan pakaian yg basah masih boleh digunapakai lagi. Sementara almari, peralatan elektrik seperti TV, komputer, sofa dll semuanya rosak. Kebanyakkan mangsa banjir hanya tinggal sehelai sepinggang. Hasil pertanian dan ternakan ranap musnah akibat banjir.

Aku dapati pelbagai pihak tampil memberi bantuan. Ada yang bantuan secara ikhlas dan ada yang memberi bantuan ada udang di sebalik batu. Ada yang mengambil kesempatan menonjol diri melalui media bagi meningkatkan merit dalam politiknya.

Paling aku tak suka langsung ialah saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Puak ni kata puak tu tak beri bantuan. Puak tu kata puak ni tak bagi bantuan. Seolah-olah misi bantuan tersebut macam medan perang yang disensasikan lagi dengan campurtangan media yang mempunyai agenda tersembunyi.

Sehingga MB Kedah melenting sakan. Bila aku lihat wajahnya melalui youtube, marahnya bukan kepalang kepada pihak media. MB juga gatai mulut dan menuduh punca banjir ni akibat projek pembinaan jalan keretapi sedangkan kawasan daerah Padang Terap tak ada landasan keretapi pun banjir berlaku.

Banjir oh banjir... banjir dah mula reda tapi dalam hati MB Kedah semakin membara.

Thursday, October 21, 2010

Parti komponen PR pun ada gaduh rebut kerusi.

Parti mana2 pun serupa, tak kira la dalam BN atau PR bab rebut kerusi. Dalam BN jarang berlaku sebab persefahamannya amat kukuh sebab mereka dah lebih 50 tahun bergabung.

PR pula baru je bergabung iaitu semasa PRU12 tapi gabungan tu agak longgar dan masih menggunakan lambang parti masing-masing. Masih wujud ketidaksefahaman di kalangan mereka. Masih bergaduh, bertengkar dan berbeza pandangan di kalangan pemimpin-pemimpin mereka. Bila dekat PRU maka mulalah bising bab pembahagian kerusi.

Semalam, Lee Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah membangkitkan soal kerusi DUN Derga. Beliau menuntut kerusi tersebut diserah balik kepada DAP daripada PKR. Sekiranya tidak, maka dalam PRU13 akan berlaku pertandingan 3 penjuru antara BN, DAP dan PKR. Adakah anda masih memilih parti PR dalam PRU13 nanti?

Bassori memang hebat.

Org yang bernama Bassori Hassan memang hebat. Dia adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai. Sebelum ini beliau diturunkan untuk bertanding di DUN Sungai Limau menentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak, MB Kedah lani dalam PRU12.

Semalam, sekali lagi beliau membuat kejutan apabila dengan lantangnya membidas 2 orang pemimpin UMNO yang disegani dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Bassori membidas Mohd Shafie Apdal mendesak UMNO mengkaji semula perlantikan Mohd Shafie Apdal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah kerana beliau tiada masa untuk membantu UMNO Kedah.

Bassori juga membidas Khairy Jamaluddin kerana gagal melaksanakan tugasnya terutama bagi menyatukan ahli-ahli sayap UMNO di Kedah. Selepas PRU12, hanya 2 kali turun ke Kedah. Kenyataan tersebut dinafikan oleh Khairy dan memaklumkan bahawa beliau dah 7 kali turun ke Kedah.

Bassori juga menyindir Khairy hanya sibuk bergaduh dengan Perkasa sahaja. Dulu mereka berdua amat baik. Begitulah dalam politik, tiada musuh dan kawan yang kekal. Kerana kepentingan kawan boleh jadi musuh, musuh boleh jadi kawan.

Thursday, October 14, 2010

UMNO Kedah dah bercelaru.

14 Okt: Sebentar tadi, aku dapat info mengatakan beberapa ahli UMNO yang diketuai Ketua Penerangan UMNO Pokok Sena membuat demontrasi di bangunan UMNO Alor Setar mendesak Sdr. Badrul Hisham, Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah meletakkan jawatan.

Isu ini wujud selepas Badrul Hisham mendesak MB Kedah letak jawatan ekoran kegagalan mengatasi masalah air di Kedah. Tambahan pula, Datuk Syed Sobri ADUN Kuala Nerang dari UMNO membuat kenyataan menyokong MB Kedah dan membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah.

Kelmarin, Ketua Pemuda UMNO Kedah mempertikaikan tindakan Datuk Syed Sobri yang bertindak membelakangkan prinsip parti dengan menyokong MB Kedah daripada parti Pas.

Ada pula gosip mengatakan masalah ini wujud berkaitan dengan kedudukan calon DUN Kuala Nerang dalam PRU13. Khabar angin mengatakan Ketua Pemuda UMNO Kedah akan dicalonkan di DUN tersebut pada PRU13 dan menyingkirkan Datuk Syed Sobri yg dikatakan tidak sehaluan dgn kepimpinan UMNO Bahagian Padang Terap.

Maka mereka bercakaran sesama sendiri bagi mempertahankan periuk nasi masing2. Semangat untuk mempertahankan UMNO diletak ketepi. Inilah yang berlaku dalam UMNO di Kedah.

Wednesday, October 13, 2010

Perjumpaan JKKKP bersama PM.


Kelmarin seramai lebih kurang 20,000 pemimpin JKKK, JKKKP dan wakil masyarakat orang asli seluruh negara menghadiri Majlis Bersama Perdana Menteri dan disusuli Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Induk Luar Bandar. Kedah adalah negeri di bawah pembangkang yang menghantar paling ramai peserta di kalangan JKKKP iaitu seramai 1,899 orang.

Majlis tersebut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri. Kita sudah nampak bayang-bayang ke arah persediaan PRU13. Agaknya, semua pihak sudah giat dengan perancangan masing-masing bagi mendapat perhatian daripada rakyat yang akan menentukan parti mana yang akan dipilih sebagai kerajaan dalam PRU13.

Aku rasa PRU13 tak akan diadakan dalam waktu terdekat. Ada yang mengatakan PRU13 akan diadakan serentak dengan P/Raya Sarawak. Aku rasa tidak, sekiranya Parlimen dibubarkan tidak semestinya di negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat akan turut membubarkan DUN.

Aku juga yakin, kerajaan Persekutuan juga akan mengumumkan pemberian beberapa insentif kepada rakyat dalam bajet 2011 jika PRU13 semakin hampir. Apa pun kita harus bersyukur kerana negara kita masih aman damai walaupun ada sedikit pergolakan politik menjelang PRU13.

Tuesday, October 12, 2010

Adakah MB Kedah seorang yang alim?


Pada 10 Okt 2010, seramai lebih kurang 30 orang ahli PAS dari kawasan Jerai telah membuat demontrasi di hadapan Wisma Darul Aman, Alor Setar mendesak MB Kedah untuk membatalkan kenaikan tarif air yang diumumkan kerajaan negeri bermula 1 Oktober lepas.

Aku rasa bukan masalah air yang menjadi punca mereka mengadakan demontrasi. Ini adalah masalah peribadi antara MB Kedah dengan waris arwah Pak Ya iaitu Pak Najib. Ia berkaitan dengan dendam lama antara mereka dengan MB Kedah.

Ingatkan dalam UMNO je ada kes sebegini, dalam PAS pun ada. Siap dengan edar risalah membongkarkan isu rumah tangga MB Kedah. Seolah-olah MB Kedah seperti samseng dalam artikel yang mereka tulis. Dahsyat juga serangan peribadi di kalangan ahli-ahli PAS.

Aku ingat MB Kedah seorang yang alim. Bila dapat baca risalah yang diedarkan oleh ahli-ahli Pas semasa mereka membuat demontrasi, aku rasa tak yakin pula dengan sifat sebenar MB Kedah. Adakah beliau betul2 alim atau buat-buat alim?

Kesukaran blogger mendapat maklumat sahih.

Kebanyakkan blogger sukar untuk mendapat maklumat yang sahih. Oleh itu, aku hanya berpandu kepada isu-isu semasa dan gosip-gosip daripada orang ramai. Betul atau tidak, itu kerja mereka apabila bertemu di kedai-kedai kopi.

Orang politik pula, dengan tabiat mereka bersandiwara untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah pemimpin yang baik. Sehingga mereka wujudkan badan khas untuk kroni mereka bagi menjalankan tugas ini.

Oleh itu, mana-mana artikel dalam blog ini yang dianggap kurang tepat, tegurlah. Aku sedia mendengar semua rintihan rakyat yang juga pengunjung blog ini. Kadang2 isu yang betul pun diputarbelit oleh orang politik.

Dunia sekarang sukar untuk mempercayai kepada sesiapa. Cuma baca, teliti dan fikirlah sendiri..

Wednesday, October 6, 2010

Spekulasi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Selepas Kerajaan Negeri Kedah telah tewas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada tahun 2008 maka jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah digantikan. Pak Pie telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bagi menggantikan Tok Det. Tindakan tersebut dilakukan demi untuk menyatupadukan semula pemimpin-pemimpin UMNO yang bertelagah sehingga kerajaan negeri Kedah terlepas daripada BN.

