Sunday, December 6, 2009

Tak sopan langsung tunjuk pungkok kat speaker.


Tidak sopan langsung YB-YB tunjuk pungkok kat Speaker DUN. Sebagai wakil rakyat, haruslah tunjuk tauladan yg baik kepada rakyat. Pungkok cantik macam kat gambar tu, lainlah cerita. Ni pungkok laki tua.
Jangan biarkan rakyat membenci YB-YB terutamanya daripada UMNO yang merupakan parti tunjang kepada BN. UMNO sedang berusaha memperbaiki prestasinya tapi pemimpinnya pulak yg bermasalah.

Kalau nak ambil barang yg jatuh, jangan la tala pungkok kat speaker. Tala la pungkok hang kat Ketua Menteri gerenti tak jadi masalah. Macam tak boleh pikiaq langsung. Buat macam ala samseng je. Bila lagi UMNO nak buat perubahan kalau pemimpinnya masih tahap lama. Lagipun PRU ke 13, tidak lama lagi. Mahu jahanamkan BN ke?

Saya pernah masuk persidangan yang diwakili beberapa menteri kabinet sejak tahun 2000 hingga 2008, semasa saya nak keluar dewan persidangan saya kena tunduk hormat kepada speaker. Barulah ada disiplin sebagai seorang pemimpin dan perjalanan sesuatu persidangan tersebut juga ada class. Tak macam kedai kopi.

Ni, buat DUN macam kedai kopi je. Saya bukannya menyebelahi mana-mana pihak. Pihak yang benar, saya katakan benar. Harap2, Ketua Pembangkang di DUN Kedah jangan buat lagu tu. Kita kena lawan PR secara ilmiah bukannya guna cara orang hulu tak ada pendidikan.


(Sumber - Utusan Malaysia 4/12/2009)
PULAU PINANG 3 Dis. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh lagi pagi ini apabila semua sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan kira- kira 15 minit persidangan bermula.Ia ekoran Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim sekali lagi digantung berikutan keengganannya meminta maaf kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang mendakwa Azhar menunjukkan punggung kepadanya ketika diarahkan keluar dewan petang semalam.

*(Gambar di atas hanya hiasan sahaja)

1 comment:

  1. Salam Kepada Semua Rakyat Kedah. Mari kita nilai adakah peminpin pakatan rakyat mempunyai hati nurani yang baik untuk membela rakyatnya yang tertindas di kedah. Kejadian Pihak MPK Kulim menggukana kuasa notis sahaja memasuki kawasan rumah dan merobohkan binaan pondok gazebo. Kejadian di taman Lagenda Padang Serai Kedah. Mana perginya peminpakatan rakyat untuk membela keluarga ini. Saya menyeru kepasa semua rakyat kedah bangun membantu keluarga ini dan menentang kezaliman pemerintahan pakatan rakyat ini. Salam

    ReplyDelete