Thursday, October 14, 2010

UMNO Kedah dah bercelaru.

14 Okt: Sebentar tadi, aku dapat info mengatakan beberapa ahli UMNO yang diketuai Ketua Penerangan UMNO Pokok Sena membuat demontrasi di bangunan UMNO Alor Setar mendesak Sdr. Badrul Hisham, Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah meletakkan jawatan.

Isu ini wujud selepas Badrul Hisham mendesak MB Kedah letak jawatan ekoran kegagalan mengatasi masalah air di Kedah. Tambahan pula, Datuk Syed Sobri ADUN Kuala Nerang dari UMNO membuat kenyataan menyokong MB Kedah dan membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah.

Kelmarin, Ketua Pemuda UMNO Kedah mempertikaikan tindakan Datuk Syed Sobri yang bertindak membelakangkan prinsip parti dengan menyokong MB Kedah daripada parti Pas.

Ada pula gosip mengatakan masalah ini wujud berkaitan dengan kedudukan calon DUN Kuala Nerang dalam PRU13. Khabar angin mengatakan Ketua Pemuda UMNO Kedah akan dicalonkan di DUN tersebut pada PRU13 dan menyingkirkan Datuk Syed Sobri yg dikatakan tidak sehaluan dgn kepimpinan UMNO Bahagian Padang Terap.

Maka mereka bercakaran sesama sendiri bagi mempertahankan periuk nasi masing2. Semangat untuk mempertahankan UMNO diletak ketepi. Inilah yang berlaku dalam UMNO di Kedah.

5 comments:

  1. barangkali ada juga kebenarannya.Masing-masing dah pasang angan-angan.Mau tak mau kena langgar kerusi Syed Sobri la.Maka Syed Sobri pun naik angin.Begitulah ceritanya Tokoh Pemuda Kita dari Padang Terap ini.Selikas lintah diair Syed Sobri dah tahu jantan ke betina ke.Yang rosak binasa UMNO.Lain yang rakyat suroh buat .Lain pula depa buat.Bila rakyat marah lagi teruk.Ini kah pejuang hari ini.Jaga pengundi tak berparti ini setiap hari goyang sana sini.

    ReplyDelete
  2. kalau begitu dapat jadi calon pun susah menang. Buat penat badan sahaja. Blog sdr di link di http://suaramajlis.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. BUDAK NADROL HISHAM TU DARI MULA-MULA LAGI BUAT HAL .TUBUH SYARIKAT , DIA DAN ISTERINYA SAHAJA MELAYU YANG JADI AHLI LAIN-LAIN SEMUA TAUKEY-TAUKEY CINA YANG KAYA RAYA . BUAT RANCANGAN PROJEK UNTUK ISI POKET SENDIRI SAHAJA .DARI AWAL LAGI SUDAH TUNJUK BELANG NAK KAYA MELALUI UMNO. INI KAH YANG AKAN MEMIMPIN ORANG MELAYU MASA HADAPAN. MINTA-MINTA ORANG DALAM UMNO JATUHKAN BADROL HISHAM YANG SEKOLAHNYA PUN TAK SEBERAPA KELULUSANNYA.

    ReplyDelete
  4. KALAU UMNO BUAT TITI BENGKOK BERJUTA-JUTA GAGAL ,GULA PADANG TERAP BENGRAP, SEKARANG JUAL KEPADA TAUKEY SENGAPORE, DESA PAHLAWAN RUGI BERJUTA-JUTA ,KERAJAAN UMNO NAIK HARGA - MINYAK , GULA, TOLL, DAN LAIN-LAIN BEBERAPA KALI MANA AHLI UMNO YANG ADA TELOR TUNJUK PERASAAN . AWAT ORANG-ORANG UMNO BUAT BODOH IKUT SAHAJA PEMIMPIN YANG KORUP.GUNA LA OTAK JANGAN TAU IKUT SAJA.BODOH PUNYA OLANG.

    ReplyDelete
  5. BADRUL HISHAM BUAT KECOH LAGI, LEBIH CAKAP DARIPADA BUAT KERJA. HANYALAH TAHU MANYALAHKAN PARTI LAWAN. TAK SEDARKAH SUDAH 50 TAHUN LEBIH UMNO MEMERINTAH ORANG MELAYU MAKIN TERPINGGIR , KUASA KESULTANAH MELAYU SEMAKIN TERHAKIS DENGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN OLEH MANTAN PERDANA MENTERI . KALAU UMNO BETUL-BETUL SAYANG MELAYU BUATLAH KERJA BETUL-BETUL DAN BANTULAH MANGSA-MANGSA BANJIR DARIPADA KATA MENGATA SESAMA MELAYU DAN ISLAM.JANGAN CAKAP MENYAKITKAN ORANG MELAYU . HISHAM NI BETUL-BETUL-LAH KAKI MEMPECAH BELAHKAN ORANG MELAYU.KALAU NAK BERI BANTUAN JANGAN-LAH PILIH BULU .

    ReplyDelete