Perlantikan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Mereka menganggap seolah-olah pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah tidak layak memimpin di negeri sendiri sehingga membawa pemimpin daripada negeri lain memimpin di Kedah. Tambahan pula pengaruh Tok Det di Kedah masih kuat. Maka Pak Pie selaku pengerusi baru tidak banyak dapat membantu menyatupadukan semula UMNO Kedah. Untuk tidak menambah permasalahan yang wujud di kalangan pemimpin UMNO Kedah maka jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah wajar diserah balik kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah.

Beberapa pemimpin UMNO Kedah yang disebut-sebutkan untuk mengisi jawatan tersebut antaranya ialah Tok Det, Tok Bashah, Tok Jamil Khir dan Tok Mukriz.

Pemimpin UMNO di peringkat bawah inginkan perubahan berlaku dalam UMNO Kedah. Mereka lebih suka pemimpin muda diberi peluang menerajui UMNO Kedah. Calon yang paling popular adalah Tok Mukriz yang boleh diangkat sebagai bakal Menteri Besar Kedah jika BN menang dalam PRU13.

Tetapi ura-ura bertiup kencang bahawa Tok Det akan dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Beliau masih berpengaruh di kalangan pemimpin UMNO Kedah. Terdapat 6 UMNO bahagian penyokong kuat kepada beliau. Tetapi rekod beliau tidak baik kerana kejatuhan kerajaan negeri Kedah kepada pakatan rakyat adalah semasa beliau menjadi MB Kedah dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Baru-baru ini timbul pula spekulasi bahawa Tok Mukriz akan dilantik ke jawatan tersebut. Beliau akan dibawa balik dari Jerlun ke Kubang Pasu kerana kerusi di Jerlun tidak selamat untuk beliau berbanding di Kubang Pasu di mana pengaruh bapanya masih kuat di situ. Maka orang yang menjadi korban dalam perkara ini adalah Tok Jo yang akan disingkirkan jika Tok Mukriz di bawa balik ke UMNO Bahagian Kubang Pasu dan seterusnya memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Sementara Tok Bashah pula, prestasi beliau agak merosot ekoran masalah yang berlaku di Perhimpunan Agung UMNO Sg. Petani dan isu perletakan jawatan beramai-ramai pemuda UMNO Alor Setar. Beliau dilihat gagal menyelesaikan isu-isu tersebut. (sebahagian teks dikeluarkan atas komen pengunjung. Harap maaf.)

Sementara Tok Jamil Khir pula adalah calon yang mula digilap oleh pihak atasan sebagai calon pelapis di Kedah. Tetapi beliau tidak mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat akar umbi. Peluang untuk beliau ke jawatan tersebut agak sukar sekiranya beliau tidak disediakan karpet merah oleh pihak atasan. Semuanya tidak mustahil boleh berlaku.

Sebagai kesimpulannya, memang jawatan ini panas di Kedah. Sesiapa yang memegang jawatan tersebut terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyatupadukan semula pemimpin-pemimpin UMNO yang berpecah belah. Hanya pemimpin muda yang tidak mempunyai rekod buruk sahaja wajar diketengahkan untuk mengisi jawatan tersebut sebagai satu ujian untuk menghadapi PRU13.

S/u UMNO Kedah kata jangan ugut.

YB Datuk Ir Nawawi Ahmad, Setiausaha UMNO Kedah membalas kenyataan MB Kedah semalam yang akan mendedahkan penyelewengan kerajaan BN terdahulu jika pemimpin BN terus memutarbelit fakta berkaitan perkhidmatan air di Kedah ekoran kenaikan tarif air mulai 1 Oktober 2010.

Beliau mengatakan, jangan cuba nak ugut, pemimpin BN Kedah tidak gentar ugutan tersebut dan beliau yakin tidak berlaku penyelewengan dalam kontrak pembekalan air Kedah oleh kerajaan negeri terdahulu.

Beliau mencabar MB Kedah, jika benar berlakunya penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN terdahulu laporlah kepada SPRM. Sehingga sekarang tiada satu pun kes di bawa ke mahkamah.

Pada pandangan aku, adakah kes penyelewengan ini dapat diselesaikan di mahkamah. Siapa agensi2 yang terlibat dalam proses keadilan? Adakah mereka tidak bias kepada mana-mana pihak? Berapa kes ikan jerung berjaya dihadapi ke muka pengadilan? Aku cukup malu dengan insiden 'muka macam saya, suara macam saya tapi bukan saya' boleh terlepas.

Aku percaya MB Kedah lebih kepada mendapat keadilan daripada 'mahkamah rakyat' yang membuat keputusan 5 tahun sekali. Apakah yang dimaksudkan 'mahkamah rakyat', aku pasti semua orang tahu.

Aku percaya apa yang diluahkan oleh MB Kedah adalah berdasarkan fakta daripada rekod Pegawai Kewangan Negeri. Bukannya kenyataan lidah bercabang yang selalu dilontarkan oleh kebanyakkan ahli politikus. Berilah apa-apa kenyataan, rakyat dah boleh menilai sendiri yang mana kaca dan yang mana permata.

Tuesday, October 5, 2010

Ustaz Azizan dah melenting


MB Kedah beri amaran kepada Tok Det dan juga pemimpin BN jangan putar belit fakta tentang kenaikan tarif air nanti semua akan terdedah. Apa pasai ustaz, sampai melenting macam ni?

Sebelum ini Tok Det kata hutang kerajaan Kedah kepada kerajaan Pusat sebanyak RM1.7 bilion merangkumi semua cuma RM800juta je hutang berkaitan perkhidmatan air di Kedah. Ustaz Azizan jawab balik hutang keseluruhan Kerajaan Kedah terdahulu sebanyak RM2.3 bilion dan RM1.7 bilion drpnya adalah hutang berkaitan perkhidmatan air. Katanya lagi, data tersebut diperolehi daripada rekod Pegawai Kewangan Negeri.

Ustaz Azizan kata kerajaan negeri Kedah cuma mengkorporatkan perkhidmatan air sahaja di bawah SADA tetapi kerajaan negeri bawah BN terdahulu menswastakan perkhidmatan air melalui Syarikat Taliworks Sdn. Bhd dan Syarikat Air Utara Indah Sdn Bhd yg menjadi milik kroni BN. Kontrak sehingga 2020 dan kontrak tersebut merugikan kerajaan negeri. Betul ke?

Ustaz Azizan kata kerajaan negeri bawah BN terdahulu ada tunggakan saman ekor sebanyak RM390,000 yg diperlu dibayar oleh kerajaan negeri bawah Pakatan Rakyat. Betul ke?

Ustaz Azizan kata kerajaan negeri bawah BN terdahulu tidak mahu terima geran yang ditawarkan oleh Pusat. Tetapi pemimpin BN lebih kepada memilih pinjaman daripada Pusat. Jika memilih geran kerajaan negeri tidak perlu bayar balik tetapi perlu mematuhi syarat tertentu drp Pusat seperti hanya Kementeri kewangan yang boleh melantik kontraktor. Sementara pinjaman adalah tanggungan kerajaan negeri dan boleh memilih kontaktor sendiri. Pinjaman tersebut perlu dibayar balik dan kerajaan negeri bawah Pakatan Rakyat perlu menanggungnya. Betul ke?

Ustaz Azizan kata pada 2009 kerajaan Negeri bayar kepada Taliworks Sdn Bhd sebanyak RM39juta sedangkan kutipan hanya RM14 juta. Rugi ke untung?

Ustaz Azizan kata kos bina loji di Padang Sanai sebanyak RM155juta sedangkan anggaran sebenar kos hanya sekitar RM50juta. Wow 3 kali ganda, agih kat kroni ke?

Ustaz Azizan kata, tarif air perlu dinaikkan dan tiada pilihan lain kerana tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Air Negara 2006. Jika tak bayar hutang, kerajaan Pusat boleh ambil alih aset perkhidmatan air di Kedah. Suka tak suka, kerajaan negeri perlu menaikkan tarif air.

Itu la, jangan marah tak tentu hala. Kenaikan tarif air ni mesti ada sesuatu yang kita tak tahu selama ini. Memang rakyat akan menerima apa yg pemimpin atasan buat. Berjuta2 duit peruntukan bocor kerana mementing kroni drp kebajikan masyarakat. Pihak yang menanggungnya adalah rakyat. Seorang rakyat perlu keluar sekitar RM3 hingga RM8 sebulan bagi menampung duit yang dikebas oleh puak-puak politik. Patut la, depa dapat jadi wakil rakyat dua tiga bulan dah mampu beli Mercedes Bend mata belalang. Rakyat dok menanggung hutang.

Friday, October 1, 2010

Mulai hari ini SADA menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus.

1 Okt 2010: Terkejut beruk saya bila dapat baca berita tentang pihak SADA menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai hari ini.

Masalah air yang diutarakan oleh rakyat Kedah belum dapat diselesaikan sepenuhnya, depa dah mula mengisap darah rakyat Kedah. Inikah yang dikatakan kerajaaan prihatin terhadap rakyatnya.

Balik rumah buka pili keluar angin pun masih nak menaikkan tarif air. Tidak berhati perut langsung terhadap kebajikan rakyat negeri Kedah. Apa boleh buat, sebagai rakyat kena juga bayar bil air. Tak bayar nanti depa potong meter pula.

