Wednesday, November 2, 2011

Pakatan Rakyat pandai ambil hati pengundi Siam di Kedah.

Pada 17 April 2011, Pakatan Rakyat telah menganjurkan Pesta Songkran secara besar-besaran di Wat Lamdin, Padang Terap untuk meraikan masyarakat Siam menyambut Tahun Baru mengikut kalender Siam.

Pada 10 November 2011, Pakatan Rakyat sekali lagi merancang menganjurkan Pesta Loy Krathong secara besar-besaran di Wat Pedu, Kg. Tanjung, Padang Terap. Pesta Loy Krathong merupakan pesta yang disambut oleh kaum Siam setiap tahun.

Pandai sungguh Pakatan Rakyat mengambil hati pengundi orang Siam bukan sahaja di daerah Padang Terap malah meliputi seluruh negeri Kedah menjelang PRU13. Walaupun mereka tahu hanya 2 pengundi Siam sahaja yang menyokong mereka dalam PRU12.

Pakatan Rakyat tidak berdendam malah memberi peruntukan yang besar untuk masyarakat Siam menyambut Pesta Songkran dan Pesta Loy Krathong pada tahun ini.

1 comment:

  1. tak macam UMporNO.. kalau tak sokong depa... kena pelnagai tekanan dan sekatan... nampak sangat UMporNO bodoh dalam ambil hati rakyat.. sebab tu kalah 2008...

    ReplyDelete