Tuesday, December 1, 2009

Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang bergolak.

Dalam diam-diam, rupa-rupanya bergelora juga Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang. Ini adalah ekoran berlakunya tidak sefahaman antara Pengerusi dengan Setiausahanya.

Pengerusinya ialah bekas Ketua UMNO cawangan Padang Peliang yang cukup aktif suatu ketika dahulu tetapi disingkirkan oleh Pasukan Tok Rozai, lalu beliau menukar haluan menerima jawatan MKK Padang Peliang. Beliau juga telah dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang kerana kebolehannya memimpin. Tambahan pula kaum Siam daerah Pendang adalah majoriti di kalangan masyarakat bukan Melayu.

Setiausahanya pula berketurunan India dari Bukit Jenun manakala kaum Cina jadi Bendahari. Kaum India hanya mempunyai 1 orang MKK sahaja. Oleh kerana kaum India minoriti di Pendang, beliau terpaksa berbaik dengan kaum Siam yang mempunyai 11 orang MKK dari 11 buah kampung. Kuota pengisian dalam Jawatankuasa Kelab Penyokong Pas Kawasan Pendang pula ialah setiap kaum 3 orang wakil.

Ini tidak adil bagi kaum Siam sebab hanya 3 org MKK dapat menjadi AJK Kelab manakala 8 org lagi MKK tidak dapat menyertai Jawatankuasa Kelab tersebut. Berbanding dengan kaum India mempunyai 1 org MKK tetapi mereka dapat menghantar 3 orang wakil dalam Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang. Tambahan pula 1 org MKK tunggal India menjadi Ahli Majlis Daerah Pendang manakala tiada seorang pun daripada 11 orang MKK kaum Siam menjadi ahli majlis tersebut.

Menyedari hakikat ini, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang memanggil mesyuarat semua 11 orang MKK kaum Siam seluruh daerah Pendang untuk mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras MKK Kaum Siam Daerah Pendang bagi menjaga kepentingan kaum Siam daerah Pendang.

Tindakan ini tidak disukai oleh Setiausahanya kerana beliau tidak dijemput sebab beliau bukannya kaum Siam. Beliau telah menghasut beberapa MKK kaum Siam untuk tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

Punca masalah yang dihadapi 11 orang MKK kaum Siam ialah memilih seseorang yg buta politik menjadi Ahli Majlis Daerah Pendang mewakili kaum Siam tetapi bukan dari kalangan MKK. Ahli Majlis tersebut juga rasa tergugat dengan penubuhan Jawatankuasa Penyelaras MKK Kaum Siam Daerah Pendang. Khuatir jawatannya diganti dengan orang lain, lalu beliau bersubahat dengan Setiausaha Kelab menggagalkan apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh Pengerusi Kelab.

Nampaknya bergelora juga Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang apabila Pengerusi dan Setiausaha tidak sehaluan.

1 comment:

  1. itu la mkk masih terbawa bawa unsur pemilihan jawatan dan ketua untuk orang siam ni. dah laa, MB kita kan dah lantik seorang ahli majlis dari kaum siap, berikanlah kerja sama buat apa nak berebut lagi. Beliau tu buta politik ka apa ka, amanat telah diberikan oleh MB telah beliau laksanakan. Yang pakat gila kuasa tu apsal. he he he, MB tu dah buat betul dah lantik yang neutral bukan dari kalangan mkk kalau tidak gaduh , hancur mkk siam rebut jadi ahli majlis. TERIMA KASIH YAB MB KEDAH

    ReplyDelete