Wednesday, December 1, 2010

Aku pasti PRU13 sebelum Julai 2011.


Bila aku baca surat khabar hari ini tentang berita UMNO tangguh pemilihan selama 18 bulan, aku dah yakin pilihanraya umum dah dekat. Kenapa aku fikir begitu?

1. Setiap kali pemilihan UMNO ditangguhkan mesti ada sebab. Tidak lain tidak bukan, mesti persiapan untuk pilihanraya umum ke 13. Kalau bertujuan untuk elak pergaduhan/permasalahan dalaman di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO rasanya tidak logik. Suka tak suka, proses demokrasi dalam UMNO wajar diteruskan.

2. Sekiranya pemilihan UMNO ditangguhkan selama 18 bulan kerana ingin menumpukan perhatian untuk PRK Sarawak juga tidak logik. Semua orang tahu, di negeri Sarawak belum ada parti UMNO seperti di negeri Sabah. Pemilihan UMNO pada tahun depan tiada kaitan langsung dengan PRK Sarawak. Kenapa ia patut ditangguhkan kalau bukan untuk mengadakan PRU13?

3. Permilihan UMNO ditangguhkan selama 18 bulan bermula awal tahun 2011 dan berakhir pertengahan tahun 2012. Tempoh penggal PRU pula selama 5 tahun iaitu sejak Mac 2008 sehingga Mac 2013. Agak mustahil mengadakan pemilihan UMNO pada pertengahan tahun 2012 selepas ditangguhkan selama 18 bulan dan dalam masa yang sama persiapan untuk menghadapi PRU13 sedang giat dilaksanakan.

Oleh itu, berita penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan menyakinkan aku bahawa PRU13 akan diadakan sebelum Julai 2011 serentak dengan PRK di Sarawak. Semua jentera parti yang ingin bertanding rasanya boleh baca perkembangan semasa yang berlaku dan bersiap sedialah dari sekarang.

3 comments:

  1. tajuk dan penceritaan x selaras..tajuk sblm 2011 tp cerita 2012

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas teguran anda. Saya dah edit.

    ReplyDelete
  3. HIDUP UMNO.aku salute hampa tak jemu2 dok kempen dlm blok ni.teruskanlah kerja hampa ni semoga anak cucu kita selamat dari pas celaka dan pkr babi tu.HIDUP MELAYU

    ReplyDelete