Bila tak ada air, boleh mati. Suka atau tak suka kena terima la juga.

Apa dah jadi dengan kepimpinan PAS Pendang?

Aku sangkakan air tenang tiada buaya. Rupa-rupanya berkocak sakan. Apa dah jadi dengan kepimpinan PAS daerah Pendang sampai 15 orang AJK Pas Pendang letak jawatan beramai-ramai. Hanya tinggai 15 je lagi yang tak letak jawatan.

Depa kata depa letak jawatan kerana tidak puashati dengan kepimpinan kerajaan negeri. Oh, maksudnya depa tak puashati la dengan Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Kedah. Rupanya orang baik dan tidak kalut macam MB ni pun orang Pas sendiri tidak suka sampai ugut letak jawatan beramai-ramai.

Katanya depa dah jumpa MB sebelum ini untuk utarakan permasahan depa yang berlaku di peringkat kawasan Pendang dan dikatakan kerajaan negeri gagal mengatasi masalah yang diutarakan mereka. Atau hangpa minta projek dan MB tak ada projek nak bagi kot?

Aku ingat masalah UMNO bahagian Alor Setar hebat, Pas Pendang lagi hebat noh. Kalau UMNO bahagian Alor setar tu melibatkan 8 org AJK pemuda tapi Pas Pendang melibatkan kepimpinan tertinggi kecuali Bendahari je iaitu YB Mohd Hayati Othman, Ahli Parlimen Pendang yang tidak terlibat dalam isu perletakkan jawatan beramai-ramai.

Antara yang terlibat ialah Yang Di-Pertua, Naib Yang Di-Pertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK lain.. Dahsyat juga pergolakkan dalam Pas. Aku tak sangka langsung boleh berlaku begini.. BN ada chance la untuk rampas semula parlimen Pendang drp Pas dlm PRU13 nanti.

Serah balik pemberi wang haram.

Hari ni, aku nak tulis sikit tentang kisah yg berlaku di Pulau Pinang. Dalam paper kelmarin, seramai 40 org warga emas di Penaga memulangkan kembali RM100 yang diberi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Mereka menuduh wang tersebut adalah wang haram yang diperolehi kerajaan negeri daripada hasil wang judi. Tetapi yang peliknya kenapa mereka tidak siasat dahulu sebelum terima wang pemberian daripada kerajaan negeri itu dan semasa serah balik pun kenapa pergi serah kepada pemimpin UMNO bukannya kepada pemberi wang tersebut.

Hari ini pula, beberapa penerima wang tersebut daripada kawasan perumahan Taman Puteri Gunung membuat kenyataan akhbar meluahkan perasaan tidak puashati mereka terhadap tindakan 40 org warga emas daripada Penaga kembali wang itu tanpa mengkaji sebelum bertindak.

Pada pandangan saya, ini semua adalah angkara ahli-ahli politik. Pihak kerajaan negeri juga ingin butiran terperinci seramai 40 org warga emas yang pulangkan balik wang itu. Kemungkinan di masa akan datang, mereka tidak berpeluang lagi mendapat bantuan daripada kerajaan negeri yang dianggap daripada hasil judi haram.

Pihak Pakatan Rakyat juga mencabar semua ADUN UMNO untuk menyerahkan duit gaji dan elaun kepada kerajaan negeri kerana mereka terlibat mengatakan wang kerajaan negeri adalah wang haram. Jika wang haram, wajarlah para ADUN dari UMNO semua serah balik gaji dan elaun mereka kpd kerajaan negeri. mengikut ajaran agama, makan duit haram adalah berdosa.

Sunday, September 5, 2010

Anak exco Kedah meninggal setelah koma.

Ketika suasana kegembiraan menyambut menjelangnya hari lebaran, nasib berbeza dialami exco kerajaan negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib apabila kehilangan seorang daripada dua anak lelakinya yang koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Batu 34, Jalan Jeniang-Bukit Selambau, dekat Sungai Petani, malam semalam.

Anak keduanya itu, Mohd Syazmin, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sik menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, kira-kira jam 10.30 malam setelah koma selama lebih 24 jam selepas kemalangan, petang Khamis.

Mohd Syazmin bersama abangnya, Mohd Syazwan, 18, tidak sedarkan diri selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandu anak sulung exco itu terbabas dipercayai cuba mengelak daripada bertembung sebuah lori dari arah yang bertentangan.Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan manakala dua rakan yang bersama mereka ketika itu sekadar mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan pesakit luar di HSAH.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Ria Indah, Sungai Petani dari asrama SMKA Sik setelah dijemput oleh Mohd Syazwan kerana hari akhir persekolahan sempena cuti hari raya Aidilfitri."Saya reda dengan pemergian Syazmin," kata Dr Hamdan, ADUN Tanjung Dawai yang juga pengerusi jawatankuasa tetap belia dan sukan negeri, dengan sebak sebaik mengetahui anak lelakinya itu menghembuskan nafas terakhir.

Bagaimanapun, Mohd Syazwan yang masih tidak sedarkan diri di wad sama, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Jenazah Mohd Syazmin dibawa pulang ke rumahnya pada kira-kira 12.45 malam semalam dan selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi ini di tanah perkuburan Islam Masjid Lama, Merbok.


Pihak kami mengucapkan takziah kepada Dr. Hamdan sekeluarga di atas kematian seorang anak yang sangat disayangi mereka.

Tuesday, August 17, 2010

Setiausaha Kerja UMNO jumpa pemimpin Siam Kedah.

Dato' Othman Aziz telah dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO negeri Kedah pada 1 Ogos 2010. Langkah pertama beliau ialah berjumpa dan berbincang dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Siam Kedah di bawah Persatuan Siam Kedah (PSK).

Pada 10 Ogos 2010 jam 2.00 petang, Dato' Othman Aziz telah berjumpa dan berbincang dengan 8 orang wakil PSK di Tingkat 7, Bangunan UMNO Negeri, Alor Setar, Kedah. Pihak PSK telah mengemukakan 20 permasalahan yang berlaku di kalangan masyarakat Siam Kedah kepada UMNO Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Mereka amat berharap agar pihak UMNO Negeri dapat mengatasi masalah mereka sebelum PRU13. Sudah lama masalah ini dihadapi oleh masyarakat Siam tanpa ada mana2 pihak tampil untuk membantu. Antara isu utama ialah berkaitan pemilikan IC merah di kalangan kaum Siam yang lahir di Malaysia.

UMNO Kedah tak sudah2 dgn masalah.


UMNO Kedah bergolak lagi, tak habis-habis dengan masalah dalaman parti. Baru-baru ini 11 AJK Pemuda UMNO bahagian Alor Setar meletak jawatan serentak. Mereka juga enggan berjumpa dengan Bashah selaku Ketua Bahagian Alor Setar.

Nampak agak parah juga UMNO Bahagian Alor Setar sampai letak jawatan beramai-ramai. Reaksi Ketua Bahagian pula menyatakan bahawa beliau tidak tahu punca perletakan jawatan 11 org AJK Pemuda bahagian tersebut.

Mohd Azreen Azizan, bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar menyatakan surat perletakkan telah dihantar kepada UMNO Malaysia dan salinan kepada UMNO Negeri dan Bahagian. Mereka memberi alasan kepimpinan parti tidak membantu menjalankan program rakyat, malah mereka terpaksa keluar duit sendiri untuk anjurkan program parti.

Pada pendapat saya, UMNO bermasalah kerana wang adalah punca utama. UMNO akan jatuh terkangkang juga kerana wang. Kemanakah perginya semangat UMNO yg ditunjukkan oleh generasi terdahulu sampai gadai gelang emas untuk menuntut kemerdekaan negara kita.

Sementara PR semakin hari semakin kukuh kerana semangat kepartian mereka cukup hebat. Tanpa bayaran pun mereka sanggup panjat pokok untuk pasang bendera. Jikalah keadaan sebegini masih berlaku dalam UMNO, saya boleh ramalkan UMNO akan kalah teruk dalam PRU13 nanti. Tunggu dan lihat.

Monday, August 2, 2010

Serahan Koleksi Rakyat 'Merdeka 1 Malaysia".

Sesiapa yang mempunyai koleksi atau bahan-bahan yang berkaitan dengan kemerdekaan di tempat masing-masing bolehlah menyumbang kepada Arkib Negara Malaysia untuk tatapan generasi akan datang.

Bahan-bahan tersebut terdiri daripada gambar, video dan dokumen. Koleksi Merdeka, peristiwa sekitar tahun 1957 - 2009 dan koleksi Hari Malaysia, peristiwa sekitar 1963 - 2009. Setiap bahan yang dihantar mestilah bahan asal.

Hadiah akan disediakan kepada penyumbang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Arkib Negara Malaysia 03-62010688, ANM Caw. Kedah/Perlis 04-7204200

Perlantikan SUK baru UMNO Kedah.


Kelmarin, Majlis penyerahan tugas Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah diadakan di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Penyerahan surat perlantikan rasmi sebagai Setiausaha Kerja UMNO Negeri Kedah yang baru kepada YBhg. Dato Othman Aziz, oleh YB Dato' Ir. Nawawi Ahmad. Disaksikan oleh para kakitangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Sunday, August 1, 2010

Kebiasaan jerung boleh terlepas dari pukat.


