Wednesday, January 13, 2010

Pemimpin Pakatan Rakyat banyak bercakap di belakang.


Menteri Besar Kedah membidas ahli-ahli Majlis PBT kerana kebanyakkannya tidak menyuarakan pandangan dalam mesyuarat tetapi suka membuat kenyataan menerusi media. Beliau membidas golongan ini semasa berucap di Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Penggal 2010-2011 di Wisma Darul Aman semalam.

Nampaknya para pemimpin PR juga bercakaran sesama sendiri tetapi anehnya mereka tidak berani bersuara melalui mesyuarat. Mereka memilih meluahkan melalui media perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat. Maklumlah akhbar Sinar Harian melayan semua karenah ahli-ahli politik, tidak kira dari kem BN atau PR. Bagaimana nak menyuarakan pandangan rakyat sekiranya tidak berani bercakap dalam mesyuarat?

Ini membuktikan ahli-ahli majlis PBT di bawah kerajaan negeri sekarang lebih teruk daripada bekas ahli-ahli Majlis PBT di bawah kerajaan BN sebelum ini. Kerana tidak puashati orang kuatnya tidak dilantik semula sebagai ahli PBT maka mulalah membuat hal. Sehingga ada ugut-ugut hendak meletak jawatan sebagai ADUN atau jawatan dalam kerajaan negeri.

Asyik mengata orang, diri sendiri yang lebih.

1 comment:

  1. ITULAH MASALAHNYA. BAB DUIT DAN ..... SAMA AJE TAK KIRA UMNO, MCA, PAS, DAP. ADA PELUANG SEMUANYA MAKAN KEDARAH. JADI BAIK SOKONG YANG SUDAH KUAT SENANG. BOLEH JATUHKAN FAN JANGANNCALUNKAN JIKA MASIH BEGITU.

    ReplyDelete