Thursday, October 18, 2012

Isu Sensasi di Kedah.



Blog Media Kedah:  Penduduk Taman Mutiara mengamuk menuntut Ahli Parlimen (PKR) Sungai Petani, Johari Abdul dan Ahli Majlis MPSPK, P. Sritharan yang juga merupakan orang berjawatan dalam PKR ranting Sungai Petani menunaikan janji yang telah di buat berkenaan permasalahan pencawang telekomunikasi haram yang telah didirikan atas bangunan kedai dua tingkat di Taman Mutiara, Sungai Petani.

Blog Aktivis Pendang Jr: Menurut laporan audit negeri, 22 agensi kerajaan negeri Kedah gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut masa yang ditetapkan. Daripada 17 agensi kerajaan negeri, hanya 3 Agensi Negeri berada pada tahap sangat baik dengan diberi penarafan 4 Bintang. Manakala 12 Jabatan/Agensi Negeri berada pada tahap baik dengan penarafan 3 Bintang. 2 Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim pula berada pada tahap memuaskan dengan penarafan 2 Bintang.

Projek-projek seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian dengan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan.

Namun, apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Blog Aktivis Pendang Jr:  Hajat Mat Sabu untuk masuk semula ke Kedah dan ura-ura bakal bertanding di Pendang nampaknya bakal berkubur.  Dalam kerajaan PAS Kedah yang diketua oleh Azizan baru-baru ini sememangnya menolak terus calon luar dan memberi ruang pada calon tempatan untuk berkhidmat pada rakyat.

Blog Medan Tempur Kedah: Kulim terkenal dengan Hub pelacuran di kalangan remaja. Selepas port port maksiat di Bandar Raya Alor Star didedahkan, kini tumpuan remaja beralih ke daerah paling selatan di Kedah iaitu bandar Kulim. Saban hari, kita membaca cerita mengenai pelacuran di Kulim, Kedah. Cerita budak sekolah jual diri la, budak terbiar jual badan sebab topup, mat rempit perdagangkan aweknya dalam perlumbaan, budak IPT jual diri sebab cari duit poket, budak kampung buat kerja parti time melacur dan pelbagai lagi cerita mengenai remaja Kulim yang semuanya berkaitan dengan pelacuran.

Blog Medan Tempur Kedah:  Mahfuz minta duit BR1M daripada penyokong Pas. Dalam siri ceramah pas yang diadakan pada minggu lalu di markas pas pokok sena, mahfuz berkata jika penyokong pas yang tak mahu wang bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) boleh sumbangkan ke pej MTD atau markas Pas bagi memenuhkan tabung simpanan Pru untuk melawan UMNO.

Blog Kedah ke KL: Berdasar laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan Negeri Kedah membayar kepada kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan juga membiayai projek pembinaan 3 buah rumah yang tidak wujud.

Blog Kedah ke KL: Pergaduhan antara ketua dan bekas ketua cawangan Pas di Baling. Semasa berlaku pertandingan pemilihan PAS peringkat Cawangan, di Kampung yang teletak di laluan lebuh raya Kulim Grik, Penyandang ketua Cawangan tersebut cuba mempertahan Jawatan, tetapi dicabar oleh Ketua Pemuda PAS cawangan iaitu seorang guru di sekolah Agama. Ketua Pemuda PAS itu adalah orang kuat YB Johari (ADUN Kupang) sering dilihat bersama serta mengiringi YB Johari di Majlis Anjurah PAS, Kupang, manakala ketua cawangan merupakan seorang pesara merupakan orang lama serta penyokong kuat Ustaz Taib Azzamuddin. Pada pemilihan yang lepas, berlaku pertandingan sengit di antara keduanya. Sehinggalah keputusannya memihak kepada orang kuat YB johari dengan kemenangan hanya 1 undi.

Blog Kamera Kupang: Kerajaan Pas Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) sepanjang 2010 hingga 2011.

Blog Mummy Rokiah: Adalah rahsia umum bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tidak menyenangi Datuk Johari Baharom, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu yang telah menyebabkan kegagalannya untuk mewakili UMNO bahagian itu ke Perhimpunan Agung UMNO 2006.Namun kenyataan beliau di Kedah baru-baru ini membuktikan bahawa Mahathir tidak menyimpan dendam, mementingkan perasaan atau sentimennya demi pemulihan UMNO dan kuasa BN menerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Blog Melayu Kedah Terakhir:  Selama ini kita berasa hairan mengapakah jalanraya di Kedah terutamanya jalanraya milik Kerajaan Negeri agak teruk dan kurang penyelenggaraannya. Padahal mengikut perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan Negeri yang sudah lama termaktub menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukkan untuk menyelenggara setiap jalanraya di negeri di bawah naungan Kerajaan Persekutuan. Dan selama ini tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tidak pernah mungkir...

Tetapi yang menjadi persoalannya mengapa setiap peruntukkan yang diberikan tidak pernah sampai sepenuhnya kepada pihak yang ditugaskan melaksanakan amanah rakyat? Jadi hasilnya, lihat sahaja apa yang sudah terjadi di kebanyakkan jalanraya Negeri. Berlubang-lubang, pecah disana sini bagaikan tiada penyelenggaraan telah dilakukan oleh pihak jabatan yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Kerjaraya. Rupa-rupanya peruntukkan tersebut sudah digunakan untuk kegunaan yang lain atau sudah hilang kedalam poket seseorang?

Blog Melayu Kedah Terakhir:  Sebenarnya masih ada lagi barisan kepimpinan Kabinet di Parlimen yang tidak begitu memahami hasrat sebenar rakyat Pulau Langkawi. Kadang-kadang ada rakyat di Langkawi yang datang sendiri berjumpa ataupun berbual didalam laman FB berkenaan hasrat mereka terhadap Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri.

Antara yang dipertikaikan adalah sea ambulance yang telah dilancarkan pada 2007 oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed yang khabarnya dikhususkan untuk kegunaan perubatan kecemasan.

MKT berasa hairan bercampur pelik apabila terbaca berkenaan hansard Parlimen berkenaan isu ini dan jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan. alasan yang diberikan bagaikan melepaskan batuk ditangga. Sedangkan hak rakyat Langkawi telahpun diabaikan dengan alasan yang cukup tidak relevan.

Blog Merbok Times:  Dengar kata ada wakil rakyat BN di Kedah yang mendapat anugerah Phd palsu. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh university.  Dengar khabar ada juga wakil rakyat di kalangan BN Kedah yang pakai Dr palsu. Tolong habaq mai sapa dia?

1 comment:

  1. bismillahirrohmanirrohiim
    assalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh
    Rasulullah bersabda yang artinya : "Makanlah buah zaitun dan pakailah minyaknya karena ia berasal dari pohon yang diberkahi." (Sunan At Tirmidzi 7/44, Shahih)
    info dan pemesanan minyak zaitun, silahkan menghubungi ym : berkah.sunnah
    kami tidak hanya berdagang tetapi juga berdakwah
    wassalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh
    alhamdulillahi robbil'alamiin.

    ReplyDelete