PUTRAJAYA, 29 Julai – Bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dituduh berhubung kesalahan berkaitan dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Sesyen di sini petang ini.

Pendakwaan ke atas bekas presiden MCA ini dilihat sebagai perkembangan mengejutkan – lama dinantikan ekoran janji Jabatan Penguam Negara akan membawa “jerung besar” – selepas tiga orang didakwa berhubung isu ini akhir tahun lalu.

Ling dipercayai sebagai individu pertama yang memegang gelaran “Tun” didakwa di mahkamah.
Tuduhan yang dikenakan ke atas beliau berkaitan dengan penilaian tanah di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan atau secara alternatif di bawah Seksyen 417 kanun yang sama.

Ling meminta dibicarakan apabila tuduhan dibicarakan ke atas beliau.

Peguam Negara memohon beliau diikat jamin RM1 juta dan peguam pembela tidak membantah.
Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail manakala Ling pula diwakili oleh Datuk R R Sethu.

Di bawah Seksyen 417, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun manakala di bawah Seksyen 418, tidak lebih tujuh tahun.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 September. Isteri Ling, Toh Puan Ena Ling juga hadir di mahkamah hari ini.

Ling akan menjelaskan ikat jamin esok kerana sudah terlewat untuk beliau menyediakan wang jaminan hari ini.

Projek PKFZ dilihat sebagai satu skandal apabila kos pembangunannya melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata keputusan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk membangunkan PKFZ secara sekali gus dan bukannya mengikut fasa merupakan antara sebab kos pembangunannya melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Katanya keputusan untuk mengeluarkan bon bagi membiayai pembangunan projek berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan dalam kos pembangunan tersebut.

PKFZ, sebuah hab pemindahan ke kapal yang dibina atas tapak seluas 405 hektar di Pelabuhan Klang turut menempatkan gudang, blok bangunan dan sebuah hotel empat bintang, diselubungi kontroversi ekoran pendedahan bahawa kos pembangunannya melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

LPK membeli 400 hektar tanah PKFZ di Pulau Indah daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dengan kos RM25 bagi setiap kaki persegi. KDSB kemudian dilantik sebagai pemaju projek berkenaan.

Isu itu mendapat perhatian umum memandangkan LPK memperoleh pinjaman mudah Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion bagi membiayai projek itu.
Bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat memberitahu Dewan Rakyat Jun 2009 bahawa keseluruhan kos projek PKFZ, berkemungkinan meningkat kepada RM12.453 bilion menjelang 2051, sekiranya tiada sebarang tindakan campur tangan dan daya usaha untuk mempromosikan PKFZ.

Pada 10 Disember lalu, bekas Pengurus Besar LPK Datin Paduka O.C. Phang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta dalam skandal PKFZ di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Phang sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad didakwa melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, di sini, antara 1 Oktober 2004 dan 5 September 2005.
Dia menghadapi dua lagi tuduhan, masing-masing membabitkan jumlah RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 serta antara 1 Jun 2005 dan 13 Januari 2006.

Phang, yang mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Selain beliau tiga yang lain turut didakwa membuat tuntutan palsu berjuta ringgit dalam projek pembangunan PKFZ.

Tiga tertuduh dalam kes itu ialah Law Jenn Dong, 51, bekas pengurus projek KDSB iaitu syarikat kontraktor pembinaan PKFZ, Steven Abok, 51, Ketua Pegawai Operasi KDSB, dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 48, dari BTA Architect yang merupakan perunding PKFZ.

(Malaysianinsider)

Jangan terlalu yakin bahawa jerung boleh dipermainkan. Walaupun jerung telah masuk pukat, ia tidak semestinya mudah untuk diangkat masuk ke dalam oleh para pelakon yang leka dengan pelbagai subsidi yang disediakan oleh rakan jerung.

Dalam rekod, kebanyakkan kes jerung akan terlepas. Bagaimana dengan kes perwaja, ia mati bersama Eric Chia. Bagaimana kes pegawai tinggi PDRM Datuk Yusof? Bagaimana kes AP oleh Mohd Nazree? Bagaimana kes Liow Tong Lay dan Ong Teh K-eat? Bagaimana kes VK Lingam, suara macam saya, muka macam saya tapi bukan saya? Bagaimana kes Annuar Musang, Kashitah Godam, dan macam2 lagi.

Jerung yang pernah masuk ke dalam cuma Rahim Noor je, yang lainnya semua terlepas. Kalau jerung ini terlepas lagi nampaknya BN dah sampai ke penghujung jalan.

Kota Seputeh lagi dan lagi.


YAB Menteri Besar Kedah berkata semasa berucap di Majlis Muhibbah Dewan Himpunan Penyokong PAS di City Plaza pada 30 Julai 2011, jam 9.00 mlm, "perbicaraan kes DUN Kota Seputeh akan diadakan pada 22 dan 23 September depan". Dia kata lagi, "kalau Kerajaan Negeri menang, PRK akan diadakan bagi memilih ADUN baru".

Itupun bergantung kepada keputusan SPR untuk membuat rayuan atau tidak. Sekiranya SPR membuat rayuan di mahkamah lebih tinggi maka PRK akan tergantung lagi. Sekiranya proses penghakiman memakan masa sehingga Mac 2011, maka tiada harapanlah untuk diadakan PRK.

Peraturan SPR menetapkan sekiranya baki penggal DUN kurang daripada 2 tahun maka PRK tidak perlu diadakan sehinggalah PRU akan datang diadakan.

Inilah masalahnya sekiranya mahkamah menjadi penentu kepada pengesahan kekosongan sesuatu DUN. Proses di mahkamah perlu melalui beberapa prosedur yang perlu sebelum membuat keputusan. Sepatutnya Speaker DUN mempunyai kuasa dan boleh menentukan kekosongan mana-mana kerusi DUN dan SPR hanya sebuah badan bebas yang bertanggungjawab menjalankan PRK selepas dimaklumkan.

Aku tak hairan sekiranya ada orang mengatakan SPR merupakan salah sebuah parti komponen BN. SPR kelihatan bias sebelah pihak dan akan bertindak bagi menjaga kepentingan BN semata-mata. Pandangan dan suara rakyat dinafikan.

Sebenarnya apa-apa permasalahan politik haruslah merujuk kepada rakyat untuk memberi mandat, siapa yang akan dipilih mewakili mereka di DUN. Inilah yang betul menepati konsep Gagasan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Apa yang berlaku di DUN Kota Seputeh seakan-akan mempergunakan sistem kehakiman untuk mengelakkan diadakan PRK dengan cubaan melengah-lengahkan isu ini sehingga Mac 2011.

Rakyat sekarang sudah pandai membaca strategik yang dirancang oleh orang politik. Sepandai-pandai tupai, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sunday, July 25, 2010

Suara akar umbi menentukan kepimpinan.


Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani telah diadakan di Sungai Petani Inn pada 11 Julai 2010. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat tersebut telah berlaku kekecohan apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali Yahaya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani untuk berucap di majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian.

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.Malah Naib Ketua Bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan Ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.Bekas Setiausaha Umno Bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Datuk Abd Azeez Abd Rahim (Ahli Majlis tertinggi UMNO), Datuk Mohd Rauf Yusof (Setiausaha Kerja UMNO) dan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (Ahli Majlis Tertinggi UMNO) untuk memantau mesyuarat tersebut.

PUNCA MASALAH

UMNO Bahagian Sungai Petani mempunyai 130 cawangan, sebanyak 10 cawangan daripadanya tidak dapat mengadakan mesyuarat dan satu cawangan dibubarkan kerana berpunca daripada Ali Yahaya.

Ali Yahaya dikatakan tidak berusaha untuk memujuk dan menyatupadukan semula antara kumpulan yang menang dan kalah dalam pemilihan parti yang lalu.

Ali Yahaya tidak mempunyai sebarang jawatan dalam UMNO Bahagian Sungai Petani sebelum bertanding dan menang jawatan Ketua Bahagian menyebabkan ramai ahli UMNO peringkat akar umbi tidak puashati.

Ali Yahaya dikatakan menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.

Corak pentadbiran Ali yahaya dikatakan “lebih suka mengarah dan keras” menyebabkan pemimpin akar umbi terpanggil untuk memperbaiki keadaan tersebut.

KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNO

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan supaya pengurusan bahagian Sungai Petani diambil alih oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Wednesday, June 23, 2010

Abu Hassan oh Abu Hassan....


SINAR HARIAN 21 Jun: Tajuk- UMNO Kedah masih yakin pada Abu Hassan.

Kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad, kesungguhan yang ditonjolkan oleh Abu Hassan terus memberi sumbangan kepada rakyat walaupun tidak menerima elaun ADUN. Beliau juga mengatakan Abu Hassan sangat sengsara kerana tidak menerima elaun sejak 6 bulan lalu di samping mengalami masalah kesihatan. Beliau berkata sokongan rakyat di kawasan Kota Seputeh masih kukuh.

SINAR HARIAN 22 Jun: Tajuk – Abu Hassan mangsa keadaan

Ketiadaan peruntukan pembangunan dan sokongan modal daripada kerajaan Pusat antara faktor utama kehidupan Abu Hassan, Ketua UMNO bahagian Jerlun ‘sengsara’ sehingga gagal memenuhi tuntutan kebanyakan penduduk dan ahli UMNO.

