Monday, March 8, 2010

Sat je, dah 2 tahun.







Hari ini genap 2 tahun Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Akhbar Utusan Malaysia meraikannya dengan menyiarkan Manifesto PAS dan DAP untuk kita mengingatkan kembali apakah janji Pakatan Rakyat sebelum PR12 dan apakah yang mereka telah lakukan selepas memerintah Kerajaan Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Ada yang mengatakan kerajaan PR gagal mentadbir akibat ketiadaan pengalaman dan kesepakatan antara gabungan mereka. Ada yang mengatakan gabungan PR dilihat goyah dan menimbulkan pelbagai masalah ekoran parti seperti DAP dan PKR yang mahu jadi dominan di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka.

Ada juga pemikir politik mengatakan PR kini menghadapi krisis dalam pentadbiran ekoran tidak mampu mewujudkan kerjasama yang berkesan. Apa yang diharapkan daripada kerajaan PR untuk kebajikan rakyat itu seolah-olah hanya cakap kosong yang tiada kesudahannya sehingga kini.

Semua petikan di atas adalah daripada Utusan Malaysia - 8.3.2010.

Aku cukup kagum dengan sifat sporting yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Pihak Utusan Malaysia telah cuba mewawancara ketiga-tiga pemimpin PR di tiga negeri sempena ulang tahun ke 2 pemerintahan PR. Hanya YAB Menteri Besar Kedah sahaja yang sudi diwawancarakan oleh Utusan Malaysia. Walaupun beliau kurang yakin terhadap liputan akhbar tersebut.

Dengan kenyataan YAB Menteri Besar Kedah secara bersahaja, aku rasa ia akan meningkatkan lagi populariti beliau selaku pemimpin di sesebuah negeri pembangkang. Beliau pandai menyimpan kelemahan pentadbiran beliau dan beliau juga tidak mudah melatah apabila timbul sesuatu isu.

"Walaupun tenang jangan disangka tiada buaya". Ketenangan YAB Menteri Besar Kedah tidak semestinya pentadbiran kerajaan PR di Kedah tidak mempunyai masalah. Aku juga selalu mendengar gosip di kalangan orang-orang politik mengatakan kerajaan negeri sekarang mengalami masalah bajet yang agak tenat. Tambahan pula, bajet daripada kerajaan Pusat diuruskan sendiri oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan dan ICU.

Sehingga kerajaan negeri mengambil tindakan drastik menggunakan bank untuk mengutip hutang dan kadar sewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) sehingga menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan penyewa PAKR tersebut.

No comments:

Post a Comment