Thursday, December 17, 2009

Hal peribadi lebih penting daripada hal negara.


Saya berada di jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telah pun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu saya juga tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu."

Post by MahfuzOmar at 9:13AM

Sumber: http://gemasuara.blogspot.com

Adakah urusan peribadi lebih penting daripada urusan mewakili rakyat di Dewan Rakyat? Sekiranya tidak minat untuk duduk di Parlimen selaku wakil rakyat, letaklah jawatan dan serahlah kepada orang lain untuk menjadi wakil rakyat.

Tapi bagus juga ramai ahli Parlimen daripada pakatan tidak hadir. Ia tidak mencemaskan seperti semasa pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini yang hampir-hampir menjatuhkan kerajaan BN dan mungkin terpaksa mengadakan PRU ke 13.

1 comment:

  1. Nasib baik ahli parlimen pembangkang pun ramai juga tidak hadir, kalau tidak, berlakulah hari ini dalam sejarah! Bagaimanapun sejarah memang 'telah tercipta' pada tarikh tersebut. Berhati-hatilah pada lain kali, dunia ini semakin kecil...

    ReplyDelete