Walaupun Abu Hassan sebagai ADUN Kota Seputeh yang masih tergantung, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap ahli UMNO dan penduduk dan sehingga terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu mereka.

Kereta mewah beliau telah ditarik oleh pihak bank akibat masalah kewangan yang serius. Ada beberapa cawangan UMNO kurang menyokong beliau setelah beliau digantung daripada ADUN Kota Seputeh. Beliau adalah mangsa keadaan.

SINAR HARIAN 23 Jun: Tajuk – ‘YB’ hidup sengsara.

Pembiayaan perubatan isteri yang mengidap penyakit kronik dan kos pengurusan pusat khidmat yang tinggi dipercayai punca kewangan meruncing sehingga dilabelkan sebagai hidup sengsara. Beliau perlu berbelanja kira-kira RM20,000 sebulan utk tujuan itu.


Nampaknya 3 hari berturut-turut SINAR HARIAN memaparkan kisah tentang Datuk Abu Hassan Sarif, ADUN Kota Sepetuh yang digantung.

Apakah mesej disebalik pemaparan tersebut?

Adakah Pilihan Raya Kecil Kota Seputeh semakin hampir?

Atau tiada pemimpin lain yang berwibawa di DUN Kota Seputeh sehingga perlu sekali lagi mencalonkan Datuk Abu Hassan Sarif untuk bertanding sekiranya PRK diadakan?

Atau berlakunya masalah dalaman UMNO Bahagian Jerlun dalam isu penetapan calon yang akan bertanding?

Adakah Datuk Abu Hassan Sarif masih berminat dan tidak memberi peluang kepada pemimpin lain untuk bertanding?

Inilah persoalan yang aku pening dok pikiaq.

Sunday, June 13, 2010

Masyarakat Siam cukup marah dgn isu BUMIPUTERA.


Baru-baru ini Sdr. Boonsom Inong, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah telah memanggil sidang akhbar di Wat Telok Wanjah berkaitan beberapa orang pelajar kaum Siam tercicir daripada permohonan utk memasuki IPTA walaupun keputusan peperiksaan mereka amat cemerlang.

Tidak lama kemudian pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah menjawab permasalahan yang dibangkitkan oleh Sdr. Boonsom Inong melalui ruang Forum Utusan Malaysia. Pihak berkenaan yg disebutkan di atas telah memberi alasan bahawa pelajar Siam tersebut memilih kursus yang dikhaskan kepada kaum Bumiputera. Oleh itu permohonan mereka ditolak berdasarkan Perlembagaan Malaysia perkara 160 (2) kaum Siam Bukan Bumiputera.

Inilah yang menjadi kemarahan masyarakat Siam seluruh Malaysia terhadap kerajaan. Selama ini pemimpin-pemimpin BN melaung-laungkan bahawa kaum minoriti Siam adalah Bumiputera. Pada hakikatnya, kaum Siam adalah Bumiputera atau Pribumi sebab mereka wujud di Malaysia sejak dahulu lagi. Kalau di negeri Kedah, masyarakat Siam wujud sejak zaman pemerintahan Kerajaan Kedah Tua lagi. Kewujudan kaum minoriti Siam ini ada tercatit dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan boleh ditafsirkan bahawa Siam wujud sejak zaman pemerintahan kerajaan Kedah Tua lagi. Tetapi apa yang tercatit dalam perlembagaan Malaysia perkara 160 (2) adalah sebaliknya. Ini adalah kerana tindakan para pemimpin mengubal perlembagaan tanpa mengambil kira kaum minoriti seperti kaum Siam.

Semalam, YB Datuk Seri Mohd. Nazri Tan Sri Abd Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekali lagi melaungkan dalam majlis kerapatan umum bersama masyarakat Siam di Kg. Jubakar, Tumpat, Kelantan mengatakan Kaum Siam adalah Bumiputera. Adakah YB dah rujuk kepada Perlembagaan Malaysia? Kalau YB betul2 ikhlas membantu kaum Siam kenapa YB tak bangkitkan isu ini dalam Persidangan Dewan Rakyat. Biarlah kenyataan tersebut ditulis secara hitam putih bagi memudahkan kaum Siam merujuk apabila berlaku permasalahan berkaitan isu ini terutamanya peluang kepada pelajar Siam melanjutkan pelajaran di peringkat IPTA.

Janganlah YB-YB dok kelentong kaum Siam minoriti ini lagi. Mereka dah sudah boleh berfikir sendiri. Kaum Siam tidak lagi seperti dahulu, mudah sangat dikelentong oleh pemimpin-pemimpin apabila menjelang Pilihanraya Umum.

Wednesday, May 26, 2010

Berdosakah saya sebagai Siam Malaysia?

BERJAYA DALAM DUKA... (Dari kiri) Syalit Keowmani Eh Sau, Phisnukh Uttraphan Pim, Elicesa Lalitta Ea Chuan, Maleewan Perashot, Sukeht Thavil dan Vicsofee Sukahut Som mendengar penerangan daripada Boon Som Inong (kanan) mengenai kegagalan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam SPM di Wat Siam Telok Wan Jah, Alor Setar, baru-baru ini.


Dengarlah luahan Vicsofee: "Berdosakah saya sebagai Siam Malaysia?"

BEKAS almarhum Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman ialah seorang berketurunan Siam.

Masyarakat Siam di Malaysia dianggarkan kira-kira 60,000 orang. Kehidupan mereka tertumpu di beberapa negeri utara, iaitu negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand - tanah asal mereka.

Kira-kira 2,000 (bancian 2008) berada di Perak, 6,000 (2008) di Perlis, 30,000 (2007) berada di Kedah dan 13,000 (2008) berada di Kelantan. Menurut ensiklopedia Wikipedia, secara politiknya masyarakat Siam Malaysia dikenali dengan status bumiputera, iaitu status yang sama dengan Melayu, Kadazan-Dusun, Iban dan masyarakat Portugis Melaka.

Mereka juga adalah ahli UMNO dan boleh membuat simpanan dalam saham amanah, ASB dan ASN.

Menurut ensiklopedia itu lagi, kebanyakan masyarakat itu mengamalkan cara hidup Melayu. Ini dibuktikan dalam masyarakat Siam Kelantan. Tiada siapa yang boleh meneka Melayu atau Siam jika mereka bercakap Melayu.

Kitaran masyarakat mereka sedang berkembang, dari segi intelektual dan taraf hidup. Mereka ini dikenali sebagai kumpulan yang amat menyokong kerajaan BN dan penyokong kuat UMNO.

Mereka boleh menjadi penentu pada sesuatu pilihan raya dalam kawasan yang kosentrasi besar masyarakat itu.

Namun apa yang saya temui mengenai masyarakat ini baru-baru ini amat mengejutkan. Apakah mereka ini tercicir? Apakah mereka ini tidak dipedulikan? Apakah anak-anak mereka yang cerdik dan pandai disisihkan?

Persoalan ini bermain di fikiran saya. Boon Som a/l Inong, rakan saya yang juga bekas wartawan agensi berita asing dan bekas setiausaha akhbar dua Menteri Besar Kedah dan menteri Kabinet, seorang aktivis masyarakat Siam, membawa saya menyelami masyarakat beliau itu.

Sayu saya melihat wajah-wajah anak- anak Siam yang cerdik pandai ini tercicir. Mereka ini adalah aset dan modal insan yang berharga bagi masyarakat itu, khasnya dan negara amnya.

Kanak-kanak ini yang amat bangga menjadi sebahagian rakyat Malaysia, belajar dalam sistem pendidikan negara. Di mana mereka ini sekarang selepas peperiksaan SPM baru-baru ini? Di masa kanak-kanak sebaya mereka bergembira dapat menjejaki ke pusat pengajian tinggi atau ke pusat- pusat matrikulasi, ke mana kanak-kanak Siam ini berada?

Sila lihat senario ini. Ia berlaku dalam negara kita ini dan dalam masyakat kita ini.
1. Vicsofee Sukahut a/p Som 921216-02-5300, SPM 2009 ( 8A 1B), SMK Bandar Baru Darul Aman - tercicir.
2. Sukeht a/p Thavil 920831- 02-5412, SPM 2009 (10A), MRSM Kubang Pasu - tercicir.
3. Maneewan a/p Perashot 920212- 02-5712, SPM 2009 (9A1B), Sekolah Menengah Sains Mohd. Jiwa, Sungai Petani - tercicir.
4. Elicesa Lalitta a/p Ea Chuan 921005-03-5146, SPM2009 (6A2B3C) SMK Tumpat, Kelantan - tercicir.
5. Syalit Keowmani a/l Eh Sau 920210-02-5727, SPM2009 (7a, 2b) SM Sains Pokok Sena, Kedah - tercicir.

Turut tercicir dan gagal mendapat sebarang tempat ialah:
Phisnukh Uttraphan a/l Pim, 900904-03-5146 memperoleh keputusan 11A SPM 2007, antara pelajar paling cemerlang Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.

