Tuesday, December 1, 2009

Betul ke UMNO Jerlun tak ada masalah?

Baru-baru ini DUN Kota Siputeh telah menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Semua pihak terutamanya ahli-ahli politik berminat ingin mendapat perkembangan terkini DUN kota Siputeh.

Ini adalah ekoran wakil rakyatnya gagal menghadiri 2 persidangan DUN Negeri Kedah secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker. Kes ini telah dibawa ke muka pengadilan di peringkat Mahkamah.

Kebanyakkan jabatan2 kerajaan, agensi kerajaan/swasta dan parti-parti politik yang terlibat secara langsung atau tidak langsung telah bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan pilihanraya kecil akan diadakan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusannya.

Agensi2 tersebut telah turun ke kawasan bagi meninjau dan mengumpulkan data-data untuk kegunaan semasa kempen. Mereka juga akan mencari kelemahan dan kekuatan parti politik masing-masing bagi merancang strategik kempen sekiranya wujud kekosongan kerusi tersebut.

Beberapa isu-isu telah dikenal pasti. Terdapat isu utama yang berlaku tetapi tidak berani untuk dikemukakan ke peringkat atasan. Ini adalah kerana sifat bodek-membodek dikalangan pegawai2 dan pemimpin2 masih tebal. Masing-masing menjaga kantong sendiri. Bila dah kalah barulah isu ini akan dikemukakan untuk dijadikan post-mortem atau bedah siasat punca kekalahan.

Isu tersebut ialah, betulkah wujud perpecahan dalam UMNO Bahagian Jerlun? Pegawai-pegawai di lapangan yang diarahkan telah melaporkan bahawa reaksi orang ramai di peringkat grassroot mengatakan memang wujud perpecahan di kalangan pemimpin UMNO Bahagian Jerlun.

Kata mereka, setelah Tok Abu menang ketua bahagian maka Ketua bahagian lama iaitu Man Pin telah mengosongkan pejabat UMNO tersebut. Semuanya licin termasuk kerusi meja, almari dan fail-fail lama. Ketua UMNO bahagian baru terpaksa terima hakikat masuk pejabat yang sudah tak nampak serinya lagi.

Sementara pegawai2 atau pemimpin2 di peringkat pertengahan tidak berani terima isu ini sebagai isu DUN Kota Siputeh. Mereka tidak berani kemukakan isu ini ke peringkat atasan kerana mereka khuatir akan menimbulkan perasaan tidak puashati di peringkat atasan. Lagipun Tok Abu dan Man Pin menafikan bahawa UMNO Jerlun berpecah. Mereka menyatakan mereka cukup rapat dan amat baik sekali. Betul ke baik atau hanya lakonan politik seperti Tok Rozai dan Tok Man Bedul Pendang berpeluk-pelukan depan PM semasa Perhimpunan UMNO Kebangsaan tanda mereka sudah berbaik-baik semula. Tetapi hakikatnya masih bergelora dan cantas-mencantas masih berlaku di peringkat Kawasan Parlimen Pendang.

Saya bukannya menyebelahi mana2 pihak. Kita haruslah menerima hakikat sebenar apa yang berlaku di lapangan supaya kita dapat atasinya dengan segera. Pemimpin atasan juga janganlah hanya nak dengar benda-benda yang baik sahaja daripada anak buahnya. Cubalah dengar juga benda-benda yang tak baik untuk kita atasi bersama sebelum terlambat.

Kalau asyik dok dengar puji-pujian, tiba-tiba 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umum ke 12. Nasi dah menjadi bubur, bubur dah menjadi abu, Abu dah menjadi tak tentu arah. Hanya tunggu keputusan Mahkamah Rayuan sahaja.

1 comment:

  1. The ugly truth..memang susah orang nak certify the statement. tapi lama2 orang pakat tau. Budaya Jerlun memang unik...depan berpelukan tetapi belakang hentam menghentam. I'm from there..I know the truth colour...Mantan menjadi duri dalam daging. 4 sayap sebok memastikan position tak terjejas..ada yang talam 2, 3 muka...yang jadi mangsa RAKYAT..sendiri mau ingat

    ReplyDelete