Sunday, July 10, 2011

Demontrasi BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011









Seperti yang kita jangkakan Perhimpunan BERSIH 2.0 tetap diadakan walaupun YDP Agong bertitah jangan adakan demontrasi jalanan. Pihak BERSIH 2.0 bercadang untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi tidak mendapat kebenaran daripada kabinet dan gagal mendapat permit drp pihak polis.

Menjelang sehari sebelum diadakan demontrasi tersebut, pihak polis telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada masuk ke bandar Kuala Lumpur. Antaranya ialah pemimpin Gerakan BERSIH dan pemimpin kanan parti pembangkang. Pihak polis juga telah mengadakan sekatan jalanraya bagi menyekat kenderaan daripada memasuki kuala Lumpur bagi mengelakkan mereka menyertai demontrasi haram.

Semua itu tidak dapat menyekatkan rakyat untuk mengadakan demontrasi BERSIH 2.0 yang dianjurkan pada 9 Julai 2011 bagi menyuarakan hak mereka mengenai ketidakadialan SPR dalam mengendalikan PRU.

Apakah kesan demontrasi haram tersebut? Sudah tentulah para peniaga mengalami kerugian. Para pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mencemarkan imej negara di mata dunia yng boleh menjejaskan sektor pelancongan. Pemandu teksi juga turut hilang pendapatan pada hari tersebut.

Selepas ini, rakaman video atau gambar demontrasi tersebut akan menjadi modal kepada kedua-dua pihak untuk membuat provokasi masing-masing melalui media ke 3 sebagai persiapan PRU13. Apa pun, saya ucap syabas kepada pihak polis kerana berjaya mengatasi masalah ini dengan bijaksana.

No comments:

Post a Comment