Menurut bapa Phisnukh, Pim, 57, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Siam Kelantan, kegagalan itu telah menyebabkan anaknya hilang semangat untuk belajar. Beliau terpaksa pindahkan anaknya ke sekolah lain ke Tingkatan 6, kerana Phisnukh malu untuk menghadapi rakan sekolahnya.

Pim dari Kampung Terbak Kelantan berkata, pada pemerhatian beliau tiada seorang pun masyarakat Siam Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang Peperiksaan SPM 2009 berjaya ke pusat-pusat matrikulasi atau ke IPTA.

''Kami masyarakat keturunan Siam, yang rata-rata ahli UMNO dan layak melabur dalam ASB dan dianggap bumiputera memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan persepsi negatif tentang dasar meritrokrasi dan 1Malaysia.

''Ini kerana pelajar dan ibu bapa masyarakat Siam mengetahui bahawa rakan pelajar bumiputera setingkatan dengan mereka yang mendapat keputusan kurang daripada 5A mendapat pelbagai tawaran sama ada ke program matrikulasi, IPTA atau program Asasi Sains.

''Sebagai kaum yang memiliki taraf ekonomi dan taraf pendidikan yang masih rendah (rata-rata terdiri daripada petani dan penoreh getah) saya memohon pihak kerajaan mempertimbangkan atau memberi kelonggaran bagi pelajar keturunan Siam untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam institusi kerajaan.

Dengar suara Perashot a/l Pom, 54, pula. ''Saya amat kecewa kerana anak saya Maleewan mendapat kelulusan 9A gagal ke kursus matrikulasi dan IPTA.

''Saya tidak mampu lagi menghantar anak saya ke IPTS memandangkan pendapatan saya agak rendah dan menanggung seorang lagi kakaknya yang masih belajar di tahun kedua IPTS," kata juruteknik dari Air Hitam, Kedah ini.

Walaupun anaknya gagal. Perashot masih menaruh harapan. ''Pihak berwajib tolong semak sama ada mereka terlepas pandang. Harap masalah anak saya mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk masa depan adik-adiknya kemudian.

''Anak saya belajar bersungguh- sungguh harap kerajaan tidak mensia-siakan harapannya dan cita-cita untuk menjadi seorang doktor," katanya.

Dengar pula suara Vicsofee Sukahut a/p Som, 18, dari Kampung Huma, Jalan Wang Tepus, Jitra, Kedah. Beliau mendapat 8A1B.

''Saya tidak tahu apa yang perlu saya sebutkan lagi, semuanya gagal, terserah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan permohonan saya.

''Bukan irihati dan berhasrat dengki kepada sesiapa tetapi rakan saya yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang daripada saya hampir semuanya mendapat tempat di matrikulasi dan IPTA.

''Kadang-kadang saya tertanya apakah dosa saya dilahirkan sebagai rakyat berketurunan Siam di Malaysia. Kami sentiasa mendokong dasar kerajaan, penyokong setia kerajaan BN tetapi dalam pendidikan kami dipinggirkan malah boleh dianggap dianaktirikan.

''Saya berharap kerajaan mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan dan menggubalkan kembali dasar pengambilan masyarakat Siam di matrikulasi dan IPTA.

Kecemerlangan sepatutnya dihadiahkan imbuhan bukannya kekecewaan," kata bekas pelajar SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra ini.

Saya tergamam mendengar kata- kata gadis manis Vicsofee ini.

Saya juga tiada daya untuk membantunya dan rakan-rakan senasibnya yang cemerlang itu.

Kita serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan - Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA yang bersimpati untuk menyelamatkan potensi kanak-kanak itu.

Rencana ini ditulis oleh Zaini Hassan - http://bit.ly/cuit-zaini e-mail: zaini.hassan@utusan.com.my
Sumber: Utusan Malaysia, 26 Mei 2010.

Sunday, May 23, 2010

Politik Kedah: Spekulasi terjawab..


Baru-baru, suasana politik di Kedah agak kecoh berkaitan khabar angin mengatakan 4 orang lagi wakil rakyat PR akan melompat parti bagi memberi peluang BN menumbangkan kerajaan PR dalam waktu terdekat ini. Wakil rakyat yang disebut-sebutkan ialah En. S. Manikumar (ADUN Bukit Selambau), En. Lim Soo Nee (ADUN Kulim), En. Tan Choo Kang (ADUN Sidam) dan En. Lee Guan Aik (ADUN Kota Darulaman).

Spekulasi mengenai isu ini dibangkitkan oleh YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu) dan diperhebatkan oleh media arus perdana yang pro kepada BN. Tindakan YB Zulkifli juga disambut hangat oleh barisan kepimpinan UMNO di Kedah tanpa menilai tahap isu tersebut samada berkesan atau tidak bagi menggugatkan kepimpinan PR di Kedah.

YB Zulkifli Nordin adalah asalnya Ahli Parlimen mewakili PKR kerusi KAPAR Kulim – Bandar Baharu. Oleh kerana beliau lantang bersuara dan bercanggah dengan pendirian partinya sendiri iaitu PKR maka para pemimpin PKR menganggap YB Zulkifli ini sebagai duri dalam daging dan wajar disingkirkan. Akhirnya YB Zulkifli dipecat daripada parti PKR oleh Lembaga Disiplin parti. Kemudian, beliau bertindak lebih hebat lagi menentang PKR selaku wakil rakyat bebas.

Dewan Undangan Negeri Kedah mempunyai 36 kerusi. Antaranya PR mempunyai 20 kerusi (PAS 16, PKR 3 dan DAP 1) manakala BN 13 kerusi. Selebihnya 2 kerusi Bebas dan 1 kerusi lagi bermasalah iaitu DUN Kota Seputeh masih dalam proses penghakiman dan belum diputuskan oleh Mahkamah setelah Wakil Rakyatnya, Datuk Abu Hassan B. Sharif gagal hadir ke Persidangan DUN 2 penggal berturut-turut yang dianggap telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut berdasarkan perlembagaan negeri Kedah.

Baru-baru ini YB Zulkifli Nordin telah membuat kenyataan bahawa Perak Kedua akan wujud tidak lama lagi dan meminta sebuah kerajaan negeri (tanpa sebut nama) supaya bersiap sedia untuk menggelakkan situasi seumpama dengan membubarkan DUN. Lim Guan Eng membalas dengan menyatakan negeri yang dimaksudkan oleh Zulkifli ialah Kedah.

Maka pihak pemimpin UMNO Kedah mulalah memainkan isu ini dengan sehebat-hebatnya dengan menggunakan media mengatakan 4 orang wakil rakyat PR di Kedah akan melompat parti dalam waktu terdekat untuk memberi ruang untuk BN merampas kembali kerajaan negeri Kedah. Pihak kerajaan PR pula menuduh BN cuba membeli wakil rakyat PR untuk berpaling tadah dengan melompat parti.

Kerajaan PR juga sudah lama menghidu tindakan beberapa pemimpin BN cuba memujuk wakil rakyat PR sejak kerajaan BN tumbang semasa PRU12 lagi. Tindakan BN hanya berjaya menarik seorang wakil rakyat PR untuk melompat iaitu YB Mohd. Radhi Salleh (ADUN Lunas).

YB Mohd. Radhi Salleh bertindak berseorangan untuk meninggalkan kerajaan PR adalah kerana terdesak. Beliau telah didapati membuat tuntutan yang agak melampau semasa menjadi EXCO Kerajaan Negeri Kedah. Pihak kerajaan PR telah cuba mengambil tindakan terhadapnya. Untuk mencari perlindungan maka beliau terpaksa menerima perlawaan daripada pemimpin BN untuk melompat parti.

YB Tan Wui Shu (Bakar Arang) juga disenaraikan dalam senarai wakil rakyat PR yang cuba dipancing oleh BN. Pihak PKR sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan mencadangkan agar beliau digugurkan daripada barisan EXCO dalam rombakan barisan EXCO Kerajaan Kedah. Akhirnya beliau kecewa dan bertindak melompat parti mengikuti jejak YB Mohd Radhi B. Salleh.
Manakala seorang lagi ialah En. Arumugam (bekas ADUN Bukit Selambau) tidak tahan dengan karenah politik maka beliau bertindak meletakkan jawatan sebagai EXCO dan ADUN Bukit Selambau sehingga memaksa SPR mengadakan PRK Bukit Selambau dan keputusannya PKR Berjaya mengekalkan kerusi tersebut di mana YB S. Manikumar (PKR) menang dalam PRK tersebut.

Perancangan BN untuk menumbangkan kerajaan PR dengan melobi wakil rakyat PR untuk berpaling tadah hangat semula apabila YB Zulkifli membuat spekulasi ini. Akhirnya kerajaan PR bertindak mengadakan perhimpunan besar-besaran di Markas PAS Batu 10 dan menjemput 4 orang wakil rakyat yang disebut-sebutkan ingin melompat parti membuat penjelasan secara terbuka pada 22 Mei 2010 jam 10.00 malam. Kehadiran penyokong PR sekitar 20,000 orang

Akhirnya persoalan sudah terjawab, tiada seorang pun wakil rakyat PR akan melompat parti. Mereka menuduh media pro BN cuba membesar-besarkan isu ini. Pemimpin PR meminta agar BN dapat menghadapi kenyataan bahawa mereka sudah tumbang semasa PRU12. Berilah peluang mereka untuk mentadbir kerajaan mengikut acuan mereka sendiri.

