Thursday, July 14, 2011

Lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.

1. PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL - Setuju untuk elak pengundi mengundi 2 kali tapi penggunaannya harus dikaji dengan lebih teliti terlebih dahulu.

2. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL - Setuju untuk memberi keadilan kepada semua pihak dalam kempen pilihanraya. Buat masa sekarang kebanyakkan media massa dan eletronik dikawal hanya sebelah pihak sahaja. Manakala sebelah pihak lagi diberi kebenaran yang terhad dan dikawal.

3. TEMPOH BERKEMPEN - Setuju tempoh kempen dipanjangkan agar dapatlah semua pihak menunjungi ke semua kawasan atau setiap daerah mengundi untuk berkempen secara adil. Tempoh kempen yang singkat hanya menguntungkan sebelah pihak yang mengawasi media sahaja. Mereka boleh berkempen 24 jam melalui media tanpa turun ke kawasan sementara sebelah pihak lagi terpaksa mengejar masa untuk berkempen.

4. MEREFOMASI UNDI POS - Setuju undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi awal. Undi Pos hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja kerana pengundi di kawal oleh pihak atasan mereka. Biarlah undi awal ini diuruskan di tempat awam oleh SPR. Beri peluang pengundi membuat keputusan sendiri tanpa paksaan oleh pihak atasan.

5. MEMPERKUKUHKAN INSTITUSI AWAM - Setuju tidak menggunakan kemudahan jentera kerajaan untuk berkempen. Biarlah agensi kerajaan bertindak berkecuali dalam kempen pilihan raya. Setiap parti haruslah menggunakan kekuatan sendiri untuk berkempen.

6. MENGHENTIKAN RASUAH - Setuju rasuah adalah musuh utama negara yang boleh memesongkan keputusan pilihanraya.

7. PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH - Setuju agar data JPN dan SPR diselaraskan dengan menggunakan sistem biometrik.

Ini adalah pandangan peribadi seorang pengundi atas pagar.

No comments:

Post a Comment