Thursday, March 3, 2011

PM silap buat percaturan ambik hati org Siam Kedah.

ALOR SETAR, 24.2.2011: YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah menghadiri majlis makan malam bersama masyarakat Siam Kedah di Hotel Sentosa. Beliau umum peruntukan RM500,000 kepada tabung pendidikan masyarakat Siam.

Aku dapat tahu ada ramai juga pemimpin Siam hadir termasuk Senator Bunsong yang PM baru lantik bagi mewakili org Siam di Parlimen. Tapi aku dengaq khabaq, dia langsung tak dihiraukan oleh org-org Siam sendiri. Nama dia pon depa tak sebut dlm ucapan. Kantoi betul.

PM lantik senator org-org Siam utk ambik hati org Siam terus sokong BN. Tapi org Siam buat tak endah je. Seolah2 Senator tak wujud. Adakah percaturan PM itu tepat? Adakah org Siam terus setia seperti dulu?

Aku dapat maklumat juga beberapa NGO Siam telah submit nama calon Senator tapi gagal mendapat perhatian PM. Mungkin PM lebih mendengar cadangan2 org disekelilingnya utk mencalonkan senator wakil Siam bukannya daripada suara sebenar masyarakat Siam.
Inilah jadinya bila PM lebih dengar kpd pembodek-pembodek dan menafikan suara orang ramai. Buat masa sekarang, kebanyakan org Siam marah di atas perlantikan Senator Siam yg tak ada sebarang jawatan dalam masyarakat Siam terutama di Kedah.

Aku setuju kalau org Siam tentukan sendiri sapa wakil mereka.

1 comment:

  1. sebaiknya....buat la pungutan sogha...
    masyarakat siam ni bukan banyak kerenah pun...
    depa cuma nak senang caghi makan..anak2 dapat pendidikan yang sempurna..
    lagi satu...masyarakat siam ni ghajin bertani...
    daghi dulu depa ni suka berbakti pada tanah..
    pi tengok mana2 saja tanah milik masyarakat siam semua depa usaha.
    harap pm kena la tengok betoi2...jangan dok dengarq cakap oghang2 yang di putrajaya saja.
    mai la kampong2 siam,buat satu j/kuasa untuk memilih sapa yang masyarakat mau calon yang mewakili sogha depa.

    ReplyDelete