Secara kesimpulannya, tindakan BN yang membesar-besarkan isu ini akhirnya memakan diri sendiri. Bukan sahaja tidak dapat melemahkan kerajaan PR malah telah mengukuhkan lagi kerajaan PR di Kedah.
Pihak BN haruslah memikirkan bagaimana untuk mengukuhkan lagi jentera BN bagi menghadapi PRU13 nanti. Dalam BN, wujud berbagai-bagai masalah yang tidak dipedulikan oleh barisan kepimpinan BN sendiri. Antaranya masalah kedudukan kerusi DUN Kota Seputeh yang dianggapkan oleh ramai pihak bahawa BN sengaja melengah-lengahkan masa sebab mereka sudah pasti akan kalah jika diadakan PRK dalam waktu terdekat.

Masalah seterusnya adalah kepimpinan BN negeri di mana Datuk Ahmad Bashah Hanafiah (ADUN Bakar Bata) adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tetapi dalam DUN Kedah YB Datuk Sri Diraja Mahdzir Khalid (ADUN Pedu) sebagai Ketua Pembangkang. Umpama satu negeri mempunyai 2 ketua dalam barisan kepimpinan BN.

Masalah seterusnya ialah krisis kepimpinan UMNO setiap bahagian. Krisis ini ekoran perebutan jawatan dan imbuhan yang terhad. Sukar untuk mencari pemimpin yang betul-betul sayangkan parti seperti zaman semangat 46. Kebanyakkan mereka yang terlibat dalam politik adalah berniat untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni sahaja. Oleh itu, persepsi pemimpin UMNO harus kita ubah sekiranya kita tidak mahu lihat UMNO kecundang dalam PRU13 nanti.

YB Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah telah menyatakan bahawa sekiranya ada seorang lagi wakil rakyat PR bertindak melompat parti beliau akan mengadap KDYMM Tuanku Sultan Kedah untuk membubarkan DUN dan serahkan mandat kepada rakyat untuk menentukan kepimpinan kerajaan negeri. Beliau tidak ingin melihat krisis politik Perak berlaku di Kedah.

Sekiranya pembubaran DUN Kedah benar-benar berlaku, adakah barisan kepimpinan BN yang ada sekarang dapat merampas kembali kerajaan negeri Kedah daripada PR? Sedangkan BN sendiri mempunyai banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan ditambah pula krisis dalaman parti komponen lain seperti MIC dan MCA. Dalam krisis dalaman MCA juga parah sehingga Dr. Leong Yong Kong (ADUN Gurun) telah mengumumkan bercuti daripada politik MCA selama 1 tahun tetapi tidak meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat MCA.

Harapan semua pihak, agar kepimpinan BN bertindak mengatasi masalah dalaman terlebih dahulu dan seterusnya mengukuhkan lagi kepeimpinan BN bagi menghadapi PRU13 nanti. Jika BN kukuh, sudah pasti pengundi akan kembali menyokong BN dan kita yakin dapat menumbangkan kerajaan PR dalam PRU13 nanti.

Monday, May 17, 2010

Betul ke DUN Kedah dibubar?

Baru2 ni angin bertiup kencang di kalangan ahli politik di Kedah. Kononnya DUN Kedah akan dibubarkan dalam masa terdekat. Ekoran beberapa ADUN PR akan melompat keluar.

Antara ADUN yang disebut-sebutkan ialah YB S. Manikumar (Bukit Selambau), YB Tan Chow Kang (Sidam), YB Lim Soo Nee (Kulim) dan YB Lee Guan Aik (Kota Darulaman).

Takkan semudah itu DUN Kedah akan dibubarkan? Kerusi ADUN Kedah sebanyak 36 kerusi, Pakatan Rakyat 20 kerusi (PAS 16, PKR 3 dan DAP 1). Manakala BN sebanyak 13 kerusi. Selebihnya 2 kerusi ADUN katak yang baru lompat ke Bebas dan 1 lagi kerusi DUN Kota Seputeh yang masih belum selesai.

Ada juga aku dengar Shafie Afdal nak mengadap KDYMM Tuanku Sultan sekiranya Menteri Besar Kedah ingin membubarkan DUN Kedah. Mereka inginkan Kedah dijadikan sebagai Perak Kedua. Isu ini wujud gara-gara kenyataan YB Zulkifli Nordin yg menyatakan Perak Kedua akan wujud tidak lama lagi dan meminta sebuah kerajaan negeri (tanpa sebut nama) supaya bersiap sedia untuk mengelakkan situasi seumpama dengan membubarkan DUN.

Kenyataan YB Zulkifli ini pulak disambut oleh beberapa pemimpin BN Kedah. Apakah keistimewaan YB Zulkifli ini? Jadi ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu pun tidak pernah turun padang. Kalau dia bertanding semula sebagai MP di kawasan tersebut seperti cabaran MB Kedah, sudah pasti dia kalah sebelum bertanding.

Kenapa pemimpin BN Kedah menyambut pula idea yg tak seberapa ini? Nampak sangat pemimpin-pemimpin BN Kedah sendiri tiada idea yang lebih bagus untuk membawa isu bagi melemahkan jentera Pakatan Rakyat di Kedah.

Berbalik semula kepada isu, betul ke DUN Kedah dibubar? Bila dilihat dari segi kesetiaan ADUN PAS terhadap partinya, aku rasa masih kukuh dan sukar untuk digugatkan. Manakala calon PKR pula, kebanyakkan mereka asalnya daripada BN. Mereka lompat parti ekoran gagal mendapat imbuhan yang diharapkan. Mereka ini langsung tidak setia kepada parti. Semua orang tahu kenapa YB Radzi dan YB Tan bertindak keluar parti. Walau bagaimana pun Pakatan Rakyat masih kukuh lagi dengan jumlah 20 kerusi drp 36 kerusi.

Sementara BN pula mempunyai 14 kerusi sebelum ini. Sekarang tinggal 13 kerusi selepas DUN Kota Seputeh diistiharkan kosong oleh Mahkamah. Mahkamah Rayuan telah membenarkan penangguhan pelaksanaan PRK DUN Kota Seputeh. Tetapi sampai bila? Sampai sekarang masih belum diadakan PRK DUN Seputeh.

Nampak sangat BN melengah-lengahkan masa untuk mengadakan PRK DUN Kota Seputeh sebab mereka tahu akan kalah kepada PAS. Aku rasa ini bukannya akibat kelewatan mahkamah. Jika dibandingkan kes berkaitan MB Perak, Mahkamah Rayuan boleh bersidang dalam tempoh tak sampai 24 jam bagi membatalkan pengistiharan YB Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Tambahan pula krisis ADUN Gurun yang bercuti daripada menjadi ahli MCA selama 1 tahun. Ini menunjukkan bahawa parti BN lah yang mempunyai masalah. PRK Hulu Selangor dan Sibu menunjukkan BN kurang mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi Cina. Keadaan ini boleh menggugatkan BN sekiranya masih berlaku krisis dalaman parti kompenen BN seperti MCA dan MIC.

Parti UMNO sendiri juga masih mempunyai masalah dalaman di setiap bahagian. Jika betul2 DUN Kedah dibubarkan, bolehkah UMNO merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat yang masih memegang kuasa kerajaan negeri selepas pembubaran sehingga PRK DUN Kedah selesai diadakan.

Jika 4 orang wakil rakyat yg disebut-sebutkan di atas bertindak melompat ke parti bebas. PAS masih mempunyai 16 kerusi berbanding BN 13 kerusi.

Satu persoalan lagi, adakah KDYMM Tuanku Sultan Kedah boleh dipengaruhi oleh BN untuk menghalang daripada pembubaran DUN Kedah sekiranya perkara ini benar2 berlaku? Siapakah yang sanggup tidur ditengah-tengah jalan untuk menghalang kereta KDYMM Tuanku Sultan Kedah seperti apa yg berlaku di Perak?

Di Kelantan, suatu ketika walaupun pernah mempunyai kelebihan 1 kerusi berbanding BN, PAS masih kekal memegang kuasa kerajaan negeri sehingga ke penghujung penggal. Mustahil DUN Kedah akan dibubarkan dalam waktu terdekat ini. Ini hanya spekulasi yang kurang berbisa untuk melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah.

Jangan bagi orang nampak BN Kedah kekurangan pemimpin yang berkualiti sehingga sanggup angguk kepada YB Katak. BN perlu mempunyai strategik jangka panjang untuk memenangi hati rakyat Kedah kembali menyokong BN. Jangan asyik ikut telunjuk orang lain tanpa usul periksa. Isu yang kita bawa, kalau tak betul2 kuat ia akan memakan diri sendiri seperti isu soalan persidangan DUN yg berkaitan Sultan baru-baru ini.

Adakah pengundi Sibu silap memilih wakil rakyat?

Pilihanraya kecil Sibu telah berjaya diadakan dan keputusannya calon DAP telah menang dengan menewaskan calon SUPP (BN). Keputusannya Wong Ho Leng (DAP) 18,845, Robert Lau Hui Yew (SUPP) 18,447 dan Narawi Harun (Bebas) 232. Wong Ho Leng (DAP) menang dengan majoriti 398 undi di kubu kuat BN.

