Thursday, July 7, 2011

Kabinet pula tak benarkan perhimpunan BERSIH di Stadium Merdeka.

Aku terbaca berita dalam Berita Harian muka depan hari ini mengenai Kabinet tidak benarkan perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan di Stadium Merdeka. Pihak Pakatan Rakyat pula menuntut PM tunaikan janji agar benarkan mereka berhimpun di stadium bagi mengelakkan demontrasi jalanan yang boleh menggugatkan keselamatan dan keharmonian kaum.

Nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu mengalahkan dalam percaturan politik mereka sehingga mengabaikan aspek keselamatan negara.

Pihak kerajaan menggunakan semua cara bagi menggagalkan perhimpunan ini. Manakala pihak Pakatan Rakyat juga akan menggunakan apa saja saluran yang mereka ada untuk menghasut rakyat untuk keluar menuntut keadilan. Pihak polis dilihat telah aktif mengatasi masalah ini sejak akhir bulan lepas lagi dengan mengadakan Road Block dan telah membuat beberapa tangkapan.

Sekiranya masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu bertolak ansur, maka negara mungkin akan berdepan dengan masalah yang amat besar. Kemungkinan lebih besar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Aku ingin sekali lagi memohon kepada rakyat Kedah agar jangan pergi ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Akurlah dan hormatilah kepada titah YDP Agong demi untuk menyelamatkan keadaan.

No comments:

Post a Comment