Adakah pengundi Sibu silap memilih wakil rakyat mereka? Aku rasa tidak. Dalam dunia yang semakin maju dan sistem komunikasi semakin canggih, pengundi pun semakin cerdik dari segi pemikirannya. Maka mana2 pihak pun tidak boleh lagi memperbodohkan pengundi2 generasi sekarang.

Kenapa mereka tetap memilih DAP sedangkan berjuta2 RM ditaburkan beserta dengan beberapa janji2 lagi projek pembangunan dengan nilai berjuta2 RM di kawasan mereka? Mereka tidak menolak habuan yang dihulurkan untuk pembangunan di kawasan mereka tetapi keputusan untuk mengundi adalah hak mereka, tiada siapa yang boleh memaksa.

PRK Hulu Selangor BN dah menang tetapi undi daripada pengundi Cina merosot. PRK Sibu pula parti DAP yg didominasi oleh kaum Cina memenangi PRK tersebut. Ini sudah jelas bahawa pengundi Cina sudah tidak lagi menyokong BN. Apakah sebabnya? Adakah kaum Cina teraniaya dengan dasar yang dibawa oleh BN selama ini? Adakah BN hanya lebih mementingkan kaum Melayu sahaja dan meminggirkan kaum lain? Inilah persoalan yang wajar difikirkan oleh pemimpin BN untuk menghadapi PRU ke 13.

Kewujudan Perkasa iaitu NGO terbesar mewakili kaum Melayu juga sedikit sebanyak menguriskan perasaan kaum lain akibat kelantangan pemimpinnya yg dianggap bersikap perkauman.

Sementara Pakatan Rakyat pula begitu lantang berkempen memerangi rasuah tetapi BN terang-terangan menabur duit dengan melaksanakan projek "Mee Segera" dengan nilai berjuta2 RM semasa PRK di Hulu Selangor dan Sibu dengan alasan untuk pembangunan kawasan tersebut bukannya rasuah politik. Adakah orang ramai percaya dengan alasan tersebut?

Apa-apa pun teknik yg digunakan oleh BN kemungkinan akan memakan diri sendiri semasa PRU ke 13. Aku amat risau sekali sekiranya kemenangan BN hanya bergantung kepada duit rakyat dan juga jentera kerajaan sahaja dalam kempen mereka. Nampak sangat BN tak ada pemimpin yang berkualiti seperti zaman dulu.

Di mana zaman dulu, kebanyakan pemimpin BN adalah daripada kalangan guru-guru, kakitangan kerajaan, golongan bangsawan dan banyak lagi golongan profesional. Zaman sekarang golongan profesional dalam perkhidmatan kerajaan tidak dibenarkan berpolitik. Hanya tinggal para kontraktor yang terlibat dalam politik hanya untuk mendapatkan projek sahaja.

Sementara pemimpin Pakatan Rakyat terdiri daripada Doktor2, peguam2, pesara kerajaan dan ramai lagi golongan profesional lain.

Cepatlah bertindak sebelum terlambat.

Gambar sebelah: Salah seorang pengundi Sibu menunjukkan duit RM70 dan Kad Pengenalannya kepada reporter/blogger, beliau mendakwa bahawa ada pihak cuba membeli undi daripadanya.

Wednesday, May 5, 2010

Isu hina sultan yang dibawa UMNO kurang menyengat.


Isu hina Sultan yang digembar-gemburkan oleh UMNO terhadap YB Mohd. Nasir, ADUN Kubang Rotan kurang menyengat dan boleh memakan diri. Nampaknya UMNO kekurangan pemikir yang hebat bagi memainkan isu untuk menggugatkan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap UMNO.

Malah pada pendapat aku, memainkan isu menghina KDYMM Tuanku Sultan oleh UMNO akan memakan diri sendiri. Aku bukannya menyebelahi mana-mana pihak tapi pada pengamatan aku memang UMNO silap langkah dengan mensensasikan isu ini yang boleh memberi kredit kepada PAS. UMNO akan semakin dibenci oleh rakyat kerana memperalatkan isu Sultan untuk tujuan politik.

Soalan yang dikemukakan oleh YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 26 April 2010 berbunyi begini:-

a) Sejauhmanakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat. dan

b) Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut.

Isu ini hebat dimainkan dalam media-media massa oleh UMNO. UMNO menuduh YB Mohd. Nasir (ADUN PAS) menghina KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Mereka juga mengerahkan NGO-NGO membuat demontrasi, tunjuk perasaan, membuat laporan polis dan menghantar Memorundum kepada Agong, kononnya ADUN PAS menghina KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Aku yang tak mengaji tinggi-tinggi macam depa pun, aku tak nampak soalan tersebut menghina Sultan. Soalan itu ditanya sekadar ingin mendapat penjelasan sahaja bukannya menghina atau mempertikaikan kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri Kedah.

Menurut YB Mohd Nasir, isu sebenarnya yang menyebabkan beliau memajukan soalan tersebut ialah berlakunya campurtangan kerajaan Pusat dalam urusan perlantikan/pemecatan Imam dan pegawai2 Masjid serta juga campurtangan dalam proses pengagihan zakat di negeri Kedah. Di mana semua tindakan oleh Jabatan Agama Islam Kedah adalah di atas Pekenan KDYMM Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam.

Aku berani katakan UMNO tidak pandai membuat percaturan politik sehingga tindakannya boleh memakan diri sendiri. Sepatutnya UMNO harus menjelaskan tentang isu campurtangan kerajaan Pusat dalam urusan dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah seperti yang didakwa oleh PAS.

Aku harap UMNO jangan leka, PRU 13 dah tak lama lagi akan menjelma. Harapan aku agar Tsunami yang melanda semasa PRU 12 tidak akan berulang lagi. Aku ni nasihat secara baik. Nak terima atau tidak terpulanglah. Empat roda yang sentiasa bergerak tak semestinya sentiasa berada di bawah, jika silap langkah ia juga boleh berada di atas.

Thursday, April 29, 2010

Budak 15 tahun mati ditembak polis.


Isnin lalu, Aminulrashid Amzah 15 tahun mati ditembak polis ketika didakwa cuba merempuh polis di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor. Insiden ini mendapat perhatian ramai pihak.

Ketua Polis Negara memberi jaminan menjalankan siasatan secara telus tanpa menyembunyikan sebarang fakta.

Pihak SUHAKAM diminta turut serta dalam siasatan tersebut dicadangkan oleh Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM). Presidennya, Profesor Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata SUHAKAM sebagai badan bebas harus menyiasat kes itu sebagai pihak ketiga kerana ia tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu itu bagi memastikan siasatan dijalankan telus.

Lim Kit Siang pula menggesa KPN letak jawatan ekoran insiden ini adalah kecuaian polis menyebabkan kematian seorang remaja bawah umur.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, panel peguam DAP bersedia mewakili keluarga mangsa untuk mendapat pembelaan.

Kerajaan Selangor juga sedia memberi bantuan kos guaman kepada keluarga mangsa. MB Selangor berkata, khidmat guaman itu akan disediakan jika keluarga remaja itu perlukan nasihat undang-undang.

Pemuda UMNO Malaysia juga sokong tubuh panel khas bagi menyiasat kematian remaja ini dengan telus dan komprehensif.

PAS juga mahu satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian Aminulrashid Amzah yang membabitkan anggota polis.

Ramai pihak lagi tidak puashati tentang apa yang berlaku terhadap remaja ini. Oleh itu, biarlah pihak yang berkaitan menyiasat perkara ini. Aku juga setuju semua pihak jangan membuat sebarang provokasi melalui media. ia boleh mengganggu proses siasatan.

Pengundi Cina lebih pintar.

Wajah Ng Teck Kim terkerising gembira mendapat cek RM3juta daripada Najib.

PRK Hulu Selangor sudah pun berlalu, keputusannya BN telah berjaya merampas semula kerusi tersebut drp PKR.

Walau bagaimana pun, desas desus semakin kencang diperkatakan mengenai undi Cina lebih condong kepada PKR. Khir Toyo di dalam blognya berharap agar BN menyemak semula dasar kerajaan terhadap kaum Cina di Selangor susulan pendirian kaum itu yang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat pada PRK Hulu Selangor ahad lalu.

Nampaknya kenyataan ini menimbul perasaan tidak puashati pemimpin PGRM, mereka mendakwa Khir Toyo tidak bertanggungjawab dan berunsur perkauman.

Parti MCA pula mendakwa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina semasa PRK Hulu Selangor sehingga menimbul perasaan tidak puashati Ibrahim Ali selaku Pengerusi Perkasa.

Walau bagaimana pun, semalam orang Cina telah menerima peruntukan RM3 juta drp PM untuk pembinaan SRJK (Cina) Rasa, Hulu Selangor. Di depan PM mereka mengakui sokong BN tapi semasa pangkah di atas kertas undi siapa tahu. Inilah politik pintar kaum Cina. Duit tidak boleh mempengaruhi kaum ini.

Nampaknya kedudukan BN belum kukuh lagi selagi tidak dapat menarik pengundi Cina kembali menyokong BN. Keadaan ini amat membimbangkan utk menghadapi PRU 13 yg dijangka tidak sampai 2 tahun lagi.